Rabu, September 26, 2007

Ukhuwwah Bersemi, Ibadah Terpuji

Assalamualaikum wbt

Jemputan utk semua akhawat dan mak cik2

Program : Grand Ifthar, Majlis Khatam Quran, dan Qiamuallail
Tarikh : 06 Oktober 2007
Time : 6 pm
Venue : Rumah Ustazah Hayati , Sungai Isap

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum.

Ahad, September 23, 2007

Minggu Exam

to: Ikhwah and akhawat MBBS Year 4 and 5
bitaufiq wa najah dlm end posting exam.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lEbih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya

Jumaat, September 14, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan al-Kareem








































16/9/2007 Ahad - Host: Dr Mohd Nor sekeluarga
No. 49, Lorong IM 13/3, Astana Villa, Indera Mahkota, Kuantan


18/9/2007 Selasa - Host: Dr/Mr Azmi sekeluarga
Astana Villa, Kuantan

20/9/2007 Khamis - Host: Dr Nasir sekeluarga
Tok Sira, Kuantan

22/9/2007 Sabtu - Iftar Jamaie PEMBINA+KARISMA
Tempat: SRI Irsyad. Kuantan
30 org sukarelawan diperlukan utk majlis berbuka dan 30 org untuk kerja
pembersihan selepas tarawikh.




Isnin, September 10, 2007

Satu Tekad Sederat Kudrat

' Betul ke nti boleh drive Unser ni malam-malam macam ni? Ana risau ni, entah jalan tu elok ke tak. Betterla kita suruh ikhwah drive.' Ana mengutarakan kekhuatiran ana pada akhawat berlima.

'Insya Allah, ana yakin, ana boleh. Enti yang risau ye.' Balas ukhti tersebut.

'Ok, fine, kalau macam tu kita bertolak sekarang' Balas ana dalam keadaan yang masih ragu-ragu. Entahlah, ana rasa macam tak sedap hati aje. Yelah, nilah pertama kali ana bersama akhawat berjaulah dalam keadaan malam yang semakin pekat. Bismillahirrahmanirrahim, kami serahkan segala urusan ini padaNya, Amin. Sedikit sebanyak doa yang dipanjatkan mencairkan rasa keraguan ana.

' Insya Allah, akhawat boleh. Apa-apa pun, Allah kan ada.' Bisik ana sebelum bertolak ke Teluk Gorek, Mersing untuk menghadiri Mukhyyam Pembina Nasional.

Alhamdullilah, kami tiba ke destinasi yang dituju lebih kurang jam 5.30 pagi,dinihari hari sambutan kemerdekaan Negara yang ke-50.

' Ya Allah, lapangkanlah dada kami, permudahkanlah segala urusan kami semasa menjalani aktiviti di sini, jauhilah kami dari nafsu yang merajai diri ini sepanjang mukhayyam, lindungilah kami dari perkara-perkara kemaksiatan, dan berkatilah usaha kami ni.' Doaku di keheningan subuh.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, mukhayyam dimulakan. Slot pertama, of course, taaruf. Slot yang memberi peluang kepada semua akhawat untuk bermua'isyah dan bertanya khabar iman akhawat yang lain. Alhamdulillah, seronoknya bila akhawat berkumpul di bawah satu bumbung, dengan tekad yang membara untuk sama-sama menjayakan mukhayyam kali ini demi memperkasakan dakwah Illahi dalam menggapai redha Allah. Insya Allah, kami simpulkan hati-hati kami dengan tema yang sama,' satu tekad sederap kudrat'.

Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kumpulan. Ana ditaklifkan untuk mengetuai kumpulan UHUD. Wallahu'alam, bila kem komander bertanyakan ahli kumpulan ana yang lain, kenapa mereka memilih ana untuk menjadi ketua, katanya, 'sebab ana ni orang lama', ye ke? Insya Allah, satu amanah yang ditakdirkan Allah untuk ana tunaikan. Akhawat UHUD, subhanallah, amat bersemangat, ye sungguh energetic untuk membawa hala tuju kumpulan UHUD agar mencapai kejayaan dan redha Allah. Insya Allah, akhawat susah senang kita bersama ye.

Aktiviti pantai yang pertama dimulakan sekitar jam 3 petang. Uhh, terasa perit juga kulit muka ni, yelah, sapa suruh asyik berkurung dalam bangunan je, kan ni dah kena berjemur.

