Memaparkan catatan dengan label Laporan Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laporan Aktiviti. Papar semua catatan

Selasa, Mac 01, 2011

Ziarah Pembina UIA PJ - Pembina UIA Kuantan


Pada 26 -27 Februari lepas PEMBINA UIAM Kuantan telah menerima tetamu dari PEMBINA UIAM Petaling Jaya seramai 11 orang. Rombongan ini berobjektif untuk menjalin ukhuwwah di kalangan ahli PEMBINA di samping perkongsian pengalaman sebelum melangkah ke Kampus Utama UIAM di Kuantan. Alhamdulillah program ini berjaya mencapai matlamat yang di gariskan. Pihak PEMBINA UIAM Kuantan mengucapkan Jazakumullah Khair Jaza' atas ziarah dan moga-moga kehadiran sahabat dari PEMBINA UIA PJ membawa seribu satu rahmat dan menyuburkan amal dakwah di Kuantan. Wallahu'alam

Rabu, Februari 16, 2011

Rehlah Maulidurrasul 2011

Rehlah Maulidurrasul_Sungai Jin

Pahang, 15 Februari – PEMBINA Pahang telah menganjurkan aktiviti rehlah santai bersempena dengan sambutan Maulidurrasul 1432 hijrah di Sungai Jin, Sungai Lembing.

Seramai 30 orang peserta dari ahli PEMBINA dan belia-belia telah menyertai aktiviti ini. Rehlah ini bertujuan untuk mengingati sirah dan pada masa yang sama mengeratkan lagi ukhuwwah antara ahli PEMBINA. Beberapa pengisian dari ahli pembina yang membicarakan hadis dan sirah telah disampaikan kepada para peserta. Pengerusi PEMBINA Pahang, Encik Mohd Afiq Mohd Yusoff juga telah menyampaikan pengenalan organisasi kepada peserta bukan ahli.

PEMBINA selaku organisasi yang aktif komited dalam usaha-usaha pembentukan jati diri belia dengan harapan menjadi pemangkin kepada pembentukan individu yang memiliki agenda dan mampu memacu kemajuan umat.

Sungai Jin_01

Isnin, Januari 24, 2011

Kontinjen Pahang Juara Keseluruhan Acara KRIPT 2011

KRIPT_064

KRIPT_215

Kemaman, 22 Januari – Kontinjen Pahang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan acara dalam sukan ISMA Pantai Timur (KRIPT) 2011. Kontinjen yang terdiri daripada ahli-ahli ISMA, PEMBINA dan KRIM ini telah menampilkan permainan yang menarik dengan semangat kesukanan yang tinggi. Syabas Kontinjen Pahang!

Aktiviti kali ini telah dikelolakan oleh ISMA Kemaman, dan mendapat penyertaan dari wakil-wakil kawasan dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Ahad, Disember 26, 2010

Beliawanis PEMBINA jayakan Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis 2010

KUANTAN, 26 Disember 2010- Akhirnya setelah lama menyepi, Beliawanis PEMBINA Pahang berjaya menganjurkan sebuah program bercorak pertandingan antara IPT atau beliawanis sekitar Pahang. Program yang bertajuk Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis 2010 ini telah lama dirancang tetapi mula melakukan gerak kerja beberapa bulan yang lepas. Program anjuran Beliawanis PEMBINA Pahang ini adalah dengan anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri Pahang dan berlangsung di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang.

