Memaparkan catatan dengan label Tazkirah dan Peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah dan Peringatan. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 27, 2010

Benci Daie’: siapa yang silap, mad’u atau akhlak daie’? (Part 1)

" Aku benci dengan ustaz A ni. Dia kalau bercakap memang hebat, bagus. Tapi dia tu suka buat sesuatu tanpa fikir perasaan orang. Kadang-kadang aku rasa dia fikir dia dah bagus sangat." Ungkapan kata sebegini biasa terdengar di kalangan orang yang tidak berpuas hati dengan sesetengah daie', tidak kisahlah sama ada dia ditegur atau diberi tazkirah.(situasi ini juga berlaku dikalangan pendakwah biasa yang tidak bergelar ustaz). Ya, memang benar, cabaran menjadi seorang pendakwah memang tinggi. Jika nak dibandingkan dengan cabaran menjadi seorang doctor, mungkin cabarannya agak sedikit berbeza. Malah seorang doctor tidak memerlukan pengorbanan yang banyak berbanding seorang pendakwah dimana seorang pendakwah perlu mengorbankan wang, masa dan tenaga sendiri untuk menyampaikan atau membina ummah yang agung. Mengimbau kembali zaman rasulullah saw menyampaikan dakwah, perjalanan dakwahnya yang penuh ranjau onak dan duri. Baginda pernah dilempar batu, diancam bunuh, dihina, malah dituduh seorang gila, namun baginda tetap teguh dan gigih menyampaikan dakwahnya. Jika bukan kerana usaha baginda yang gigih, Islam tidak mungkin kekal hingga ke saat ini di mana kita sendiri dan juga saudara mara kita masih dikurniakan nikamat iman dan Islam. Alhamdulillah.

Apabila disebut tentang daie' atau pendakwah, hakikatnya setiap yang bergelar Muslim adalah daie'. Kewajipan berdakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat Islam seluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti Firman Allah yang bermaksud: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan". Ayat ini menerangkan tentang kebaikan umat Islam(Khaira Ummatin) itu terletak kepada tugasnya menyuruh dan mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Sebagai melengkapkan diri menjadi seorang daie' yang berjaya, seorang Muslim mesti mengikut lunas-lunas Islam, berakhlak mulia dan membekalkan diri dengan cukup untuk menghadapi ancaman musuh-musuh Islam. Janganlah kita menjadi seorang yang merosakkan Islam disebabkan kelemahan atau kejahilan kita.Berkait rapat dengan fenomena atau situasi yang pertama disebut di atas, orang yang begitu memahami Islam dari segi hak dan batilnya turut tersalah langkah dalam menjadi seorang daei yang berkesan. Ya, setiap manusia mempunyai kelemahan dan kesilapan yang tersendiri. Kadang-kadang, tanpa disedari perbuatan kita boleh menyebabkan kita kehilangan banyak mad'u yang dapat mengembalikan kegemilangan Islam suatu masa nanti. Oleh itu, disini pentingnya semua pendakwah atau daie' mempunyai dan berusaha untuk memiliki ciri-ciri dakwah yang berkesan.

Dipetik daripada sebuah artikel karangan
Ustazah Ros Izanuri binti Jamaludin, ciri-ciri pendakwah hebat ialah:

  1. Memiliki Iman yang mantap


    Pendakwah tanpa iman akan menjadi lebih buruk daripada bukan pandakwah tanpa iman. Mereka ibarat 'ulama jahat yang pandai menghias bicara tetapi kontang jiwanya. Mereka menjual agama untuk habuan dunia. Keimanan yang mantap akan membuahkan keikhlasan yang merupakan satu ciri penting pendakwah. Imam Hasan Al-Banna menghuraikan bahawa ikhlas adalah menjadikan setiap amalan, kata-kata dan perjuangan pendakwah adalah kerana Allah, untuk mencari keredhaanNya, dan pahala dariNya, tanpa memandang kepada imbuhan, kemegahan, gelaran, atau menjadi terkenal.


    Muhammad Abdullah Al-Khatib, menyebut bahawa di antara tanda-tanda keikhlasan adalah:

    1. Takutkan kemasyhuran kerana meyakini bahawa Allah menerima amalannya jika ia tidak bercampur dengan rasa mengharapkan penghargaan dan pujian manusia.
    2. Sentiasa menganggap dirinya cuai dan berdosa di hadapan Allah kerana dia tidak terpedaya dengan amalannya dan tidak ujub.
    3. Lebih menyukai amalan yang dilakukan secara senyap kerana ingin menjadi orang yang paling berperanan walaupun tidak kelihatan ibarat akar tunjang pada sepohon pokok. Namun bila terpaksa untuk menonjol, dia lakukan dengan menjaga kelurusan niat.
    4. Baginya tugas pemimpin dan pengikut sama sahaja selagimana kedua-duanya terlibat dengan dakwah dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.
    5. Mengharapkan redha Allah walau pun dimurkai oleh manusia.
    6. Mengasihi, menyukai, membenci atau memarahi manusia kerana Allah semata-mata.
    7. Tidak kecewa atau malas walau pun perjuangan mengambil masa panjang untuk memperlihatkan buah kejayaan.
    8. Tidak dengki atau curiga, bahkan gembira dengan kelahiran tenaga baru yang jujur untuk berdakwah.


  2. Berilmu


    Pendakwah yang berjaya mestilah mempunyai ilmu mencukupi sebagai asas untuk bekalan diri dan ilmu yang mendalam untuk menarik sasaran. Namun tidak semestinya semua pendakwah menjadi faqih seperti para ulama'. Antara aspek yang penting: memahami asas agama, menguasai al-Quran, memahami uslub dakwah dan mengikuti perkembangan semasa


  1. Berakhlak (merupakan aspek yang paling penting untuk menangani situasi yang diberikan di atas)


    Akhlak merupakan syarat asas seorang pendakwah. Pendakwah yang membawa mesej Islam sewajarnya melaksanakan mesej itu dalam kehidupannya sendiri. Nabi Muhammad SAW yang diutuskan dengan misi untuk menyempurnakan akhlak mulia telah menunjukkan contoh unggul sebagai pendakwah yang menjadi teladan sepanjang zaman. Bahkan ramai yang terbuka hati menerima Islam kerana akhlak Baginda SAW.

Keperluan para pendakwah untuk mengamalkan akhlak mulia boleh dilihat dalam beberapa perspektif berikut:

  1. Menjadi tauladan

Dakwah bil hal (dakwah melalui perbuatan) memang terbukti lebih berkesan dari dakwah bil lisan (dakwah secara lisan). Manusia secara fitrah sejak dari kecil hingga tua terdorong untuk meniru tingkahlaku orang lain terutamanya orang yang dihormati dan disanjung. Setiap pendakwah seharusnya berusaha untuk mengamalkan dahulu sebelum menyampaikan kepada orang lain. Cara ini menjadikan penyampaian lebih berkesan dan lebih ikhlas. Walau bagaimana pun menyampaikan sesuatu yang belum mampu dilakukan bukanlah satu kesalahan, terutamanya jika pendakwah itu telah mempunyai tekad dan usaha untuk mengamalkannya.