'Hai akhawat, perjuangan dakwah kita bukan hanya dalam bangunan je, dakwah tu kan ada di mana-mana. Tak pe sun burn pun, asalkan Allah meredhai perbuatan kita.' Bisik ana memotivasikan diri ana sendiri.

Jeng-jeng, aktiviti pertama kami lalui adalah permainan bola tampar pantai. Antara syarat-syaratnya tak boleh pukul bola dengan tangan, sebaliknya kena menggunakan kain. So, satu kumpulan dibekalkan 3 helai sarung batik dan kami memilih 6 orang sebagai wakil kumpulan untuk permainan tersebut. So, satu kain pegang 2 orang, ni namanya ukhuwwah dan semangat kerjasama. Bola? Erm, rasanya tak mencabar kot. Jadi, supaya lebih mencabar lagi, gunalah belon yang telah diisi air. Jadi, sape yang careless, tak dapat sambut belon dengan baik, alamak, nampaknya basah kuyupla. Alhamdullillah, akhawat UHUD memenangi permainan ni.

Next aktiviti, war game. Ana pelik juga, apasal la war game tengahari terik ni? Tak pe, kita cuba dulu. Antara rules and regulationnya, setiap kumpulan di beri kubu masing2, dan setiap kumpulan mesti berusaha untuk mendapatkan bendera di tengah2 laut. Bukan ada air pun, masa tu air laut dah surut, Cuma ada lopak2 je. Tak pe, perjuangan memerlukan pengorbanan kan? Walaupun basah tapi kami tetap redah, semata-mata untuk dapatkan bendera kemenangan. Inilah semangat yang perlu ada dalam diri setiap akhawat, walaupun susah, banyak cabaran, dakwah mesti berjalan. Jangan futur ukhtiku. Alhamdulillah, sekali lagi akhawat UHUD diuji dengan kemenangan yang berpihak pada kami. Kenapa diuji? Tak bersyukur ke dengan nikmat Allah? Bukan tak bersyukur, tapi,Cuma nak ingatkan akhawat UHUD supaya jangan riak dengan nikmat Allah.Dah main penat-penat tu, ye ke penat?, kami disajikan pula dengan sajian ruhiyyah yang bertajuk 'Ittibaa'ul Hawa'-mengikut nafsu. Erm, jangan biarkan nafsu merajai diri dan diri akhwat kita.

Kami juga diberi pendedahan untuk mahir dalam kawad kaki. Erm, masya Allah, dah lama ana tak berkawat ni, mula2 tu, agak kekok juga, tapi, alhamdulillah, practice makes perfect, walaupun up and down menjadi mainan. At least, kawad ni mendisiplinkan diri akhawat, ikut arahan ketua.

Malam tu pula, adanya pengisian yang pertama, yang bertajuk Peperangan Al-Qadisiyyah. Peperangan antara umat Islam dan Parsi ketika era pemerintahan Saidina Umar AlKhattab yang berlaku tahun ke-15 hijriah.Subhanallah, strategi yang mantap dan semangat jihad yang tinggi menjadikan factor kemenangan peperangan ini. Alhamdulillah, walaupun terasa agak penat, namun, ana gagahi juga untuk menghayati kronologi peperangan ni.

Pagi2 lagi dan bangun, yelah, para duat bukan setakat kuat fizikalnya, tapi, keimanan pun kena jaga. Alhamdulillah, kami qiam dan solat subuh disusuli almathurat. Seusai subuh, kami disajikan dengan satu lagi pengisian yang bertajuk Salahuddin AlAyubi. Subhanallah, peribadi soleh yang ada pada Salahuddin AlAyubi dan keimanan yang jitu pada Illahi menjadi titik tolak kemenangan menakluk Palestin. Persoalannya, masih adakah Salahuddin AlAyubi di zaman teknologi ni? Insya Allah, ana yakin, dengan tarbiyah yang kita lalui hari ini, berdasarkan manhaj solafus soleh, akan melahirkan para Salahudiin AlAyubi. Ayuh akhawat, sama-sama kita tetapkan hati kita untuk thabat di jalan ni dan sedarlah, kitalah ummu Salahuddin AlAyubi yang akan membela panji-panji kemenangan Islam suatu hari nanti. Allah Akhbar.