Pada hari berkenaan, majlis telah bermula pada Pukul 9 pagi dengan ketibaan VIP; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Pahang, Pn Nor Hasni Hayati Bt Hanapi, Naib Presiden II PEMBINA Pusat, En. Mohd Afiq Mohd Yusoff, Pengerusi PEMBINA Pahang dan Pn Aisyah bt Badhrulhisham,Timbalan Pengerusi II PEMBINA Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh En Nik Ismail b Nik Wan Harun. Walaupun mendapat tekanan di saat-saat akhir berikutan banyak kumpulan peserta yang menarik diri tetapi majlis dapat berlangsung dengan jayanya walaupun dengan jumlah 5 kumpulan. Kumpulan peserta yang kebanyakan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Kuantan dan Kolej Matrikulasi Gambang menunjukkan bakat yang luar biasa walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan senamrobik dengan latihan selama seminggu. Malah setiap kumpulan mampu beraksi hebat dan mantap sehingga membuatkan pihak juri profesional terpegun dan semua penonton bersemangat dan gembira. Pihak juri terdiri daripada Pn Mazrinah Husain dan Pn Roslina bt Sharee,instructor senamrobik dan kecergasan dan pengadil negeri dan peringkat kebangsaan yang juga merupakan dari Persatuan Penggerak Sukan dan Rekreasi negeri Pahang. Mereka juga pernah menjadi peserta pertandingan senamrobik peringkat kebangsaan. Juri lain ialah Pn Nor Hasni Hayati Bt Hanapi, Naib Presiden II PEMBINA Pusat.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan adik-adik daripada Persatuan Penggerak Sukan dan Rekreasi negeri Pahang dan persembahan nasyid daripada adik-adik NAZIM ISMA. Pihak penganjur, AJK beliawanis PEMBINA Pahang juga tidak ketinggalan memberi persembahan senamrobik pada hari itu walaupun dengan latihan selama sehari.Sementara menunggu juri membuat keputusan, majlis telah mengisi senggang waktu tersebut dengan Ceramah tentang kesihatan bertajuk Beliawanis Tiada Alasan Untuk Tidak Cergas! dari Dr Zuraidah diikuti sesi Pengenalan PEMBINA dari Timbalan Pengerusi II PEMBINA Pahang, Pn Aisyah Badhrulhisham. Kemudian tibalah saat yang dinanti oleh setiap peserta, pengumuman pemenang. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Muslimah Legation, tempat kedua oleh kumpulan Ayumi dan tempat ketiga oleh kumpulan Belladona. Tahniah diucapkan kepada mereka yang merupakan pelajar-pelajar Farmasi dan Biosains UIAM kerana berjaya membawa pulang hamper, pingat dan sijil. Tahniah juga diucapkan kepada AJK Pertandingan Beliawanis PEMBINA Pahang kerana mampu mengendalikan program yang sangat bermanfaat ini. Minda yang cerdas adalah dari jisim yang sihat dan cergas. TIADA ALASAN UNTUK TIDAK CERGAS!

Saudara Pengerusi Pembina Pahang menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Pengarah Belia Sukan Negeri Pahang

Persembahan AJK Beliawanis PEMBINA Pahang

Pemenang Tempat Pertama: Muslimah Legation

Pemenang tempat kedua: Kumpulan AYUMI

Pemenang Tempat ketiga: kumpulan Belladona

Panel Juri

Ceramah Kesihatan dari Dr Zuraidah

'Warming up'

Isnin, Julai 26, 2010

Gambar Khatibah Julai 2010

Jumaat, Julai 23, 2010

Rehlah PEMBINA

Alhamdulillah, pada 17 Julai 2010, PEMBINA telah mengadakan satu rehlah di Bukit Panorama dan Pantai Balok. Seramai lebih kurang 30 orang peserta telah memeriahkan program yang bermula di Pejabat PEMBINA dan berakhir di Pantai Balok.

InsyaAllah, dengan program sebegini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli-ahli PEMBINA.

Album gambar program ada disini.

Khamis, April 15, 2010

Majlis Perpisahan Beliawanis Pembina Pahang

6 April 2010 mencatatkan peristiwa yang sungguh bermakna buat beliawanis Pembina Pahang. Satu majlis perpisahan telah diadakan di Pejabat PEMBINA Pahang bagi meraikan beliawanis tahun akhir yang akan menamatkan pengajian mereka pada bulan Mei ini.Seramai 14 orang beliawanis tahun akhir jurusan Perubatan, Farmasi dan Bioteknologi dari UIAM Kuantan serta 3 orang beliawanis dari Pusat Matrikulasi Gambang telah diraikan di dalam majlis ini.