Allah mengherdik mereka yang mengatakan sesuatu yang meyampaikan sesuatu namun membiarkan dirinya sendiri cuai dari mengamalkannya. Hal ini termaktub dalam Surah As-Saff (ayat 2-3):

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukannya! Amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.

Abdul Hadi Awang menyebut bahawa seseorang yang seseorang yang menyeru manusia supaya berakhlak mulia, tetapi akhlaknya sendiri rosak, maka dakwahnya tidak berkesan. Begitu juga jika dia mengajak orang menderma sedangkan dia kedekut, maka ajakannya akan gagal. Orang yang menyeru kepada jihad dengan berkobar-kobar tetapi dirinya sendiri penakut dan tidak yakin, maka seruannya tidak masuk ke dalam hati pendengar.

  1. Siddiq

Siddiq adalah sifat wajib bagi rasul yang mesti juga dihayati oleh para penyambung tugas para rasul. Siddiq pada hati menimbulkan keyakinan dan keazaman yang tinggi dalam perjuangan. Ia juga menjadikan pendakwah tidak selesa untuk sekadar berpeluk tubuh melihat kemelut menanda ummah. Hatinya begitu segar dan bersemangat untuk berada pada jalan perjuangan. Siddiq pada lidah pula menjadikan pendakwah jujur dalam tindakan dan benar dalam bicara. Abdul Karim Zaidan mengulas: "Seorang pendakwah muslim yang siddiq dapat dikenali dari raut wajah dan suaranya. Setiap kali Rasulullah SAW bercakap dengan orang yang tidak dikenalinya, mereka akan berkata tentang Rasulullah: Demi Allah, wajahnya bukan wajah pendusta, dan suaranya bukan suara pendusta. Oleh yang demikian para pendakwah perlu menjauhi sifat bohong dan dusta."

  1. Sabar

Allah mengasihi orang-orang yang sabar (Ali Imran: 146) dan meyatakan dengan jelas bahawa Dia bersama-sama dengan orang-orang yang sabar (Al-Baqarah: 153). Seterusnya Allah menjanjikan pahala yang besar—yang tidak terkira—kepada orang-orang yang sabar (Az-Zumar:10). Maka, pendakwah sewajarnya mengejar 'status' sebagai hamba Allah yang penyabar.

Imam Al-Ghazali membahagikan sabar kepada tiga pembahagian besar:

  1. Sabar dalam perkara yang berpunca dari ikhtiar manusia sendiri iaitu sabar dalam melakukan ketaatan serta sabar dalam meninggalkan maksiat.
  2. Sabar dalam perkara tidak berpunca dari ikhtiar sendiri tetapi boleh dihadapi dengan tindak balas dari ikhtiar sendiri, iaitu sabar atas perlakuan orang lain ke atas diri kita. Contohnya, jika orang mengucapkan kata-kata kasar dan maki hamun terhadap kita, kita boleh membalasnya dengan senyuman atau kata-kata lembut bila mampu bersabar.
  3. Sabar atas musibah yang besar yang diluar kemampuan ikhtiar kita seberti ditimpa bencana dan seumpamanya.
  1. Penyayang

Manusia tidak melakukan kerja dakwah jika tiada sifat pengasih dan penyayang. Pendakwah memandang wajah-wajah mad'u denga rasa kasihan dan kasih—bukannya rasa benci dan meluat—walau pun mad'u itu mempunyai seribu macam cacat cela yang layak untuk dibenci. Jika mad'u itu melakukan maksiat, pendakwah wajib membenci PERBUATAN itu, tetapi tidak perlu membenci batang tubuh yang melakukannya. Pendakwah seharusnya dimotivasikan dengan rasa belas terhadap pelaku maksiat yang mungkin dijilat neraka, bukannya dimotivasikan dengan rasa geram kerana busuknya perangai pelaku maksiat itu. Hal ini terbukti dengan ucapan tokoh dakwah ulung yang berdakwah tanpa penat lebih 950 tahun sebagaimana yang diungkap dalam firman Allah (Al-A'raf:59):

Maksudnya: Maka berkatalah (Nuh) kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada tuhan bagi kamu selainNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (hari kiamat)"

Dr Abdul Karim Zaidan menyebut bahawa sifat penyayang pada pendakwah akan melahirkan sifat pemaaf dan menjadikan pendakwah berjiwa besar sehingga merasakan dugaan dari musuh itu sebagai ujian yang kecil. Sifat penyayang juga akan menjadikan pendakwah mudah didekati oleh para mad'u.

  1. Merendah diri (Tawadhu')

Pendakwah tidak boleh sombong. Jika masih ada saki baki kesombongan, pendakwah perlu bermuhasabah dan mengikisnya hingga licin. Namun kadang-kadang kesombongan itu bertapak dalam hati tanpa disedari. Maka pendakwah perlulah kerap bermuhasabah agar dapat menjadi seorang yang tawadhuk dan merendah diri. Antara tanda-tanda kesombongan ialah merasa terlalu gembira bila dihormati dan disambut, dan merasa amat kecewa jika tidak dipedulikan. Orang yang sombong juga akan mengelakkan dari melakukan kerja-kerja yang dianggap 'rendah, kotor atau kasar' seperti menyapu sampah, membersih longkang dan seumpamanya. Dr. Abdul Karim menyebut bahawa orang takabur amat sukar mengakui kesalahannya walau pun memang jelas dia bersalah. Manusia akan menjadi tawadhu dan hilang sikap takabur apabila menghayati kehebatan dan keagungan Allah SWT. Mereka akan menganggap bahawa dirinya terlalu kerdil dibandingkan dengan kesucian, ketinggian dan kebesaran Allah. Lantas akan timbul perasaan untuk sentiasa tunduk kepada Allah walau pun dikurniakan berbagai kehebatan duniawi seperti kepandaian, kekayaan, kecantikan dan kepimpinan. Pendakwah yang merendah diri akan mudah bergaul dengan mad'u yang terdiri dari pelbagai peringkat. Pendakwah begini tidak akan membezakan antara sasaran yang miskin atau kaya—semuanya dilayan dengan istimewa sebagai mad'u. Mereka tidak rasa tergugat atau marah apabila batang tubuh mereka diherdik atau dihina. Namun apabila yang dihina itu adalah agamanya, Tuhannya atau Nabinya, mereka akan bersikat tegas dan lantang.

  1. Mudah mesra dengan masyarakat

Pendakwah yang baik adalah yang pandai bergaul dengan masyarakat. Dia disukai oleh segenap kelompok sama ada orang tua, remaja, dewasa bahkan kanak-kanak. Dia tahu menyesuaikan diri dengan pelbagai latarbelakang—golongan profesional, pekerja am, remaja yang nakal, golongan elitis, golongan marhain, dan sebagainya. Pendakwah yang baik murah senyuman dan mudah memberikan salam. Beliau juga tidak lokek untuk bertanya khabar dan berkenalan dengan orang yang baru dikenali. Dia juga bijak untuk menjadikan mad'u merasa serasi dan selesa untuk terus mengikuti dakwahnya.

  1. Suka berkhidmat dan menolong

Pendakwah yang baik juga perlu sentiasa ringan tulang untuk melakukan kerja kebajikan. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis-hadis berikut:

Maksudnya: Demi sesungguhnya, seseorang yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya lebih baik dari ia beriktikaf di dalam masjidku ini selama dua bulan.

