Rabu, Disember 31, 2008

Kepada apa kita mengajak manusia?

الى شئ ندعوا الناس

JAWAPAN: Kita mengajak manusia kepada Allah.


Oleh: Ustaz NMN

Di sini penulis akan kongsikan serba sedikit huraian yang telah Ustaz NMN kupas. Tulisan ini telah diekstrak mengikut kefahaman penulis. Jika ada tersalah, ikhwah akhawat dialu-alukan untuk memperbaikinya.


Sebelum terjun ke celahan manusia, menjadi satu keperluan untuk para daie mengenali terlebih dahulu beberapa jenis manusia:


“..Dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan dunia dan mereka makan seperti haiwan makan dan kelak nerakalah tempat tinggal bagi mereka”
Surah Muhammad: 12

“Dan dijadikan indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan iaitu perempuan, anak-anak, harta benda yang terkumpul berbentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenagan hidup didunia dan di sisi Allahlah sebaik-baik tempat kembali”
Surah Ali-Imran: 14

“Dan di antara manusia ada yang bicaranya tentang kehidupan dunia mengagumkan kamu dan dia bersaksi kepada Allah mengenai isi hatinya padahal dia adalah penentang yang keras
Surah Al-Baqarah: 204


Jenis manusia yang terdapat dalam ayat Quran di atas adalah:

  1. Manusia yang hidup menurut kehendak hawa nafsunya iaitu makan dan berseronok.
  2. Manusia yang suka kepada syahwat dan keturunan
  3. Manusia yang cintakan harta benda. Contohnya emas, perak, kuda terpilih dan
  4. Manusia yang sungguh pandai berkata-kata atau bercerita tetapi mengingkari Allah dalam diam

Dalam proses mengenali beberapa jenis manusia seperti yang di huraikan dalam ayat Quran di atas secara tidak lansung menunjukkan keperluan kita kepada Al-Quran.

Maka: Kita mengajak manusia kepada Allah berpandukan Al-Quran (slogan seruan kita adalah dari Al-Quran).

Setelah mengenali dan memahami, tanggungjawab seterusnya datang. Iaitu mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Apabila hendak beramal (menyeru manusia ke jalan Allah), muncullah halangan-halangan baru (yang hanya dihadapi oleh orang yang menyeru manusia kepada Allah). Dalam erti yang lain, semasa proses memahami dan mengenali manusia juga ada halangan, tetapi dalam bentuk lain.


Antara halangan yang perlu dihadapi:

  1. Slogan-slogan dan ideologi yang bertentangan dengan ajaran agama
  2. Prinsip hidup yang salah, tetapi telah berakar umbi dalam kehidupan seseorang individu atau masyarakat..

Seruan kita tidak memilih mana-mana manusia. Bukan sahaja orang yang dianggap menderhaka kepada Allah malah orang mukmin juga termasuk dikalangan orang yang perlu kita seru kepada Allah apabila dia lalai..


Terdapat banyak lagi isi-isi lain yang penulis tidak sempat catat kerana m******k..

Selasa, Disember 30, 2008

Angka Kematian Terkini 345 Orang!

Selasa ,30/12/2008 -Sumber-sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan petang Isnin lalu, empat rakyat Palestin, termasuk seorang pemimpin Al Quds Brigades, sayap bersenjata Islam Jihad, telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. Jumlah maut terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera.
Sumber-sumber itu berkata yang Ziad Abu Teir, anggota Al Quds Brigades, dan tiga warga Palestin lain telah terbunuh apabila rejim Zionis mengebom bandar Abasan , timur Khan Younis. Lima penduduk, ahli-ahli keluarga yang sama tercedera.Pada pagi Isnin lalu , tentera rejim Zionis telah mengebom sebuah rumah berhampiran rumah Ismail Haniyya, Perdana Menteri kerajaan Hamas . Juga pada hari Isnin, tentera rejim Zionis itu mengebom Kementerian Dalaman di Gaza, dan Islam University

10 maut dalam serangan terbaru Israel
30/12/2008 11:50am
BANDAR GAZA 30 Dis.-Sepuluh orang terbunuh dan 40 lagi cedera awal hari ini apabila pesawat perang Israel menggugurkan sekurang-kurangnya 16 buah bom yang memusnahkan lima pejabat kerajaan Hamas di sebuah kompleks di Genting Gaza.
Serangan itu turut mencetuskan kebakaran besar dan menyebabkan serpihan berterbangan sejauh beratus-ratus meter.
Keganasan Israel setakat ini telah menyebabkan 364 rakyat Palestin termasuk 62 penduduk awam terbunuh, manakala lebih 1,400 lagi cedera- AP

Isnin, Disember 29, 2008

AKHIRAT JUA YANG ABADI

Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka. Di dunia, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia - sementara dan palsu.

Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula. Dunia adalah tempat kita ditipu dan menipukan. Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%. Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa'. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak erti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau TNB memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja.

Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitahunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitahunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.

Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian:

Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali.

Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan.

Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula. Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia. Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.

Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat. Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam; berpindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi. Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai cemeti untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita. Wallahu 'Alam.

Khamis, Disember 18, 2008

DAiE dan Peristiwa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Beberapa minggu lepas, ana mendapat satu berita mengenai seorang akhawat yang terkena sihir (Menurut dakwaan ahli keluarganya). Ana akan menggunakan kata ganti nama makcik untuk akhawat ini kerana dia adalah kawan mak. Cerita nya sungguh panjang, pelbagai perkara pelik dan luar biasa berlaku pada akhawat tersebut (ana rasa cerita nya tidaklah perlu ana catat kan disini).


Setelah berputar pelbagai cerita dan peristiwa, petang tadi selepas asar, ana mendapat berita makcik tersebut telah berada dalam keadaan nazak. Khabarnya, habis organ dalaman makcik tersebut telah rosak dan tidak berfungsi selain appendiks nya telah pecah..


Selang tidak berapa lama, apabila kami bersiap-siap untuk solat maghrib, panggilan talifon dari seorang akhwat lain menyatakan makcik tersebut telah pun meninggal dunia. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Walaupun ana tidak lah kenal rapat dengan makcik tersebut, berita kematian nya benar-benar menyebabkan ana terdiam dan berfikir.


Makcik ini telah meninggalkan dua orang anak dan suami. Kematian nya mengesan bagi ana kerana makcik tersebut seorang daie, orang yang telah lama berada dalam medan dakwah telah dipanggil Allah untuk mengadap setelah tiba masa yang Dia tentukan.


Kematian adalah perkara pasti pada setiap makhluq bernyawa dan ia sepatutnya menjadi peringatan kepada kita yang hidup, supaya sentiasa mengingati matlamat hidup dan tanggungjawab yang telah Allah amanahkan pada kita. Kadang-kadang, kekerapan kita bertemu dengan peristiwa kematian menyebabkan kita menjadi ‘alah bisa tegal biasa’, tidak merasa apa-apa dengan kejadian kematian yang berlaku di hadapan mata kerana terlalu biasa. Mohonlah pada Allah supaya hati kita sentiasa hidup untuk sentiasa mendapat manfaat dari setiap kejadian yang telah Allah tentukan untuk kita melalui atau menyaksikannya.


Perkara yang paling terkesan pada ana dalam peristiwa ini adalah hasil dari perbincangan ana dan ayah. Ana membuka sedikit perbincangan dengan ayah, apabila mendapat cerita yang kemungkinan makcik itu terkena sihir hantaran manusia yang hasad. (Cerita ini tidak dapat di pastikan kesahihannya, hanya Allah yang mengetahui). Persoalan ana adalah “adakah boleh kita memohon pada Allah supaya orang yang menzalimi kita itu di balas segera atas dunia atau dengan lain perkataan semoga Allah menunjukkan kebenaran siapakah yang melakukan perkara zalim tersebut”. . Ini lah jawapan ayah pada ana:


Orang solih biasanya tidak sibuk mendoakan keburukan tertimpa ke atas orang yang menzalimi nya kerana dia mempunyai banyak harapan lain (supaya Allah makbul kan). Biasanya, apabila seseorang itu berdoa kepada Allah untuk membalas kezaliman yang dilakukan apabila kezaliman itu ‘ter-sangat teruk atau dahsyat yang teramat’ sehingga tidak dapat ditanggung oleh individu tersebut. jika berdoa pun, bentuk doa tersebut tidak lah mengandungi harapan supaya orang zalim itu di binasakan.


