Khamis, Jun 26, 2008

Cinta...Walimah...Dakwah


Tersentak penulis dari lamunan yang panjang tatkala lampu isyarat bertukar hijau mengisyaratkan agar segera meneruskan perjalanan pulang. Maklumlah,penulis rasa amat letih dan restlessness lantaranmelayan kerenah sanak saudara di walimah sepupu penulis siang tadi. Sementelahan itu, entahlah, macammana nasib penulis hari ini, tiba-tiba sahaja diminta menjadi pengapit pengantin dan yang paling melucukan first time dalam hidup penulis menjadi juru kipas pengantin. Malu, ahh.. memanglah memalukan. Dalam ketika itu, penulis berteka teki di benak cerebrum penulis, adakah walimah seperti itu yang penulis idam-idamkan atau sebaliknya? Majlis yang simple tetapi meriah dan yang paling penting, diberkati Allah. Tetapi, jauh di sudut sanubari penulis, masih tertanya-tanya, adakah penulis sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang isteri solehah? Layakkah penulis untuk menjadi sayap kanan si suami dalam sama-sama menggerakkan dakwah nanti? Bersediakah penulis untuk melahirkan mujahidin yang akan bekerja di jalan dakwah ini? Bila memikirkan persoalan sebegini, penulis sering beristighfar padaNya moga-moga impian penulis dipandu oleh syariatnya dan dijauhkan dari hasutan syaitan laknatullah.Sekembali dari walimah tersebut, penulis begitu asyik membelek-belek buku karya saudara Cahyadi Takariawan yang berjudul Di Jalan Dakwah Aku Menikah. Beginilah rutin penulis, bila sahaja berhadapan dengan persoalan-persoalan sebegini, seringkali mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan dalam mengemudi bahtera kehidupan ini. Erm, baru terlintas di hati penulis untuk sama-sama berkongsi input bersama sahabat-sahabat sekalian. Moga usaha penulis yang sedikit ini dapat dijadikan rujukan kepada sahabat-sahabat terutamanya mereka yang mengimpikan sebuah baitul muslim yang dinaungi mawaddah, sakinah dan rahmah.




Menariknya tentang karya Pak Cah ini adalah pada isi kandungan dan olahannya yang menyatukan aspek perkahwinan dan juga aspek dakwah di jalanNya.Seringkali cochlear penulis mendapat impulse bahawasalah satu sebab kefuturan kader-kader dakwah ini adalah kerana sebuah perkahwinan. Sejauh manakebenarannya, moga kalian semua boleh menilainya.Justeru, penulis cuba berkongsi idea dakwah dan perkahwinan dengan harapan kader-kader dakwah ini terus thabat dan lebih bersemangat dalam berjuang menegakkan kalimah Laa Ilaaha Illa Allah di rantau ini. Insya Allah.Seringkali penulis termenung sendirian tentang kewajipan hidup penulis, iaitu memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah. Ya,penulis sedar dua kewajipan tersebut harus disemat kukuh dalam setiap diri insan yang bergelar Muslim apatah lagi mereka yang berjuang di jalan Allah.Tetapi, dalam mengejar kewajipan tersebut, penulis juga tidak ketinggalan untuk mempersiapkan diri bagi menunaikan satu lagi kewajipan yang tidak kurang pentingnya iaitu menegakkan rumahtangga dakwah.




Erm,suatu ketika dulu, penulis pernah bertanyakan murabbi tentang apa bezanya rumahtangga dakwah berbanding rumahtangga bukan dakwah? Murabbi penulis tersenyum sambil berkata rumahtangga dakwah dibina daripada penyatuan dua hati yang sama-sama diikat oleh tanggunggungjawab untuk menegakkan aqidah di bumi ini,suami isteri yang saling berkorban masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk diinfaqkan bagi menyemarakkan aktiviti dakwah dan pasangan yang mampu melahirkan individu-individu yang akan memastikan kelangsungan dakwah di bumi ini. Penulis hanya menggangguk dan mengiyakan pendapat murabbi. Memangbenar, rumahtanggalah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah sawbersabda:



"Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi"

2 ulasan:

zaimen berkata...

salam izza,
semoga bahtera yang bakal dilayari tak lama lagi ni nanti akan menjadi bahtera dakwah dan model bagi adik2 pembina lainnya.ingat semua pesanan murabbi enti dan pesana ana sendiri dulu k.ana doakan enti dan sidia akan sama2 dalam rahmat Allah untuk terus tsabat dalam tarbiyah dan dakwah,amin.

Nurul Izza berkata...

Assalamualaikum wbt.

jzkk atas doa dan sokongan kmin dan ikhwah akhawat yang lain. Insya Allah, sama2 doa moga baitul muslim kami diberkati dan dinaungi nur kasihNya.Amin