Maksudnya: Seseorang Islam itu saudara seorang Islam yang lain. Siapa yang menunaikan hajat saudaranya nescaya Allah bersama dengan hajatnya. Dan sesiapa yang melepaskan satu kesusahan saudaranya, nescaya Allah akan melepaskan satu kesusahan daripada kesusahannya di hari kiamat.

  1. Gigih berjihad

Pendakwah yang berjaya akan sentiasa gigih berjihad menyampaikan dakwah. Imam Hasan Al-Banna menyebut bahawa dakwah tidak akan hidup tanpa jihad. Maka para pendakwah juga perlu menghayati semangat jihad dalam usaha dakwah.

  1. Berdisiplin

Pendakwah tentunya tidak boleh bergerak keseorangan. Dia perlukan organisasi yang dapat mewujudkan sinergi dalam usaha dakwah. Bahkan kerja secara berjamaah merupakan tuntutan yang tidak boleh dinafikan. Oleh yang demikian, setiap pendakwah perlu memahami tanggungjawab dan disiplin berada dalam jamaah. Dia perlu tahu untuk bertindak sesuai dengan kehendak jamaah. Dia juga perlu bersedia untuk taat kepada pemimpin walau pun dalam perkara yang tidak disukainya. Dia juga mengamalkan syura dan menghormati keputusan syura.

Akhir kalam, mari kita sama-sama menjadi seorang pendakwah yang berjaya dengan memiliki ciri-ciri dakwah yang berkesan dan efektif. Majulah pendakwah muda untuk kegemilangan Islam!

*InsyaAllah akan disambung selepas ini dengan sifat-sifat daei' yang perlu dielakkan. Nantikan!

Khamis, Januari 14, 2010

Syahadah Al-Haq

Syahadah Al-Haq -Ashhadu alla ilah illa Allah, wa ashhadu anna Muhammad rasulullah

Syahdah Al-Haq adalah pengakuan seorang Muslim dan ia datang bersama-sama dengan tanggungjawab berat.

Tanggungjawab tersebut: Melaksanakan dan menyampaikan hak syahadah dihadapan seluruh alam.

Tanggungjawab ini tidak akan hilang sehingga:
Manusia tunduk di bawah hujah Allah dan tidak dapat lagi menafikan bahawa seruan para Nabi dan kalimah ini sudah sampai ke gegendang telinga mereka.

Perenggan diatas membawa maksud; Islam sudah sampai pada setiap manusia sehingga mereka layak dihukum jika ingkar kepada Allah.

Apakah syahadah Al-Haq itu?
Ia dapat dijelmakan dalam dua bentuk perkataan dan perbuatan.

Perkataan
-lisan dan pena
-apa-apa media cetak dan elektronik
-memperkenalkan Islam is the way of life

Perbuatan
-berakhlaq dengan akhlaq mahmudah
-manusia dapat merasakan apa itu Islam melalui pergaulan mereka dengan kita
-menjadikan kehidupan sebagai cermin yang membiaskan dasar dan prinsip Islam

Pelaksanaan syahdah Al-Haq VS Realiti Ummah. Ummah sekarang:
-Lebih cenderung pada kehidupan jahiliyyah dari pembaharuan (kepada Islam). Misalnya: Lebih suka berfoya-foya dan menurut arus budaya hedonisma dari menginjak kaki ke masjid dan terlibat dengan gerakan dakwah.
-Cara hidup ummat yang bercanggah dengan kehidupan Islam
-tidak berusaha menegakkan Islam serta tidak bersungguh-sungguh, contohnya; hanya melakukan apabila disuruh.

Penyelesaiannya:
-melangkah dan bersungguh-sungguh untuk melakukan seruan/dakwah
-berpegang teguh dengan hidayah Allah
-Merealisasikan syahdah Al-Haq dalam setiap sudut kehidupan.

Semoga kita tidak hanya menjadi manusia yang hebat bercakap tetapi kosong perbuatan! HAnya dengan pertolongan Allah yang menjadikan kita kuat dan bertahan dijalan-Nya.

Akhir kata, MAMPUKAH TANGGUNGJAWAB INI DIPIKUL ORANG PERSEORANGAN?

oleh: Abul A'la Al-Maududi


Isnin, Januari 11, 2010

Manhajul Hayyah 3

Dengan gandingan kalimah "La ilah illa Allah" dan "Muhammad Rasulullah", lengkaplah sebagai MANHAJ.

GOlongan salaf hanya memahami kalimah

"La ilah illa Allah + Muhammad rasulullah"

dengan pembuktian yang tersemat teguh dilubuk jiwa serta tercerna dalam realiti kehidupan.

Dengan kata lain ulama berpendapat, kalimah "LA ilah illah Allah + Muhammad rasulullah" itu bukanlah sekadar sebutan. Ia perlu disertai dengan pembuktian dalam perbuatan.

Realitinya: Kita akui Allah sebagai RABB. Tetapi kita masih bimbang orang lain boleh memberi mudharat pada kita..
Semoga ilmu aqidah yang dipelajari mampu menjadikan kita benar-benar seorang yang hanya berserah pada Allah.

Kesan memahami MANHAJUL HAYYAH
-Yakin Allah satu-satunya pemilik bumi ini
-Allah satu-satunya yang ada kekuasaan yang kukuh
-Allah satu-satunya pentadbir bagi segala yang terjadi
-Allah satu-satunya yang layak disembah dan UNTUK DITUNJUKKAN RASA TAKUT dan TAQWA (bukan pada manusia lain atau makhluq lain)
-Allahlah pemberi kehidupan dan penentu kematian

Kehidupan ISlam adalah kehidupan yang ditegakkan di atas kalimah ini "La ilah illa Allah, Muhammad Rasululah"
(dalam seluruh aspek kehidupan).

Ucapan "La ilah illa Allah" akan menghalang pengucapnya dari melakukan perkara yang haram. Ia adalah sebenar-benar kalimah yang mampu mengahlang manusia dari terjerumus ke neraka.

Sabtu, Januari 09, 2010

Manhajul Hayyah 2

Sekadar menyebut bererti tiada perbezaan antara kafir dan muslim. Ekoran itu, penting untuk memahami, menghayati dan menghadam kalimah manhajul Hayyah ini.

Oleh itu, kita perlu:
-merasai pengertian
-tahu dan faham apa yang kita ikrarkan
-yakin seperti yakinnya kita pada sifat membakar api (ertinya kita kita tidak akan meletakkan jari kita pada api kerana tahu akibatnya adalah melecur)
-Sedar akan tanggungjawab yang dipikul daripada pengakuan kita 'LA ilah illa Allah"

Adilkah kita jika Allah berikan kita segalanya, tetapi kita membuang Allah?

Wahab bin Munabih pernah ditanya:
Bukankah "LA ilah illa Allah" itu pintu syurga?
Jawabnya:
Tiada kunci tidak bergigi. Datanglah dengan kunci yang bergigi barulah pintu boleh dibuka.