Maksudnya, orang solih tidak sibuk untuk mendoakan keburukan atau bencana menimpa diri orang yang menzalimi kecuali keadaan terlalu memaksa. Sebab? Kerana mendoakan supaya keburukan menimpa orang zalim tidak akan memberi apa-apa faedah pada orang yang berdoa. Secara jelasnya, jika doa itu dimakbulkan, tiada manfaat yang menguntungkan orang yang berdoa tadi (orang yang dizalimi). Maka lebih baik dia memohon sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diri nya dan umat Islam lain seperti memohon supaya doa nya tiada hijab selama mana kesan kezaliman itu masih berbekas pada orang yang dizalimi.


Kemudian ayah memberikan satu contoh dari golongan tabi’in: Said bin Musayyab. Beliau hidup pada zaman Hajjaj menjadi penasihat Amirul Mukminin. Siapa tidak kenal dengan Hajjaj, seorang yang sangat kejam dan telah membunuh ramai alim-ulama pada zaman kekuasaannya. Said bin Musayyab ini termasuklah alim-ulama yang di bunuh oleh Hajjaj. Yang menariknya, sebelum beliau di hukum bunuh oleh Hajjaj, beliau berdoa supaya Allah tidak mengizinkan Hajjaj membunuh mana-mana orang Islam pun selepas dirinya. Doa tersebut memang di makbul Allah. Setelah kewafatan Said bin Musayyab, Hajjaj tidak lagi membunuh sesiapa kerana dia pula yang meninggal dunia selepas itu.


Inti pati nya, DOA Said itu, tiada unsur-unsur yang menunjukkan kemusnahan ke atas Hajjaj. Yang ada hanya lah kemashlahatan umat Islam secara keseluruhan nya. Kebijaksanaan Said memohon doa pada Allah itu, telah memelihara kemashlahatan umat Islam dari kekejaman Hajjaj selain Allah menghapuskan punca kekacauan dikalangan umat Islam pada masa itu. Ia juga menunjukkan keber adaban Said memohon doa pada Allah.. Tiada unsur permohonan supaya sesuatu yang buruk menimpa manusia lain..


(Ada hadith yang menerangkan bahawa semua doa itu dimakbulkan Allah kecuali doa yang memohon supaya keburukan ke atas orang lain dan beberapa ciri lain..)


Sungguh banyak pengajaran yang dapat kita peroleh dari peristiwa ini walaupun ia hanya satu dari berjuta peristiwa kecil yang berlaku di dunia ini jika ingin dibandingkan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Palestin, Iraq, atau mana-mana negara Islam bergolak yang lain..


Semoga kita termasuk dikalangan hamba Allah yang berfikir dan mengambil iktibar..

Selasa, Disember 16, 2008

KOMPAS dan KLS

KRIM Terengganu akan mengadakan Kem bagi lepasan SPM
Kem Outdoor Motivasi Pasca SPM (KOMPAS)

Tarikh: 19-21 Disember 2008
Tempat: Kem Pupuk Semangat, Teluk Kalung
Bayaran: RM 50.00
Pendaftaran Hubungi: Ust Zul Ibrahim - 019 9865420
Untuk download borang:


PEMBINA akan mengadakan Kem Lepasan SPM (KLS 2008)

Tarikh: 26-28 Disember 2008

Tempat: Kem Sri Raudhah Gombak, Selangor

Bayaran: RM80.00

Maklumat Lanjut: http://kemlepasanspm.blogspot.com/

Isnin, Disember 15, 2008

Catatan Pengalaman Ziarah Acheh.

Tepat jam 4.30petang, 9 Disember 2008 merupakan hari di mana flight kami dijadualkan untuk berlepas daripada Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang terus ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Banda Acheh. Berlima kami rombongan dari Pahang ~walaupun sorang je dari Pahang:) Buraidah, Ashraff, Lutfi, Barra’ dan saya berjanji untuk bertemu waktu solat zohor. Dengan semangat membara kami tanamkan niat di dalam hati untuk mencari tidak lain hanyalah redha Allah dengan amal kecil ini dan agar dapat belajar sedikit sebanyak perkara-perkara yang kelak dapat membantu melancarkan amal di tempat sendiri. Di LCCT kami bertemu dengan kumpulan dari tetamu ISMA dan pelajar-pelajar UM dan KUIS yang turut serta bersama ke bumi Acheh. Rombongan dari Pahang dan tetamu ISMA dijadualkan akan berada di sana lebih kurang 3hari, manakala pelajar-pelajar dari UM dan KUIS akan terus berada selama seminggu kerana mereka punyai program sendiri bersama anak yatim di sana.