~Amanat dari ustazah~

Alhamdulillah, majlis ini telah berlangsung dengan lancar walaupun persiapan untuk majlis ini diadakan semasa “demam peperiksaan” melanda dan kebanyakan beliawanis yang diraikan sangat sibuk dengan tugasan dan praktikal. Majlis perpisahan ini bermula dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis, Saudari Zu’aini dan Saudari Nur Jihan. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Al-Qur’an yang diperdengarkan oleh Saudari Noor Taufikiah. Sejurus selepas itu, semua hadirin menjamu selera sambil menonton video khas sempena majlis perpisahan ini. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan persembahan dari para beliawanis yang diraikan. Kumpulan nasyid yang ditubuhkan pada malam itu telah membuat persembahan terbaik dan menyentuh hati dengan menasyidkan lagu “untukmu teman.”


~Nasyid terakhir sebelum tamat Visa~

Kemudian, para beliawanis yang datang “dihidangkan” dengan santapan rohani yang disampaikan oleh beliawanis senior, Kak Iza. Peringatan yang disampaikan telah memberi suntikan semangat kepada semua para beliawanis. Antara pesanan dari Kak Iza adalah;

1. Kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang diimpikan sama ada untuk berjaya dalam pelajaran atau berjaya di dalam dakwah. Nilaian Allah terhadap kita bukan bergantung kepada sebesar mana apa yang kita mahu lakukan. Tetapi niat dan kesungguhan kita yang menjadi ukuran disisi Allah. Selagi kita masih dikurniakan kudrat berusaha lah untuk mencapai yang terbaik dalam kerjaya dan dakwah. Apa yang dilakukan mestilah hanya untuk mendapat redha Allah.

2. Kekuatan yang diperlukan untuk menghadapi ujian dan menangkis sifat mazmumah yang sekali sekala hadir dalam diri kita adalah dengan memujuk hati untuk datang ke program usrah, mukhayyam(perkhemahan), daurah dan sebagainya. Ia adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan dan memerlukan masa yang sangat panjang. Namun, kita mesti terus ISTIQAMAH untuk mendidik diri kita supaya hati kita sebati dengan didikan iman dan Islam serta merasa tanggungjawab ini seronok untuk dilakukan tanpa paksaan dari sesiapa pun. InshaAllah Allah akan membantu sesiapa yang IKHLAS membantu agama Allah.

3. Sabar adalah kunci yang paling ampuh untuk mencapai kejayaan. Bersabarlah berada di jalan didikan islami ini walaupun ujian yang datang sangat berat sehingga kadang-kadang membuat kita hampir berputus asa. Sabar untuk terus berjuang sebagai seorang pelajar menuntut pengorbanan yang tinggi, bersabar dalam mendidik diri, bersabar mengajak orang melakukan kebaikan dan bersabar dalam apa saja yang kita lakukan. Apabila kita bersabar, inshaAllah kita akan dapat bertindak dengan bijak & teliti. Jadi, sesusah manapun ujian yang datang, inshaAllah ianya akan dapat diatasi.


~Pesanan berharga dari Kak Iza~

Seterusnya, ungkapan nasihat berharga disampaikan oleh Ustazah Hayati sungguh memberi kesan di hati para beliawanis yang hadir. Antaranya, ustazah menasihatkan kepada semua beliawanis yang bakal menamatkan pengajian, supaya terus kekal di jalan didikan islami dan dakwah walaupun sentiasa diasak dengan kesibukan sebagai seorang doktor, saintis dan sebagainya. Selain itu, kita mestilah bertekad di dalam hati bahawa kemenangan Islam pasti akan dapat dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Walau apa sekalipun yang terjadi, gerakan dakwah akan terus bergerak sehingga mencapai matlamat akhir iaitu kemenangan Islam. Bukannya dakwah yang memerlukan kita tetapi kitalah yang sangat memerlukan kepada dakwah. Jadi, berusaha dan berdoalah agar Allah menetapkan hati kita di jalan didikan islami dan dakwah ini sehingga ke titisan darah yang terakhir.


~Cenderahati sebagai kenangan~

Alhamdulillah, majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada para beliawanis yang bakal “tamat visa” pengajian mereka. Kemudian, bacaan doa rabitah dan salam perpisahan menutup majlis pada malam tersebut. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah. inshaAllah.