Dah lenguh bersila, apa lagi, mulakan aktiviti mu'asykari , aktiviti yang berbentuk fizikal. Erm, ni aktiviti yang agak mencabar juga. Ala, ni bagi pelatih PLKN, kacang je, tapi, bagi ana, agak sukar juga nak melepasi halangan2 yang ada. Tak pe, Satu Tekad Sederap Kudrat, selagi kita mampu, kita perform the best kan? Kami melalui 7 halangan yang agak menguji ketahan fizikal dan mental akhawat semua. Meniti berdua-duaan atas satu batang kayu, meniti dan menyusur dalam gelung simen sambil berpegangan tangan, panjat batang kayu dalam keadaan berpegangan tangan dan terjun, bergayut ala monkey, menyusur sambil mencium tanah, dan menaiki tangga batang kayu. Yang menariknya, kami diberi sekeping biskut seorang dan 2 biji telur, katanya barang amanah. Ya Allah, susah juga nak beraktiviti bila ada barang amanah ni. Hai akhawat, dakwah ni pun merupakan satu amanah, dan tanggungjawab kita pada keluarga, suami dan anak2 jangan diabaikan. Kan tarbiyah nak melahirkan akhawat yang serba boleh. Kali ni memang betul2 ujian untuk akhawat UHUD, telur ayam yang kami perlu jaga, pecah berkecai. Bila kem komander nak check barang amanah seusai aktiviti berhalangan, apa yang mampu ana cakap kumpulan UHUD ada biskut yang bersalut telur. Diorang gelakkan kumpulan kami.Mana taknya, 8 keping biskut, semuanya dah bersalut telur, Cuma masih tinggal sebiji telur lagi yang masih elok .

Seusai aktiviti di darat, kami proceed dengan aktiviti di lautan pula. Nama aktiviti bola jarring laut. Apalagi, air tengah pasang, burr, semua akhawat masuk laut. Seronoknya, biasalah, sambil main, sambil mandi. Tapi, rasanya proportion mandi laut tu more than 50% kot.

Petangnya pula, aktiviti treasure hunt. Stesen pertama, hafalan surah albaqarah 216. Yelah, akhawat kena ingat, tak semestinya apa yang kita rasa elok baik untuk kita dan sebaliknya. Stesen kedua, kemas dorm. Akhawat, walaupun kita sibuk dengan dakwah, usrah sana sini, tapi, personality dan kekemasan rumah tangga kita kena jaga tau. Itulah lambang personality muslimah sejati, kekemasan. Ingatlah, rumahkan tempat kerehatan suami dan anak2 setelah penat mengharungi cabaran perjuangan di luar sana! Stesen ketiga pasang khemah. Aik, apasal la khemah ni lain macam je, pasang je lah, nanti tak sempat siap. Nampak macam senget je. Next stesen, paling panjang. Nilah masanya nak mengatur semua harta peribadi nak membentuk line yang paling panjang. Tak kira, barang kemas pun menjadi taruhan. Asalkan dapat anugerah terpanjang. Inilah namanya pengorbanan, rela berkorban apa sahaja dalam perjuangan ni. Next stesen, masak! Ala, masak nasi dlm mastin, panaskan Berahim dan masak telur dalam pasir, alhmdulillah, semua akhawat dah expert. Dalam setengah jam, dah siap. Stesen seterusnya, mengasah bakat seni bina yang ada dalam diri akhawat. Apalagi, masjid pasir menjadi pilihan binaan kami. Yang sedihnya, binaan kami di robohkan oleh kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Next stesen, mengeliling skater yang rendah separas lutut, sambil tangan menyentuhnya sebanyak 8 kali. Masya allah, pening kepala dibuatnya. Tapi kan, dakwah tu perlu diteruskan sehingga ke titisan darah terakhirkan? Last stesen, buat rakit atau dengan nama lain, rakit Salahuddin AlAyubi.Alhamdullilah, rakit kumpulan UHUD berjaya dilepaskan kelautan luas. Subhanallah, kat sinilah nak apply ilmu fizik yang dah lama ditinggalkan.Sifat keapungan.

Malam ni , malan yang ditunggu2 oleh kebanyakkan akhawat, Yelah, masa nilah nak tunjukkan bakat yang terpendam. Subhanallah, akhawat PEMBINA ni creative rupanya. Lakonan memang mantap. Alhamdulliah, kami semua terhibur dengan sajian yang diberikan.

Esoknya pula, seusai subuh berjemaah, kami semua berkumpul di gigi air, mengahayati alam ciptaan Illahi, subhanallah, betapa uniknya ciptaanMu ya Allah.