AIR ASIA DAN KARENAHNYA..
Flight delay. Mungkin menjadi kebiasaan bagi yang selalu menaiki kapal terbang, tapi bagi kami yang jarang-jarang berpeluang, terasa ‘panas punggung’. Sempat juga salah sorang dari kami menyatakan kerisauan. Kerisauan apa ye? Flight tak ada? Bukan. Tapi risau melihat gelagat pramugari2 Air Asia yang berpakaian seolah-olah tiadanya malaikat yang mencatit amal untuk dinilai pada hari hisab. “Aku risau kut2 kita naik pesawat nanti macam2 jadi. Tu tengok stewardess tu pakai teruk betul! Buatnya terhempas dengan diorang skali macamana?” Huh mencabar iman betul. Saya diamkan saja sambil berdoa dijauhkan perkara-perkara buruk. Lebih kurang jam 6petang baru kami dibenarkan untuk menaiki pesawat, itupun terpaksa tunggu lagi dalam 20minit untuk pesawat isi minyak. Macam naik bas pulak rasanya. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah tak terasa langsung kerana asyiknya kami menikmati keindahan kuasa Tuhan ketika pesawat membelah awan di waktu matahari terbenam. Benarlah kata-kata untuk mengenal Tuhan janganlah kita melihat pada Zatnya tapi nikmati, hayati dan renungilah kejadian ciptaanNya. Subhanallah. Tumpuan kami sedikit terganggu dengan sesi ‘jualan langsung’ produk2 Air Asia dalam pesawat. Semua nak dijualnya, mahal pulak tu..


GUA MUSANG + CAMERON HIGHLAND
Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda kami disambut oleh Pak Hamdani, Pengerusi Pondok Yatim ar-Raudhah serta Saudara Fariq dan rakan-rakannnya yang menuntut di Universiti ar-Raniri (if I’m not mistaken) Banda Acheh. Kenalan lama sejak dari Darul Quran. Acheh dan Malaysia waktunya berbeza lebih kurang 1jam. Terus, kami menaiki bas-bas yang sedia ditempah. Destinasi yang dituju adalah Lhokseumawe, tempat letaknya Pondok ar-Raudhah. Mengapa tak dibuat di Banda Acheh pondoknya? Telahan saya mengira kerana di Banda Acheh berlaku ‘limpahan’ bantuan dari dunia seluruhnya berbanding di Lhoksumawe yang tidak kurang susahnya tapi sedikit sekali bantuan yang sampai . Perjalanan mengambil masa 6-7jam. Dengan jalan yang teruk sedikit dari jalan ‘gua musang’+ ‘Cameron highland’ (boleh bayang ke?) tak heran jika ada salah seorang pelajar perempuan termuntah di dalam bas dan saya? Tidur lebih baik rasanya.. Orang Acheh dalam aspek memandu rasanya tidak banyak beza dengan masyarakat arab. Pandu kenderaan dalam 10 saat mesti tekan hon paling sikit 2-3 kali. Bawak keta satu tangan pegang stering satu lagi pegang hon, Suka sangat hon sana sini. Mungkin kenderaan majoriti di jalanraya Acheh adalah motosikal jadi bila bawa bas terasa besar dari orang lain kenalah hon lebih sket…