Rabu, Mac 31, 2010

Perjumpaan Khas Bersama Presiden ISMA

Alhamdulillah, Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik bersama kepemimpinan lain dari pusat telah berziarah ke Kuantan untuk bertemu dengan para ahli. Perbincangan membicarakan isu-isu, matlamat pertubuhan dan persoalan-persoalan para ahli telah diadakan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Taman Pertanian.

Majlis Bersama Presiden_01 Majlis Bersama Presiden_28 Majlis Bersama Presiden_29 Majlis Bersama Presiden_38

Selasa, Mac 23, 2010

Baju Melayu Baju Kurung (BMBK) 2010

Selasa 16 Mac – Bertempat di Dewan Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Kuantan (KIPSAS), Forum Baju Melayu Bertemu Baju Kurung anjuran PEMBINA Cawangan Pahang telah berjaya diadakan. Lebih daripada 50 peserta yang terdiri dari siswa siswi KIPSAS telah hadir bersama memeriahkan forum tersebut.

bmbk_01 bmbk_02

Antara objektif utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang realiti masalah sosial di kalangan remaja serta mengemukakan contoh-contoh yang praktikal daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW tentang bagaimana muamalah sebenar antara wanita dan lelaki. Para panelis yang terdiri daripada Ustaz Mohd Ali Abdullah, Ustaz Norman Md Nor dan Puan Noorzaimen Abdul Kadir telah berjaya mengupas tajuk dengan baik dan bertepatan dengan realiti remaja hari ini.

bmbk_03 bmbk_05 bmbk_06 bmbk_07

Sesi soalan juga memberi ruang dan membuka peluang bagi para peserta mendapatkan jawapan untuk segala persolan tentang isu ini. Para peserta turut mengalu-alukan agar PEMBINA lebih kerap lagi mengadakan program di KIPSAS dalam usaha menyebarkan kefahaman tentang Islam yang sebenar kepada warga kampus.

bmbk_08 bmbk_09

Wallahulmusta’an

Selasa, Mac 09, 2010

Ceramah dan Perhimpunan PEMBINA Pahang

Alhamdulillah, pada 6 Mac 2010, PEMBINA Pahang bersama ISMA Pahang telah mengadakan ceramah, membincangkan buku Al-Iman; Rukun Hakikat dan Pembatalan. Ustaz Aris telah dijemput untuk membincangkan tajuk tersebut.

Daurah_15 Daurah_20 Daurah_22 Daurah_23 Daurah_31 Daurah_32 Daurah_43

Program diikuti dengan pemhimpunan umum PEMBINA Pahang yang julung-julung kali diadakan di Markas PEMBINA Pahang. Alhamdulillah, perhimpunan kali ini menghimpunkan jumlah ahli PEMBINA yang membanggakan.

Mass Gathering_02 Mass Gathering_09 Mass Gathering_12 Mass Gathering_14 Mass Gathering_16 Mass Gathering_21

Perhimpunan kali ini, selain memperkenalkan jawatankuasa kerja yang baru dilantik, telah menyampaikan kepada para ahli tentang halatuju dan perancangan masa depan untuk gerakan PEMBINA cawangan Pahang.

Semoga perhimpunan kali ini menjadi titik tolak kepada aktiviti-aktiviti dan tarbiyyah yang lebih berkesan dan mantap di masa akan datang, insyaAllah.

Takbir!

Isnin, Februari 22, 2010

Perkhemahan Wanita Islam

Pada hujung minggu yang lalu, tanggal Februari 20 dan 21, ISMA dengan kerjasama PEMBINA telah menganjurkan satu Perkhemahan Wanita Islam bertempat di Seaview Balok Resort. Dengan bertemakan "Ukhuwah dan Prioritasi, Menjana Kemenangan Islam", seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada makcik-makcik, pelajar-pelajar UIA, KIPSAS, dan adik-adik dari SEK MEN AGAMA AL-IHSAN berjihad meluangkan masa untuk mengikuti perkhemahan ini. Berpaksikan niat kerana ALLAH, hati-hati ini dipertemukan, membina untaian kasih, menyemarakkan ikatan yang terjalin dan seterusnya belajar serta mendalami pelbagai ilmu baru duniawi dan ukhrawi.