Maksudnya, untuk kalimah "La ilah illa Allah" menjadi pintu syurga, kita perlukan kunci yang bergigi. Setelah ada ucapan.. kita perlukan perbuatan dan penghayatan selaku kunci yang bergigi supaya kita layak membuka pintu tersebut.

Apakah antara kunci bergigi tersebut?
-tidak mudah tunduk pada orang lain, merasa 'izzah dan mulia dengan Islam
-berfikiran waras
-Berani
-Qanaah(rasa cukup dengan apa yang ada) dan berjiwa murni
-keyakinan pada Allah dan tidak kenal erti putus asa
-maju dan bertawakkal
-tekad, sabar, teguh dan tahu bahwasanya Allah sentiasa mendengar dan tidak tidur
-tunduk pada syariat dan menjaganya
-membersih jiwa dan beramal soleh kerana kita memerlukan Allah
-beriman dengan jalan kesejahteraan
-tawadhu' dan tidak tertipu dengan apa yang ada pada diri sendiri, segala yang ada pada kita adalah HAK milik Allah.

Sabtu, Januari 02, 2010

Manhajul Hayyah 1 -Landasan kehidupan

Apakah itu Mahajul Hayyah? itulah dia Kalimah "LA ilah illa Allah"

Apakah kepentingan manhajul hayyah?
-asas binaan Islam
-mengandungi intisari ajaran Islam, ia menjadi teras utama dakwah setiap Nabi dan rasul.
-membezakan muslim dan kafir, dunia dan akhirat.
-SEBAGAI LANDASAN KEHIDUPAN

Apakah itu perkataan ilah?
Ia bermaksud tuhan. DAlam kalimah ini? Ia adalah TUhan yang berhak disembah. Yang mempunyai kekuatan yan Maha BEsar dan Maha Mengetahui. Tiada manusia yang mampu mencapainya.

Kalimah Manhajul Hayyah itu menunjukkan
-hanya Allah yang berhak disembah
-tiada pemilik dan pemerintah kecuali Allah
-segala sesuatu memerlukan dan terpaksa bergantung kepada-Nya.

Gambaran kalimah 'LA ilah illa Allah"
-KEjadian Alam ini.
-Setiap satu saling berkait dan bergantung sesama sendiri
-Tiada satu pun yang boleh menjadi tuhan dari segi kelayakkannya

Maka dengan itu Allahlah Tuhan selayaknya.

Khamis, Disember 31, 2009

Al-Jiddiyyah

Al-Jiddiyyah atau perkataan Bahasa Melayunya kesungguhan dan keseriusan.

Sikap ini membuktikan kita melakukan sesuatu bukan hanya dengan mengisi masa lapang. Kita melaksanakan sesuatu amal dan wajibat kerana ia adalah tanggungjawab, perkara utama yang perlu kita lakukan.

Dakwah. Ia adalah bisnes utama kita. Ia juga satu-satunya jalan yang kita imani untuk menyampaikan Islam.

Rasul s.a.w menyampaikan Islam menggunakan jalan Dakwah. Tiada jalan lain kecuali dakwah untuk tersebarnya Islam. Sudah sunnah dan ketetapan hanya dua reaksi manusia dalam menghadapi seruan kita. Terima atau Tolak. Hakikat yang perlu diterima oleh setiap daei. Jangan kecewa jika dakwah tidak diterima juga jangan terlalu SS jika ada segelintir mula menerima.

Dengan Jiddiyyah, matlamat akhir bagi setiap amalan kita adalah untuk KEBAIKAN DAKWAH.

Dengan Jiddiyyah juga bermaksud, kita tidak takut untuk melakukan INFAQ. Apa itu infaq? Infaq itu memberi. BErilah apa sahaja. APA SAHAJA yang BERGUNA untuk DAkwah..

Petikan Nasyid Rabbani -Berkorban apa saja agar Islam MUlia

Selasa, Disember 01, 2009

Bermusimkah?

Telah tertulis dan termaktub, sesetengah kawasan di dalam dunia ini mempunyai empat musim.

Musim bunga, musim luruh, sejuk dan panas. Pelbagai faedah dan hikmah yang dapat dipelajari dari 4 musim ini. Di negara kita juga wujud pelbagai musim..

Musim hujan, musim banjir/tengkujuh, musim kemarau, musim sejuk/angin kuat, musim buah, musim pilihanraya.. ops cukup setakat itu. Dikhuatiri melarat ke jurang yang tidak sepatutnya.

Selain musim-musim yang berkaitan dengan cuaca dan suhu sekeliling, musim-musim yang berkait dengan aktiviti juga sangat 'berleluasa' di negara kita. Misalnya: musim belajar, musim shopping, musim pesta, musim raya, musim balik kampung, musim demonstrasi, ops. lagi sekali terlajak. Cukup setakat itu senarai contoh.

Apa yang ingin dikongsi disini adalah "Bermusim dalam melakukan kerja-kerja mengajak manusia ke jalan Allah -KMJA-". (Ana letakkan nama singkatan supaya mudah untuk disebut dalam tulisan seterusnya). Jika pertukaran musim itu sangat bagus untuk kehidupan manusia, berlainan pula dengan gejala bermusimnya KMJA. Itu adalah kurang bagus.

Mungkin terlalu banyak alasan kita untuk melojikkan 'kelumpuhan' KMJA, hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala perilaku kita.

Blog ini terhenti sementara waktu atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, dan mungkin telah terkena sindrom 'bermusim dalam KMJA'.. Maka, marilah kita bangkit dan kembali menjana tenaga kearah keredhaan Allah.

Tidak hina mengakui kesalahan dan tidaklah menjadi mulia dengan menyorokkan kelemahan..

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata tuhan kami ialaha Allah, kemudian mereka tetap istiqamah tidak ada rasa khuatir pada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati"
Surah Al-Ahqaf: 13

Adakah kita tergolong dalam kalangan mereka dalam ayat ini?

Jumaat, September 11, 2009

Tazkirah by Ust. H

Bagaimanakah kita mahu MEMPRAKTIS BUDAYA PENYERU (PENDAKWAH). Iaitu mempraktiskan Islam sepenuhnya dalam hidup.

Pelajaran mengenai dakwah, tidak hanya berpindah melalui ceramah dan daurah. Lebih-lebih lagi perpindahan pengalaman. Ia adalah berdasarkan keberkesanan berlakunya proses mu'ayasyah dikalangan para aktivis dan bukan aktivis.

Jika bukan semasa program-program perhimpunan/tamrin; bilakah lagi masa yang sesuai untuk kita bertanya dan mendengar pengalaman dari i/akhawat senior yang penuh melimpah dengan pengalaman dakwah? Sedangkan mereka begitu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab seharian, mereka masih ada masa yang diperuntukkan khas bagi melaksanakan aktiviti menyeru kepada Allah dan tarbiyyah.

Kita menwar-warkan pada seluruh umat Islam yang Islam akan menang. Tetapi jika beberapa elemen penting di bawah tiada, maka kita hanyalah bercakap kosong!

PERTAMA dan selamanya pertama: Beramal dengan Islam yang disebarkan.