PONDOK AR-RAUDHAH
Kami tiba kira-kira jam 3 pagi. Sian anak-anak yatim kat pondok yang tengah tidur. Muka sume mamai2 sambut kedatangan kami. Pondok ar-Raudhah menempatkan lebih kurang 50 anak yatim. Ada 3 blok bangunan yang sudah disiapkan, 1blok untuk anak pria, 1blok untuk anak perempuan dan satu blok rumah untuk pengurusan. Blok dewan dan surau sedang disiapkan...Terus pagi itu kami mengorbankan 4 ekor lembu. Letih tak hilang lagi, terus berqurban. Tak apalah. Kata nak membantu.. Orang-orang di sana memang dah biasa dengan lembu, sembelih,lapah dan semuanya siap dekat-dekat masuk waktu solat subuh. Hebat. Selesai solat subuh berjemaah kami bersarapan di kedai berdekatan. Pagi itu diteruskan dengan menyambung baki lembu-lembu yang hendak diqurbankan. 33 ekor semuanya. Rata-rata penerima daging qurban amat menghargai daging yang diterima. Disebabkan harga daging lembu yang terlalu mahal di sana, majoriti masyarakat di sana hanya menikmati daging ketika hari raya qurban saja. Saya, ashraff dan barra’ diminta untuk ke Nisam. Kira-kira 5km dari pondok. Dengan menaiki motosikal kami gagahkan diri untuk meredah kawasan kampung, sawah, bendang dsb untuk ke sana. Saya upload video taklimat ‘tok mudim’ pada ashraff. Nak tergelak ada. Bukan apa, video ni nak gambarkan keadaan sebahagian masyarakat kampung kat sana hatta kat sini pun. Berapa banyak perkara yang menjadi 'tambah-menambah' yang akhirnya menyulitkan ibadah itu sendiri. Contohnya tok mudim ni masa dia dah sembelih sket tengkuk lembu, dah kluar darah pun.. boleh dia berenti kejap nak amik kain tutup kepala. Adat kebiasaan yang dia lupa nak buat agaknya. Ya Allah sian lembu tu..

Letih la tulis. Waqfah sekejap. Macam waqfah nabi Ibrahim masa tengah bina kaabah. Berhenti tengok apa yang dah dibuat, perbetul yang mana terkurang terlebih -.- Sambung kemudian oleh orang laen:)

Isnin, Disember 08, 2008

Blog dan daie..

oleh: S.Dawood (dari buletin PEMBINA pusat keluaran jamadilawal)

B .L.O.G inilah empat abjad yang dari hari ke hari dipertuturkan oleh orang ramai dari pejabat kerajaan di Putrajaya hinggalah ke warung kopi di kampung yang bernama Tanjung Dawai. Blog hari ini telah memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat sebagai agen penyampai maklumat. Ianya tidak dapat dinafikan lagi apabila blog telah menjadi salah satu faktor yang membawa kepada perubahan besar politik di tanah air kita baru‐baru ini. Dalam satu kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau mengaku bahawa antara kesilapannya dalam pilihanraya lalu adalah memandang rendah kepada peranan blog dan media internet dan justeru itu beliau telah mengarahkan menteri penerangan baru Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk mendekati para bloggers dan mendeangar pendapat daripada mereka. Hasilnya, RTM dibawah pimpinan beliau telah mengadakan satu siri diskusi yg bertajuk BLOG yg disiarkan di RTM1 setiap hari Ahad. Tidak ketinggalan juga kepada ahlipolitik yang lain sama ada pro‐kerajaan mahupun pembangkang seperti Datuk Seri Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Husam Musa telah menjadikan blog sebagai medium pengantara antara mereka dengan rakyat bawahan. Yang terbaru negarawan dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia ke‐4 Tun Dr.Mahathir juga telah masuk dalam arena blog apabila melancarkan blognya sendiri untuk memberikan pendapat dan kritikan tajam beliau tentang isu politik semasa negara.

Persoalannya sekarang apa kena mengena blog dengan belia atau secara khusunya apa kena mengena blog dengan PEMBINA? Jawapannya ialah para belia sekarang perlulahmenjadikan blog salah satu jalan ataupun manhaj baru dalam proses islah diri atau pun perubahan ke arah kebaikan .Kepada golongan belia yang masih lagi mencari cari erti sebenar hidup, mereka dicadangkan untuk menambahkan ilmu mereka,menghilangkan rasa keliru terhadap agama dengan melayari blog‐blog yang berunsurkan keagamaan seperti blog para ustaz, ustazah, naqib, naqibah. Di samping itu mereka juga boleh menyalurkan permasalahan‐permasalahn yg terbuku di sanubari dengan menulis permasalahan-permasalahan tersebut dalam ruangan komen. Namun diingatkan disini kepada para belia yang masih lagi dalam proses mencari dan memantapkan fahaman agama mereka ,mereka dinasihatkan supaya berhati‐hati dalam mencari ilmu agama menerusi blog. Ini kerana mereka dikhuatiri terpengaruh dengan pemahaman‐pemahaman sonsang tentang agama seperti Islam liberal dan freethinker.