Dikendalikan oleh seorang consultant yang tak asing lagi, POK NIK dari "Camp D Perkasa", bersama anak buah beliau yang begitu berdedikasi, membuatkan semua peserta bersemangat dalam mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan. Walaupun diuji dan diasak dengan pelbagai dugaan dan cabaran, peserta tidak mengenal erti putus asa, malah, mereka amat fokus, berlapang dada, dan berfikiran terbuka dengan setiap halangan yang terpaksa ditempuhi.

~POK NIK memegang oppa sbg model "tugas"~

Prinsip-prinsip seperti kepercayaan, amal, ukhuwah, syura, dan tabah dikaji dan diperluaskan dalam skop kehidupan seharian seterusnya diaplikasikan dalam konsep dakwah. Prinsip utama yang ditekankan ialah "AMBIL KISAH". Setiap orang perlu ambil kisah atau prihatin terhadap diri sendiri, ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, penduduk setempat, dan sesiapa sahaja, supaya dakwah dapat dikembangkan dengan lebih berkesan.

Selain itu, perbezaan antara tugas dan tanggungjawab seorang da'i turut dikupas. Tugas adalah sesuatu atau beban yang dipikul dan diamanahkan. Manakala, tanggungjawab adalah satu wadah, jalan atau langkah yang perlu dilaksanakan oleh pemegang tugas, untuk memastikan tugas yang diamanahkan berada pada tempatnya. Yang paling penting "matlamat tidak menghalalkan cara".

~peserta berusaha memasang kereta sorong dalam aktiviti "ambil kisah"~

Akhir kalam, semoga perkhemahan ini diberkati dan dirahmatiNya. Doakan hati-hati ini dipertemukan lagi dalam program-program yang akan datang..insyaALLAH.

~~ Ukhuwah baru disemai, ukhuwah terjalin disemat ~~

Jumaat, Julai 31, 2009

Rehlah Pelajar Baru Meriah!

Kuantan, 26 Julai - Bertempat di Hutan Lipur Berkelah yang terletak kira-kira 30km dari bandar Kuantan, PEMBINA Cawangan Kuantan telah berjaya mengadakan perkelahan bagi menyambut pelajar baru yang menyambung pengajian di sekitar Kuantan. Program ini bertujuan memperkenalkan PEMBINA pada pelajar-pelajar baru, memupuk ukhuwwah Islamiyah dan kembali memuhasabah diri tentang tanggungjawab sebagai pemuda Islam. Kira-kira 30 orang pelajar telah turut serta bersama berMABIT sehari sebelumnya. MABIT dimulakan dengan pengisan yang disampaikan oleh Ust. Norman yang banyak berkisar tentang keperluan untuk para pemuda sentiasa membersihkan jiwa (Tazkiyatunnafs) dari noda dosa dan maksiat. Kemudian kira-kira jam 5 pagi para peserta bangun bersama-sama untuk mengerjakan ibadah qiyamullail dan diteruskan pula dengan solat subuh berjemaah. Disusuli pula dengan tazkirah subuh yang telah disampaikan oleh Saudara Buraidah Aslami Rushdan sedikit sebanyak membuatkan para peserta kembali merenung tentang sejauh manakah mereka telah berperanan dalam menyebarkan risalah Islam.

Pada jam 8.30 pagi para peserta mula berkonvoi ke tapak perkelahan dan sebelum memulakan pendakian ke tempat perkelahan para peserta dihidangkan dengan kisah sahabat Mus'ab bin Umair, Saad b Abi Waqas, Uwais al-Qarni dan Mu'adz b Jabal. Kesemua sahabat yang sengaja dipilih, adalah terdiri dari para pemuda yang berjuang demi menegakkan agama Islam dengan harapan para peserta dapat mengambil pengajaran dari kisah tersebut. Tiba di tapak, para peserta didedahkan dengan aktiviti air yang banyak membina ikatan ukhuwwah di kalangan peserta. Biarpun baru pertama kali bersua, namun hubungan antara peserta seolah-olah telah lama bersahabat.
Alhamdulillah objektif yang digariskan berjaya dicapai. Dengan ini pihak PEMBINA Cawangan Kuantan ingin menyeru para pemuda di sekitar Kuantan untuk kita bersama-sama berganding bahu demi mengembalikan peranan pemuda Islam sepertimana di zaman Rasulullah SAW dan dengan penuh sedar kita bangun untuk bersama saf PEMBINA dalam membawa risalah Islam.