Kata Hasan Al-Banna

“Nahnu qoumun amaliyyun” atau “Kita adalah golongan yang beramal”

Islam hanya akan menang jika ada kelompok yang melaksanakan Islam dalam kehidupannya. Jika kita yang menyeru manusia lain kepada Islam tidak beramal dengan Islam yang dipelajari, kita siapakah kita berharap untuk membawa kemenangan tersebut?

Dan kekuatan Islam itu bergantung pada kekuatan kita melaksanakan Islam sebagai seorang Individu..

Kesimpulannya, berusahalah sedaya upaya untuk mempraktikkan Islam sebagai cara hidup kita. Dan para daei akan saling menjadi contoh antara satu sama lain dan contoh kepada masyarakat, bagaimanakah caranya untuk kita menjadikan Islam itu berdiri dalam seluruh aspek kehidupan..

Teruskan usaha menjadikan cara hidup Islam sebagai cara hidup kita..

Khamis, Mei 28, 2009

Persiapan untuk memulakan rumah tangga Islam (Bait Muslim)

Persiapan untuk membina rumah tangga Islam (Bait Muslim) merangkumi persiapan secara zahir dan batin, persiapan jasadiah (material, kewangan), ‘aqliah (ilmu), ruhaniah (semangat) dan syu’uriah (emosi). Sudahkah bersedia? Persediaan tidak mestinya bersedia 100%, tetapi cukup dengan persediaan yang memadai. Persiapan yang memadai itu subjektif. Penilaiannya tergantung kepada kebijaksanaan kita. Baki persediaan yang belum siap disediakan boleh dibuat sepanjang jalan menuju hari pernikahan atau selepas pernikahan. Persediaan dan pembaikan diri hendaklah dilakukan bukan bermula jauh sebelum hari pernikahan dan tamat di majlis akad nikah sahaja tetapi ia berlangsung dan tidak akan pernah berhenti hingga suatu noktah yang pasti iaitu mati. Cuma persediaan sebelum hari pernikahan perlulah lebih intensif untuk mencapai peratusan persediaan yang memadai.

Persediaan material

Persediaan material penting kerana realitinya kita hidup di zaman materialistic. Mahu tidak mahu memang kita terpaksa hadapi reality dunia ini. Walaupun secara teorinya kita boleh memilih untuk melangsungkan pernikahan dan majlis pernikahan kita secara yang ringkas sahaja, tetapi menjadikan ia satu kenyataan tidak semudah memperkatakannya di bibir. Ya, memang kita mahu mudah dan ringkas, tidak membazir, serta menggunakan kekayaan untuk hal lain yang lebih penting i.e. infaq untuk belanja dakwah, tarbiah atau derma kepada rakyat dan mujahidin Palestin, tetapi hakikatnya perjalanan hidup kita tidak ditentukan oleh diri kita sendiri sahaja. Umumnya kita yang menentukan perjalanan hidup kita tetapi proses ke arah membuat keputusan itu bukan dibuat oleh kita sahaja tetapi melibatkan orang-orang lain yang mempunyai kuasa atau setidak-tidaknya pengaruh ke atas kita atau hubungan istimewa dengan kita yang menyebabkan tidak sopan untuk kita tidak mengendahkan atau menolak ke tepi atau tidak mempertimbangkan langsung pandangan, cadangan, kehendak dan suruhan mereka. Mereka boleh jadi ibu bapa kita (yang mempunyai kuasa atas kita), dan sanak saudara kita (yang mempunyai hubungan istimewa dengan kita dan secara adabnya kita mesti menghormati mereka). Apapun, jika kita berpegang pada prinsip keseimbangan, insyaAllah kita tidak akan terlalu mudah terlarut dengan desakan mereka hingga berlaku pembaziran, dan di sisi yang lain kita tidak akan terlalu berkeras dalam pendirian kehendak kita hingga mengguris hati mereka. Mereka adalah orang-orang yang dekat dan terkait dengan kita.

Kita tidak boleh selesa dengan banyaknya material / harta yang kita ada atau kita berasa material / harta yang kita ada ini sudah cukup. Kita juga tidak boleh terlalu kecut jika kita tidak punya banyak material / harta. Persoalan utama dalam menjayakan Bait Muslim ini bukan pada banyak atau sedikitnya harta, tetapi pada bagaimana kita akan mengurus harta itu? Jika kita mengurus berdasarkan prinsip keutamaan; yang utama diutamakan dan yang tidak penting dikebelakangkan atau dilupuskan terus dari senarai, insyaAllah material kita akan terguna secara baik dan memadai, tidak kira ia banyak atau sedikit. Oleh itu, tidak pelik apabila kita melihat orang yang kurang material daripada kita telah dapat berkahwin dan hidup bahagia, sedang kita yang banyak material masih merasa tidak cukup dengan apa yang sudah kita ada. Ia bukan pada banyak dan sedikitnya harta, tapi pada bagaimana menguruskannya.

Sekalipun banyaknya material tidak menjadi syarat untuk memulakan Bait Muslim, tetapi material mestilah mencukupi untuk memulakan Bait Muslim. Tidak kisah sama ada ia banyak atau sedikit, yang penting ia mencukupi. Apa ukuran mencukupi? Ia subjektif. Banyaknya harta cenderung untuk mencapai status ‘cukup’ material. Tetapi berapa banyak orang yang ada banyak harta, tetapi hartanya itu tidak cukup-cukup untuk menampung hidupnya. Masalah ini disebabkan oleh sikap dan cara kita mengurus harta. Sedikit harta cenderung untuk mendapat status ‘tidak cukup’ material, tetapi berapa banyak orang yang sedikit hartanya dapat hidup sejahtera, baik dan bahagia. Pokoknya bukan pada sedikit atau banyaknya harta, tapi pada bagaimana mengurusnya.

Jika ternyata harta ada sedikit dan memang terbukti tidak mencukupi, bagaimana pula? Bukankah Islam menyuruh untuk berusaha? Jika berusaha, yang sedikit jadi banyak dan yang tidak cukup akan jadi cukup, biiznillah, insyaAllah. Yang tidak ada bukan rezeki. Rezeki telah dijanjikan Allah untuk setiap mahkluknya. Tetapi rezeki tidak datang bergolek. Yang tidak ada, yang perlu diadakan dan yang perlu dibuat ialah USAHA. Dengan berusaha, insyaAllah akan dapat rezeki dan akan cukup material. Nak usaha apa? Itu pun masih terbuka luas peluangnya. Yang penting, mahu berusaha dan memang membuat usaha, insyaAllah rezeki akan datang, baik bergolek, melayang, berjalan atau berlari.

Persiapan ‘akal

Persiapan ‘akal meliputi pemilikan pengetahuan. Pengetahuan yang sepatutnya ialah pengetahuan yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan Bait Muslim, bukan pengetahuan dalam aspek tertentu sahaja seperti pengetahuan ibadat sahaja atau pengetahuan membesarkan anak sahaja atau pengetahuan mencari harta sahaja. Ya, memang banyak yang nak kena diketahui. Di sinilah kemahiran pengurusan pengetahuan sangat diperlukan. Ilmu yang diperlukan untuk diguna dalam masa terdekat perlulah dicari dan dipelajari segera. Ia perlu diutamakan untuk dipelajari berbanding ilmu-ilmu lain yang masih belum sampai masa untuk menggunakannya. Ilmu yang tidak diperlukan dalam masa terdekat disimpan dulu sebagai niat baik yang penuh dengan keazaman serta dicatat dalam senarai perancangan ilmu untuk dipelajari nanti. Prinsip keutamaan sekali lagi hadir. Utamakan pelajaran ilmu yang terdekat masanya hendak digunakan, berbanding pelajaran ilmu yang entah bila-bila lagi masa untuk melaksanakannya akan tiba.