Kepada golongan belia yang sudah mantap fikrah dan pemahamannya tentang agama ,mereka disarankan mempunyai blog sendiri dan menjadikannya sebagai medium baru dalam menggerakkan aktiviti‐aktiviti dakwah. Dalam erti kata lain jangan disempitkan aktiviti‐aktiviti dakwah hanya dengan program‐program tradisional seperti ceramah dan kuliah.
Dakwah cyber juga penting.Mereka perlulah menjadikan blog mereka tempat untuk bekongsi ilmu, berkongsi masalah dan menyelesaikan masalah. Di samping itu mereka juga disarankan
menubuhkan satu rangakain daie blogger yang bertujuan mengumpulkan para belia‐belia yang mantap dalam hal‐hal agama dengan tujuan untuk memberikan penjelasan yang bernas tentang perkara‐perkara karut dan menjawab tuduhan‐tuduhan palsu terhadap agama Islam yang ditimbulkan dalam blog‐blog para orienatalis,pejuang Islam liberal, feminis dan free thinker.

Para daie blogger ini juga disarankan untuk membuka satu ruang perdebatan ilmiah diantara
mereka dengan golongan‐golongan yang sonsang pemikran agama mereka seperti pejuang Islam liberal, dan freethinker. Seperti fiman Allah SWT dalam Al‐Quran:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan‐mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan‐Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang‐orang yang mendapat petunjuk”
surah An‐Nahl ayat 125.

Kepada para daie, mereka dinasihatkan supaya menjaga adab ‐adab dalam menulis.
Mereka perlulah hanya menulis perkara‐perkara yang sahih dan tepat sahaja dan mengelak dari
menulis sebarang isu yang dapat menimbulkan rasa konfius di kalangan para
pembaca,isu remeh temeh dan tidak sama sekali menulis tentang perkara‐perkara
yang berbau perkauman dan hasutan. Bahasa penulisan juga hendaklah sopan dan beradab kerana ianya akan mencerminkan peribadi dan tingkahlaku para daie bloggers.
Kesimpulanya, blog memainkan peranan penting dalam kehidupan para belia di zaman sekarang.Ianya dilihat dapat membantu memangkin proses pengislahan diri para belia
,memperluaskan gerak kerja dakwah serta membuka satu ruang perdebatan dan wacana ilmiah dikalangan para belia.

~kesimpulannya, mari kita gunakan segala kemahiran dan ilmu yang kita ada untuk menyebarkan agama Allah~

Selamat HAri RAYA Korban..

Ahad, Disember 07, 2008

S
E
L
A
M
A
T

H
A
R
I

R
A
Y
A

K
O
R
B
A
N

Semoga kisah Nabi Ibrahim dan Ismail a.s menjadi sumber pencetus kita semua untuk menjadi hamba Allah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
INSYA ALLAH.

Isnin, Disember 01, 2008

Mencari Doktor Dakwah Yang Hakiki


Tazkirah buat ikhwah akhawat bakal2 doktor, farmasi, nurse, and other health care team members lain yang berada di medan...

Bertemu doktor-doktor perubatan mithali sepanjang di Jalan Dakwah ini banyak memberi semangat juang kepada saya. Ada professor patologi yang saya berbicara dengannya tentang Dakwah dan isu umat ini hingga jam 4 pagi tanpa dia merasa jemu. Tak mengapa kerana masa tersebut adalah untuk Dakwah, katanya bila saya meminta maaf kerana ziarah yang panjang. Ada doktor yang sepenuh masa menyelia gudang Bantuan Kemanusiaan (Human Relief) di celah-celah timbunan guni dan kotak dengan penuh tekun, kini dia dipersada yang sama di arena antarabangsa. Ada doktor perunding urologi yang menjadi salah seorang guru dan penunjuk utama saya dalam Dakwah ini. Ini belum lagi doktor-doktor yang tidak pernah saya temui tetapi kisah perjuangan Dr Abdul Aziz Al-Rantisi, Dr Ahmad Al-Malt dll yang mencurah seluruh jiwa raga, masa, harta dan nyawa untuk Dakwah ini sehingga mereka menghembuskan nafas terakhir meredhai dan diredhai Allah swt saya tatapi dengan penuh tekun dan membara. Sungguh ruh Dakwah ini mampu mencipta banyak keajaiban yang tak dapat digambarkan oleh manusia yang lalai.