'(Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata). " Ya tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka'.
Saat untuk kami pulang ke medan amal masing2 pun akhirnya menjelma. Bak kata Hijjaz " Perpisah tak gelisah, Bertemu tak jemu". Inilah ukhuwwah yang dibina berdasarkan akidah Islamiah. Ya Allah, moga ukhuwwah yang kami bina ini diberkatiMu. Dan ketahuilah, sesungguhnya hati-hati ini berkumpul di atas tema yang sama 'Satu Tekad Sederap Kudrat'.Moga apa yang kami lalui sepanjang 3 hari 2 malam ni, memberi pendedahan kepada akhawat dan ikhwah tentang erti perjuangn yang sebenar. Wallahu'alam.

Gelombang Keadilan
Oleh: Shoutal Harokah

Kita melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Menumbangkan segala kezaliman
Dengan penuh ikhlas untuk keadilan
Bila pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

Jumaat, September 07, 2007

Tegakkan Daulah Islam Dalam Diri

Kata-kata Imam Hasan Al-Hudaiby masih terpahat kukuh disanubari ramai Duat hari ini–“Tegakkan Daulah Islam Dalam Diri Kamu, Nescaya Ia Akan Tegak Di Atas Bumi Kamu”.Jika dilihat ungkapan dari kacamata atau melalui jalan politik semata-mata, mereka yang tidak sabar ingin mengkecapi kemenangan dalam Pilihanraya semasa masih ada usia, sudah tentu akan mencemuh dengan menuduh jalan ini lambat dan terlalu ketat keaslian dan syarat-syaratnya.

Golongan ini bukan sahaja gopoh dalam membuat kesimpulan tapi juga tidak ada kemampuan dalam memahami Sunnah Allah swt dalam perjuangan umat yang panjang dan silih berganti ketamadunan. Hakikatnya Allah swt telah menetapkan bahawa asas perubahan dalam masyarakat adalah hasil dari perubahan dalam diri individu dalam umat itu sendiri. ‘Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada dalam satu kaum, sehingga mereka merubah merubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri.

Oleh sebab itu asas Dakwah kita ialah merubah diri ahli, kemudian merubah keperibadian masyarakat disekeliling kita. Dengan kata lain, ISMA tidak akan mampu membawa perubahan dalam masyarakat dan umat sehinggalah ahli-ahlinya mampu membuat perubahan ketara di dalam diri dan keluarganya sendiri. Dengan kata lain juga, sekiranya ahli-ahli ISMA dapat dan mampu membaiki dan meningkatkan ketaqwaan dan akhlak diri dan keluarganya, maka dia akan lebih mampu dan berjaya membawa perubahan yang diimpi dan dicita-citakan terhadap masyarakat dan umatnya.

Lihat sahaja di dalam cara Islam merubah masyarakat zaman Nabi saw yang kesannya masih terasa hingga ke hari ini walau telah berlalu 1400 tahun lamanya. Allah swt mengutuskan Nabi saw yang memiliki ketaqwaan dan keperibadian yang tertinggi. “Demi Allah, aku adalah orang yang paling taqwa dikalangan kamu akan tetapi aku bersolat dan menggauli isteri, berpuasa dan berbuka …(hadis teguran Nabi saw terhadap beberapa Sahabat ra yang mehu mencapai taqwa dengan cara berpuasa dengan tidak berbuka, beribadat solat sepenuhnya malam tanpa menggauli isteri dan sebagainya). Firman Allah swt, “Telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah contoh tauladan yang baik”. Kata Aisyah r.a, “Akhlak Rasulullah saw adalah Al-Quran”. Firman Allah swt, “Sesungguhnya kamu (ya Muhammad) mempunyai akhlak yang hebat” (Al-Quran). Ketaqwaan dan keperibadian/akhlak sebeginilah yang mampu membawa perubahan di dalam masyarakat Arab Melah dan Madinah seterusnya di Semenanjung Arab. Dari Baginda saw dibentuk para Sahabat ra, umat yang terbaik yang dikeluarkan oleh Allah swt di muka bumi. “Kamulah umat yang terbaik dikeluarkan untuk manusia” (Al-Quran). Dari mereka pula dibentuk umat manusia di Negara-negara berdekatan di zaman Islam membuka tanah-tanah baru di Mesir, Parsi, Syam dan lain-lain.