Dalam masa terdekat dengan tarikh pernikahan, ilmu dalam banyak bidang rumah tangga diperlukan. Sebagai bakal suami, ilmu tentang peranan dan tanggung jawab suami diperlukan. Sebagai bakal isteri, ilmu tentang peranan dan tanggung jawab isteri diperlukan. Selain ilmu tentang peranan, ilmu tentang hak juga perlu diketahui, seperti hak suami dan hak isteri. Walau bagaimana pun, untuk kebahagiaan rumahtangga, kesungguhan kepada melaksanakan peranan dan tanggung jawab masing-masing jauh lebih penting daripada kesungguhan menuntut hak masing-masing. Ilmu tentang hak adalah untuk mengelak daripada dizalimi sahaja. Ilmu tentang peranan pula adalah untuk memastikan kita telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita dengan adil dan sempurna. Jika kedua-dua pihak melaksanakan peranan / tanggungjawab / amanah masing-masing, serta memberikan dan menjaga hak pasangan masing-masing, insyaAllah kehidupan akan rukun, aman dan bahagia.

Banyak lagi bidang-bidang ilmu yang perlu dipelajari; ilmu mencari nafkah zahir, ilmu membelanjakan nafkah, ilmu nafkah batin, ilmu komunikasi dalam rumah tangga, ilmu tentang peribadi pasangan, ilmu keselamatan, ilmu kesihatan, ilmu kepenggunaan, ilmu ibadat, ilmu akhlaq, dan bermacam jenis ilmu lagi. Mencari ilmu itu jalannya bermacam-macam, tetapi yang paling senang ialah dengan membaca. Membaca yang dimaksudkan bukanlah membaca bahan bacaan sebarangan, tetapi membaca bacaan yang memang tepat untuk dibaca. Bagaimana mengetahui tepat atau tidak untuk dibaca? Buatlah penilaian, bertanyalah kepada orang yang lebih tahu dan berpengalaman, mintalah cadangan (recommendation) daripada yang pakar. Selain membaca, perkongsian pengalaman dan dialog lewat perbualan biasa juga sangat bermanfaat.

Persediaan ruhani

Sebelum sampainya tarikh pernikahan, atau jika tarikh pernikahan telah berlalu, tetaplah terus melatih diri dengan menyemai dan menyuburkan sikap yang baik dan memangkas buang sikap yang buruk dalam diri. Biarlah ceding-ceding sikap baik tumbuh menggantikan tempat sikap buruk yang telah dipangkas. Pada masa bujang, sikap yang baik mungkin senang kita ‘amalkan dan sikap buruk kita pula tidak menjelma keluar kerana tidak pernah diusik sesiapa. Sikap buruk mungkin ada, tetapi ia tersimpan rapi kerana tidak ada ujian atau cubaan yang mengganggunya. Tetapi, apabila sudah berkahwin, banyak ujian dan dugaan hadir dalam hidup sehingga ia mengganggu sikap buruk yang selama ini terpendam diam bertapa dalam gua diri, lalu ia (sikap buruk) akan menjelma keluar dan kita akan mendapati banyak sikap buruk pada diri kita selepas kita menikah.

Oleh itu, latihlah diri kita dengan sikap baik setiap masa dan bersungguh-sungguh bersikap baik, agar pada saat-saat genting, atau saat keletihan selepas kita telah bernikah, iaitu saat kita benar-benar menjadi diri kita yang sebenar, saat kita benar-benar diuji dengan cubaan berat, sikap-sikap baik itu tidak tertanggal dari diri kita, masih melekat pada kita dan kita masih ber’amal dengannya seperti biasa biarpun kehidupan kita telah berubah, contohnya kita menjadi makin sibuk, atau makin penat, atau makin banyak cabaran hidup mendatang. Maklumlah, kalau semasa bujang, kita hanya mengurus seorang manusia, maka kita tidaklah terlalu sibuk dan tidaklah terlalu penat. Tetapi apabila kita telah bernikah, kita telah megurus dua orang manusia yang berlainan jantina dan berlainan latar belakang kehidupannya, pastilah kita menjadi lebih sibuk dan lebih penat.

Oleh itu, latihlah diri kita membuang sikap-sikap buruk dalam diri kita sementara kita belum bernikah. Kalaupun kita telah bernikah, teruskanlah istiqomah membuang sikap-sikap buruk itu dari diri kita. Sikap buruk kita boleh jadi pelbagai dan banyak, tetapi boleh jadi juga beberapa dan sedikit, tetapi pokoknya kita tidak mahu sikap buruk ada pada diri kita biarpun satu kerana satu sikap buruk sekali pun mempunyai risiko yang besar untuk mengganggu gugat kebahagiaan rumah tangga apatah lagi banyak sikap buruk yang kita miliki. Contoh sikap buruk ialah sangat mudah berprasangka buruk, hasad, tidak mahu mengalah, cemburu buta tuli yang melampau, terlalu sensitif atau manja, pemarah, pendendam dan lain-lain lagi.

Jika pada masa bujang lagi kita telah ada banyak sikap buruk, maka buanglah cepat-cepat kerana sesudah menikah, ia lebih senang berkembang dengan subur berbanding masa bujang sebelum kahwin. Membuang sikap buruk bukan mudah, malah susah dan memakan masa. Tetapi kesusahan itulah mujahadah. Oleh sebab itu, teruslah bermujahadah membuang sikap buruk selepas nikah dan sekalipun telah lama bernikah. Perubahan itu mungkin walaupun susah. Disebabkan ia memakan masa, maka ia perlulah dibuang segera bermula sekarang.

Sekalipun jika masa bujang kita hanya ada beberapa sikap buruk saja, janganlah beranggapan ia sedikit dan boleh dibuang dengan senang apabila mendekati tarikh pernikahan atau setelah menikah. Setelah menikah, ia bukan lagi medan masa yang utama untuk membuang sikap buruk. Ya, tidak dinafikan membuang sikap buruk masih perlu dan masih boleh dibuat selepas pernikahan, tetapi ia bukanlah lagi medan focus utam setelah menikah, walaupun ia tetap penting. Banyak lagi kerja lain yang lebih penting yang perlu dibuat. Membuang sikap buruk menjadi kerja sampingan saja kerana banyak lagi kerja lain yang lebih utama yang perlu diutamakan. Menunggu masa selepas menikah untuk bermula membuang sikap buruk adalah perjudian yang sangat besar risikonya kerana peluang membuang sikap buruk tidak secerah sebelum menikah lagi sekalipun peluang itu masih ada. Selepas kahwin, peluang itu masih ada tetapi sempit. Sebelum kahwin, peluang itu memang ada dan luas. Pilihlah antara peluang yang ‘masih ada’ atau ‘memang ada’, dan pilihlah antara sempit dan luas.