Wallahu'alam.

Rabu, Mac 11, 2009

Ekspedisi Perkhemahan Pembina Pahang (XPERPP09)

Kemaman, 8 Mac - Pada 6,7 dan 8 Mac yang lalu Pembina Pahang telah berjaya menganjurkan Ekspedisi Perkhemahan Pembina Pahang (XPERPP09) bertempat di Teluk Kalong, Kemaman Terengganu. Program yang bertemakan "Perbaikilah Dirimu dan Serulah Orang Lain" telah berjaya menarik seramai lebih 50orang ahli lelaki dan wanita dari Pahang dan Terengganu. Antara lain objektif utama perkhemahan kali ini adalah bertujuan untuk menghayati 10 sifat peribadi muslim sebenar, melahirkan pemuda yang cergas dan cerdas dalam menunaikan tanggunjawab didalam dan diluar kampus, menjana pemuda yang bermanfaat kepada agama serta mengeratkah ukhuwwah sesama ahli. Program dimulakan dengan sesi taaruf dikalangan peserta dan diteruskan dengan pengisian perdana tentang tema perkhemahan. Bagi mengekalkan semangat juang para peserta turut dihidangkan dengan lagu tema oleh Izzatul Islam bertajuk 'Jalan Juang'. Pada sebelah malam pula para peserta diarahkan untuk berjalan di tengah kegelapan malam agar mampu memuhasabahkan diri masing-masing ketika berseorangan.


Keesokannya peserta memulakan hari dengan ibadah qiyamullail dan diteruskan dengan tazkirah. Sebelah paginya peserta lelaki menjalani aktiviti telematch dan peserta wanita pula bersungguh-sungguh menjalani aktiviti 'treasure hunt'. Selepas tazkirah zohor, para peserta dibentangkan pula dengan 'Slot Bersama PEMBINA' bertujuan untuk menjelaskan matlamat dan kerja yang perlu dilakukan sebagai seorang pemuda Islam yang sebenar. Lebih menarik lagi pada sebelah petangnya Kem Komanden mengambil sedikit masa untuk menjalankan aktiviti fizikal pantai bagi menjana kekuatan tubuh ahli.


Sekitar selepas solat Isya' pihak PEMBINA Pahang menerima kunjungan dari PEMBINA Gombak, PJ dan Daerah Hulu Langat di dalam rangka Kembara Pantai Timur mereka. Seramai lebih kurang 21 peserta turut sama memeriahkan XPERPP09. Tanpa menghiraukan penat dan lelah setelah jauh berjalan mereka disambut dengan aktiviti 'wargames' yang berobjektifkan keberanian, strategi dan ukhuwwah. Meskipun keletihan rata-rata peserta menjiwai aktiviti tersebut sebagai salah satu usaha mencapai objektif yang telah digariskan.



Pada hari terakhir tazkirah subuh telah disampaikan oleh Kem Komanden tentang perihalnya pemuda cukup-cukup membuka mata para peserta tentang peri pentingnya menjadi pemuda yang soleh dalam kekalutan masyarakat hari ini. Sekitar jam 9pagi para peserta berdepan pula cabaran jungle trekking ke puncak bukit teluk kalong sambil dihidangkan dengan kelas-kelas yang bertemakan penghargaan, cara hidup dalam hutan dan kaedah menyelamat di hutan. Kebanyakkan hal yang diajar adalah perkara baru yang sangat bermanfaat untuk para peserta.



Selepas menunaikan solat zohor, majlis ditangguhkan dengan ucapan penutup oleh pengarah program, wakil kembara dan VIP jemputan. Kumpulan yang menang turut menerima habuan hasil usaha keras mereka dalam kesemua aktiviti yang dijalankan. Rumusannya objektif yang telah digariskan alhamdulillah berjaya dicapai dan para peserta memberi komentar yang positif untuk keseluruhan program. Akhir kata "perbaikilah dirimu dan serulah orang lain"
Wallahul musta'an