Seperti posting lalu, pendakwah hakiki ialah mereka yang berjaya melaksanakan fardhu ain dalam menyeru manusia kembali kepada Allah swt. Mujaddid pula adalah orang yang menghidupkan aspek Islam yang sangat diperlukan pada ketika itu seperti Khalifah Umar Abd Aziz (99H) dalam membaiki kehidupan khalifah dizaman banyak aduan tentang gaya hidup khlifah-khalifah sebelum beliau dan Imam Syafie (199H) dalam mengasaskan Usul Fiqh dizaman Islam berkembang ke pelusuk dunia dan sangat memerlukan panduan dan asas dalam mengeluarkan hukum hakam baru. Oleh itu Doktor Dakwah yang hakiki pada zaman umat Islam jahil dan ditindas hari ini adalah doktor yang berperanan seterusnya memimpin perubahan dalam jiwa masyarakat sehingga melayakkan mereka kembali bangkit membimbing dan memimpin orang ramai kepada keagungan Islam, berdepan dengan musuh-musuhnya diseluruh dunia. Seorang doktor boleh memainkan peranan tersebut kerana :

1. Mudah menasihat dan mendidik masyarakat disebabkan kedudukannya yang dihormati.
2. Memberi identiti yang cantik kepada badan dan organisasi yang disertainya, apatah lagi yang dipimpinnya.
3. Boleh memberi sumbangan fikiran, terutama setelah melalui pengalaman luas dan bacaan yang banyak kerana mereka memiliki kecerdikan yang tinggi.
4. Memelihara kesihatan umat dan ini penting untuk mereka berperanan memajukan agama dan negara disamping berjihad dan berdakwah kepada umat yang lain.
5. Berdepan dengan dakyah sesat yang lain yang banyak masuk melalui khidmat kesihatan dan kebajikan.

Setelah melalui sedikit pengalaman dan membuat pengamatan, beberapa perkara perlu disedari agar kita memiliki seramai mungkin Doktor Dakwah yang hakiki, dengan mereka dapat membantu membangkitkan kembali umat ini dari lena lalu membawa mereka kearah keagungan global. Diantaranya :

1. Seperti karier-karier lain yang berbagai, karier sebagai doktor adalah fardhu kifayah dan sekali-kali janganlah karier itu melupakan tuannya terhadap fardhu ain iaitu Dakwah di Jalan Allah.
2. Tempoh sebagai mahasiswa adalah kritikal dalam melahirkan Pendakwah yang hakiki. Hanya mahasiswa yang berjaya dididik meletakkan Dakwah lebih utama dari segalanya yang mampu menjadi Pendakwah yang hakiki dihari tua. Sebaliknya bebanan pelajaran mahasiswa perubatan adalah besar, menjadikan usaha menanam hakikat diatas seringkali sukar. Kebiasaannya, seorang yang lebih mementingkan pelajarannya dizaman mahasiswa akan lebih mementingkan kariernya dizaman bekerja. Sebaiknya dia tekun dan hebat di dalam Dakwah sambil cemerlang di dalam pelajaran.
3. Kerjaya sebagai seorang doktor juga berat dan menyibukkan. Kerjaya lain banyak beinteraksi dengan dokumen dan angka di paparan yang mudah dikendali masa dan keadaannya, sedang doktor mesti berinteraksi secara langsung dengan orang ramai yang seringkali tidak mengira masa, keadaan dan tempat. Ini ditambahan lagi dengan tawaran habuan wang ringgit yang tinggi menjadikan usaha menanam ke dalam jiwa akan hakikat Dakwah sebagai fardhu ain dan lebih utama dari segalanya seringkali tercabar. Pengalaman dan kejadian banyak terbentang di depan mata hingga ke hari ini. Kata ahli Dakwah bermaksud, “Agama ini tidak akan memberi sebahagian kemajuannya kepada kita, melainkan setelah kita memberi segala apa yang ada kepada kita untuknya berupa tenaga, masa, wang ringgit, jiwa dan raga”.
4. Setinggi mana pangkat, seluas dan sebesar mana tanggungjawab terhadap kesihatan orang ramai, seorang doktor wanita tidak boleh mengabaikan tugas asasi mendidik anak-anaknya hingga berjaya menjadi Pendakwah yang hakiki. Mendidik anak memerlukan fokus, masa, perancangan dan kesabaran. Jangan sekali-kali karier tinggi melangit tetapi tugas Dakwah entah kemana, anak-anak terbiar keIslamannya lagi menyedihkan, fardhu kifayah dikejar, fardhu ain diabaikan.