Jika anda belum menikah, manfaatkanlah masa bujang ini sebaiknya untuk membuat persiapan dan apa yang perlu. Uruslah masa anda dengan bijak. Jangan biarkan sesaat pun masa anda terbazir dengan hal tidak berfaedah, kelak selepas kahwin anda akan menyesal. Selepas mati anda lagi menyesal kerana akan ditanya di sana. Sudahkah anda bersedia? Untuk berkahwin dan untuk menjawab di Padang Mahsyar.

Sumber dari blog [Akh Zahir Ariffin]. Boleh juga diimbangi artikel ini dengan tulisan dari [Perjuangan : Syahid Atau Syurga]

Isnin, Mei 11, 2009

Ayuh! KEBAS kan ZIONIS seterusnya MELENYAPKANnya dengan tindakkan kita bersama sebagai umat Islam

Oleh: Dr Azam Tamimi

Terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh kita sebagai ikhwah dan akhawat orang Islam Palestin.

Fahami isu Palestin

Apakah kepentingan isu ini kepada kita. Mampu untuk menerangkan kepentingan isu Palestin kepada orang Islam yang lain. Realiti orang Islam sekarang, sama ada di Tanah Arab, atau negara-negara lain. Apa yang kita mahu dari penyebaran ini?

Boikot Israel dan ideologi zionis

Memberikan tekanan kepada pihak-pihak berkuasa supaya sama-sama menyokong perjuangan menentang zionis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin membebaskan Palestin

Berbuat sesuatu.. Bukan hanya bercakap

Jika kita melihat adik, ibu bapa atau saudara mara kita luka tercedera dalam kemalangan, adakah kita hanya duduk bersama melihat dan mengatakan.. “siannya.. sakit ye?”

Tukarkan isu Palestin menjadi isu negara kita

Selama ini kita hanya berjaya menjadikan isu Palestin sebagai isu Luar Negara. Perasankah wahai para daei sekalian? Isu Palestin itu hanya bertaraf ‘isu luar negara’ selama ini di akhbar-akhbar dan media negara kita? Dr Azam telah mencadangkan kepada kita supaya isu Palestin ini ditukar menjadi isu tempatan. Dengan kata lain; kita tidak melupakan, walau sesaat apa yang berlaku di sana dan tidak lalai dari memberikan sebarang bentuk bantuan

Lakukan hubungan dengan semua individu dan organisasi semaksimumnya agar Isu Palestin PASTI tersebar kepada semua individu dan organisasi

Sebelum tidur dan setelah meletakkan kepala di bantal, cubalah jawab dahulu soalan ini “Apakah yang telah aku lakukan untuk Palestin?”

Setelah berkonvensyen selama sehari suntuk, marilah kita menyambung langkah-langkah perjuangan kita membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis.. Bagi yang belum memulakan langkah, inilah masa yang sesuai untuk memulakannya. Jangan tangguh-tangguh lagi.

Usah memperkecil usaha-usaha dan kerjasama orang dalam membantu mengalahkan zionis walaupun dengan hanya mengangkat kerusi meja ke dalam dewan.

Sejarah telah membuktikan, Islam bukan menang kerana kekuatan dan besarnya jumlah yang ada pada mereka, tetapi dengan rahmat dan kekuasaan Allah mengucar-kacir kan pihak musuh. Oleh itu berusahalah mendapatkan RAHMAT ALLAH. Jangan cuai walau sesaat.

Tiada yang mutahil dengan izin dan rahmat Allah.

p/s: mana-mana ahli pembina yang ingin berkongsi apa-apa nilai yang diperoleh sepanjang program KBAZ adalah dialu-alukan untuk menyumbang di blog ini.

Jumaat, Mei 08, 2009

10 ciri generasi yang mempunyai tuhan (ALLAH s.w.t); siri 5

Qodirun 'alal Kasbi


Memiliki kemampuan untuk berusaha sendiri adalah ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya hanya boleh dilaksanakan bilamana seseorang memiliki kemampuan, terutama dari segi ekonomi.

Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip pegangannya kerana tidak memiliki kekuatan dari segi ekonomi. Kerana itu pribadi muslim tidaklah mesti miskin. Seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia boleh menunaikan haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur'an maupun hadith dan hal itu memiliki keutamaan yang sangat tinggi.

Walaupun kaya, perlu bekerja.

  1. Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
  2. Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
  3. Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
  4. Menjauhi riba dalam semua lapangan.
  5. Menyimpan untuk waktu kesempitan.
  6. Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
  7. Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.


Catatan editor: Jika kita masih seorang pelajar, tugas kita adalah berusaha sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik supaya kelak kita benar-benar mampu berdiri di atas kaki sendiri. Ya, tugas kita hanya berusaha dan berdoa. Hasilnya adalah hak dan keputusan Allah.


Naafi'un Lighoirihi


Bermanfaat bagi orang lain (naafi'un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksudkan tentu saja manfaat yang baik sehingga di mana pun dia berada, orang sekitar dapat merasai keberadaannya karena dia bermanfaat besar.

Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tidak mengganjilkan (Maksudnya, lansung tidak bermanfaat). Ini bererti setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksimumnya untuk bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak memainkan peranan yang baik dalam masyarakatnya. Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:

sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir).

Demikian secara umum cirri-ciri seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan hadith, sesuatu yang perlu kita jadikan kayu ukur pada diri kita masing-masing.

  • Da’i adalah penggerak dakwah dan Islam. Seharusnya dia membuktikan kepada orang lain betapa kewujudan daei itu sangat bermanfaat untuk seluruh kehidupan.
  • Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
  • Da’i merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Catatan Editor:

Mungkin frasa ‘Daie umpama lilin’ itu sudah tidak sesuai sekarang. Kerana lilin menerangi sekeliling dengan membakar diri. Sedangkan daie itu menyuluh orang lain dan dirinya mendapat banyak manfaat dan ganjaran yang telah dijanjikan Allah di akhirat kelak (Insya Allah tidak ‘terbakar’ dengan api neraka). Aaminn.

Satu lagi, hidup mati islam tidak bergantung pada daie. Kerana Daie yang bergantung pada Islam. Daei hanya bergerak dan bekerja untuk memartabatkan Kalimah Thoyyibah (La ilaha illallah) di atas muka bumi.

Khamis, Mei 07, 2009

10 ciri generasi yang mempunyai tuhan (ALLAH s.w.t); siri 4

Harishun 'ala Waqtihi

Pandai menjaga waktu. Hal waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya.

Allah Swt memberikan waktu kepada individu manusia dalam jumlah yang sama, 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah mutiara kata yang menyatakan: 'Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.'

Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh itu setiap muslim amat dituntut untuk meguruskan waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Antara yang ditekankan oleh Nabi SAW adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
Sahabat Nabi s.aw sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
..Aku (masa) adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

Munazhzhamun fi Syu'unihi

Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur'an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik.

Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu urusan dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya penerusan dari kefahaman ilmu adalah diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.
Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

Catatan editor: Sebenarnya, apa-apa pun kebaikan yang kita buat memang akan berbalik pada kita. Begitulah sebaliknya.