Tanpa keperibadian yang tinggi, tidak mungkin tercapai cita-cita penegakkan Islam yang luas dan keperibadian umat pemimpin dan pembimbing dunia yang kita cita-citakan. Tanpa pendidikan dan peningkatan diri, jangankan menegakkan Negara Islam tidak kesampaian, malahan membentuk organisasi dan jemaah yang akan berjuang menjayakan projek membina Negara pun akan kecundang atau menemui berbagai jalan buntu. Contoh-contoh ketara adalah seperti akhlak ahli yang bermasalah, lemahnya kefahaman terhadap perjuangan bahkan terhadap Islam itu sendiri. Tidak pelik jika ada yang ke tahap menyombong diri dihadapan sahabatnya yang lain kerana pangkat, kelulusan, profession, harta, kereta dan sebagainya dari ciri-ciri dunia yang fana ini. Terdapat pendokong Islam yang tidak dapat menghayati atau mempraktikkan disiplin dan kesungguhan dalam bekerja, hanya berpada berteori dan mengarah tanpa bekerja keras sedang dia mengutip hasil titik peluh sahabatnya yang ikhlas dan bersungguh dalam amal dakwah . Tidak kurang mereka yang merangka plan dan tindakan siang dan malam untuk orang lain sedang anak-anak sendiri, samada sebahagian atau semua mereka, jauh dari program-program Islam yang terancang, hanyut di dalam arus perdana yang tidak haraki.

Lemah didikan terhadap diri ahli dalam organisasi atau keperibadian diri dalam masyarakat juga akan mengakibatkan kegoyahan dalam struktur organisasi dan mesyarakat tersebut. Tanda pertama kepada penyakit ini ialah lemah dan goyahnya ikatan hati dan ruh yang membawa kepada longgarnya perasaan yang penghayatan Ukhuwwah (Kasih Sayang) Islamiyah secara amali di dalam barisan. Sebahagian tanda-tanda penyakit yang merbahaya ini ialah perasaan hasad, iri hati, bermuka-muka, tidak telus, berpolitik bukan pada tempatnya, menjatuhkan orang lain, tidak berani berterus terang, memfitnah, mengumpat, mengata, gila kuasa dan sebagainya. Sudah tentu jemaah atau organisasi seumpama ini tidak ubah seperti sebuah kelab biasa dan jauh dari ciri sebuah jemaah Islam menyeluruh yang bekerja mencapai cita-cita Islam yang jauh dan murni. Iman dan Ukhuwwah ibarat antibodi dalam badan yang mencegah jangkitan penyakit-penyakit yang datang menyerang. Apabila lemahnya ikatan dan perasaan Ukhuwwah, maka datang pula penyakit-penyakit kronik yang lain seperti saling menjatuhkan pihak lain, campurtangan dalam pentadbiran dan tugas Dakwah pihak lain sedang tugas yang dipertanggungjawab ke atas bahu sendiri terabai, dan sebagainya. Kita melihat ini banyak berlaku di dalam badan-badan Dakwah Islam khususnya badan yang lemah dalam bidang mendidik ahli. Apabila ini berlaku, dakwah tidak dapat maju ke hadapan dan cita-cita menegakkan Islam di dalam keluarga, masyarakat dan Negara, apatah lagi dunia hanya tinggal cita-cita dan tidak lebih dari itu.

Oleh itu amat tepatlah kata-kata Imam Hasan Al-Hudaiby, “Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya ia tertegak di atas bumi kamu”.

Kita menyeru kepada sekelian umat yang bercita-cita tinggi kea rah memperjuangkan Agama yang suci ini, khususnya pendokong-pendokong gerakan Islam dan ahli-ahli ISMA sendiri supaya memberi penekanan yang kuat terhadap tarbiyah atau pendidikan diri insan, lelaki dan wanita. Dari pengamatan terhadap nas-nas Al-Quran, Hadis dan pengalaman-pengalaman gerakan Islam dulu dan kini meyakinkan kita bahawa hanya Jalan Tarbiyah, mendidik diri dan masyarakat, adalah sebaik-baik jalan yang menuju ke matlamat yang diimpikan. Itulah jalan yang ditunjukkan kepada kita oleh Rasulullah saw.

Kita berdoa kepada Allah agar kita dipilihNya menjadi pendokong dan pejuang agamaNya. “Dan tidak diketahui tentera (penolong) Tuhan melainkan Dia” (Al-Quran). “Jika kamu berpaling, Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain selain kamu. Kemudian, mereka tidak seperti kamu” (Al-Quran).

Courtesy from :
http://www.ismaweb.net/