Ahad, Mei 03, 2009

10 ciri generasi yang mempunyai tuhan (ALLAH s.w.t); siri 3

Selanjutnya: Keintelektualan dalam berfikir dan berupaya melawan hawanafsu

Mutsaqqoful Fikri

Keintelektualan dalam berfikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu komponen pribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur'an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berpikir, misalnya firman Allah yang artinya:

Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.' Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: 'Yang lebih dari keperluan.' Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219).

Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan berfikir. Karenanya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bisa kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang ertinya:

Katakanlah: samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).

Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Mujahadatun Linafsihi

Setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada bilamana seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsunya sendiri. Oleh kerana itu hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus ditundukkan sedaya upayauntuk patuh pada ajaran Islam, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:

Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).

  1. Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
  2. Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
  3. Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
Catatan editor: Jika kita mahu menjadi orang yang Rabbani, tidak cukup dengan berlaku bijak atau mempunyai ilmu yang banyak. Kita perlu melawan hawa nafsu. Seiring..


Isnin, Mac 30, 2009

10 ciri generasi yang mempunyai tuhan (ALLAH s.w.t); siri 2

Dua ciri seterusnya: adalah kemuliaan sikap dan kekuatan tubuh badan.

Matinul Khuluq

Akhlaq yang mantap (matinul khuluq) atau akhlaq yang mulia merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan
makhluk-makhluk-Nya.

Dengan akhlaq yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Kerana begitu penting memiliki akhlaq yang mulia, maka Rasulullah SAW telah diutus untuk menjadi qudwah hasanah untuk sekalian ummat Islam. Baginda sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaqnya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an, Allah berfirman yang artinya:

'Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung' (QS 68:4).

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw. Ini adalah akhlaq dan teladan yang patut dicontohi, bukan selain darinya.

Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk (tanpa mengabaikan tanggungjawab memberi peringatan).

Qowiyyul Jismi.

Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat.

Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan tubuh badan yang sehat dan kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya. Oleh karena itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada perubatan.

Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim berterusan sakit. Rasulullah SAW bersabda yang artinya:

'Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah' (HR. Muslim).

Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.

Pesanan al-Banna:
Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

Editor: Kecantikan akhlaq adalah pancaran keimanan yang sejahtera dan ibadah yang betul. Kekuatan tubuh badan pula diperlukan untuk mendapatkan ketiga-tiga elemen sebelumnya

Sabtu, Mac 28, 2009

10 ciri generasi yang mempunyai tuhan (ALLAH s.w.t); siri 1

Mempertimbangkan betapa bermanfaatnya artikel yang telah dipos sebelum ini dibawah tajuk ‘10 muwasofat’ (bersempena dengan bekalan untuk peserta XPERPP 09 yang lepas), admin blog telah mengambil keputusan untuk menebitkan semula artikel tersebut secara berperingkat, supaya para pelawat laman ini tertarik dan membaca apakah isi yang terkandung di dalamnya.

Ikutilah siri pertama ini; kupasan secara ringkas mengenai kepercayaan yang sejahtera dan ibadah yang betul.


Muqaddimah

Al-Qur'an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah Saw yang harus selalu dirujuk oleh setiap muslim dalam segala aspek kehidupan. Satu dari sekian aspek kehidupan yang amat penting adalah pembentukan dan pengembangan peribadi muslim.

Peribadi muslim yang dikehendaki oleh Al-Qur'an dan sunnah adalah peribadi yang soleh, peribadi yang sikap, ucapan dan tindakannya diwarnai dengan nilai-nilai yang datang dari Allah s.w.t. Persepsi masyarakat tentang peribadi muslim memang berbeza-beza, bahkan banyak yang pemahamannya sempit sehingga seolah-olah peribadi muslim itu tercermin pada orang yang hanya rajin mendirikan Islam dari aspek ‘ubudiyyah, padahal ia hanyalah salah satu dari aspek yang harus lekat pada peribadi seorang muslim.

Oleh kerana itu standard peribadi muslim yang berdasarkan Al-Qur'an dan sunnah merupakan sesuatu yang harus dirumuskan, sehingga menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim. Bila disederhanakan, sekurang-kurangnya ada sepuluh ciri khas yang harus ada pada peribadi muslim.


Salimul ‘Aqidah (‘Aqidah yang sejahtera)

Aqidah yang bersih (salimul aqidah) harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah s.w.t dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya.

Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang ertinya:


'Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam' (QS 6:162).

Kerana memiliki kesejahteraan aqidah itu penting, maka dalam da'wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah SAW mengutamakan pembinaan aqidah, iman dan tauhid.
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhah.


Shahihul Ibadah

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan:


'shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.'

Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap ‘ibadah, seorang muslim haruslah merujuk kepada sunnah Rasul SAW, bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya. Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram. Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).


Editor: Setakat itu dahulu huraian ringkas; mari kita cuba faham dan amal untuk keridhaan Allah.

Khamis, Mac 26, 2009

Semoga Allah membantu kita 3

Perjalanan untuk menjadi hamba Allah yang ikhlas bukanlah sesuatu semudah memetik jari. Ia perlukan semangat, keazaman, kehendak, ilmu dan pembuktian dari segi amalan..

Bagaimana mahu istiqamah dengan segala amalan baik yang pernah kita lakukan? Ana tiada petua hebat untuk dikongsi, cuma petua biasa yang mungkin dapat membantu kita supaya sama-sama menjadi orang yang ikhlas dan istiqamah:

  1. cuba memahami tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah
  2. Janganlah selalu melihat orang lain yang tidak layak menjadi contoh untuk kita. Lihatlah kepada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah
  3. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita sentiasa sedar dan ingat akan tugas dan tanggungjawab kita..
  4. Cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah yang ada, bukan melarikan diri dari masalah.
  5. Jadikanlah budaya berbincang sebagai budaya hidup kita.
  6. Sempurnakan tanggungjawab kerana kesedaran menyelesaikan tanggungjawab itu satu jalan mencapai keridhaan Allah. Bukan menyelesaikan tanggungjawab kerana mahu menjaga imej diri dan apa-apa kepentingan lain.
  7. Buatlah sesuatu pahala itu secara beramai-ramai, supaya sentiasa ada orang yang akan mengingatkan kita untuk melakukan amal solih. Contohnya solat berjamaah; ajaklah orang lain solat bersama kerana mungkin suatu hari kita pula ‘kemalasan’ dan orang lain pula ‘kerajinan’. Maka orang yang kerajinan itu boleh lah membantu menguatkan kita untuk solat berjamaah..
  8. Jangan mengasingkan diri dari kelompok rakan-rakan yang solih dan taat kepada Allah walaupun kita merasa jauh hati dan tidak rapat dengan mereka
  9. Apabila terasa penat dan letih, sebutlah
ﻻﺣﻮﻞ ﻭﻻﻗﻮﺓ ٳﻻ ﺑﺃﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻠﻰ ﺍﻟﻌﻈﻲﻢ

“Tiada kekuasaan dan kekuatan melainkan Allah yang Maha Tinggi dan Maha segala-galanya”

Ayuh kita capai keridhaan Allah.. Allah itu Maha Mengasihani.. Allah Maha Mengetahui..

Kita semua mendapat ujian yang berbeza, yang sama diantara kita adalah kita semua sememangnya diuji oleh Allah