Khamis, Disember 18, 2008

DAiE dan Peristiwa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Beberapa minggu lepas, ana mendapat satu berita mengenai seorang akhawat yang terkena sihir (Menurut dakwaan ahli keluarganya). Ana akan menggunakan kata ganti nama makcik untuk akhawat ini kerana dia adalah kawan mak. Cerita nya sungguh panjang, pelbagai perkara pelik dan luar biasa berlaku pada akhawat tersebut (ana rasa cerita nya tidaklah perlu ana catat kan disini).


Setelah berputar pelbagai cerita dan peristiwa, petang tadi selepas asar, ana mendapat berita makcik tersebut telah berada dalam keadaan nazak. Khabarnya, habis organ dalaman makcik tersebut telah rosak dan tidak berfungsi selain appendiks nya telah pecah..


Selang tidak berapa lama, apabila kami bersiap-siap untuk solat maghrib, panggilan talifon dari seorang akhwat lain menyatakan makcik tersebut telah pun meninggal dunia. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Walaupun ana tidak lah kenal rapat dengan makcik tersebut, berita kematian nya benar-benar menyebabkan ana terdiam dan berfikir.


Makcik ini telah meninggalkan dua orang anak dan suami. Kematian nya mengesan bagi ana kerana makcik tersebut seorang daie, orang yang telah lama berada dalam medan dakwah telah dipanggil Allah untuk mengadap setelah tiba masa yang Dia tentukan.


Kematian adalah perkara pasti pada setiap makhluq bernyawa dan ia sepatutnya menjadi peringatan kepada kita yang hidup, supaya sentiasa mengingati matlamat hidup dan tanggungjawab yang telah Allah amanahkan pada kita. Kadang-kadang, kekerapan kita bertemu dengan peristiwa kematian menyebabkan kita menjadi ‘alah bisa tegal biasa’, tidak merasa apa-apa dengan kejadian kematian yang berlaku di hadapan mata kerana terlalu biasa. Mohonlah pada Allah supaya hati kita sentiasa hidup untuk sentiasa mendapat manfaat dari setiap kejadian yang telah Allah tentukan untuk kita melalui atau menyaksikannya.


Perkara yang paling terkesan pada ana dalam peristiwa ini adalah hasil dari perbincangan ana dan ayah. Ana membuka sedikit perbincangan dengan ayah, apabila mendapat cerita yang kemungkinan makcik itu terkena sihir hantaran manusia yang hasad. (Cerita ini tidak dapat di pastikan kesahihannya, hanya Allah yang mengetahui). Persoalan ana adalah “adakah boleh kita memohon pada Allah supaya orang yang menzalimi kita itu di balas segera atas dunia atau dengan lain perkataan semoga Allah menunjukkan kebenaran siapakah yang melakukan perkara zalim tersebut”. . Ini lah jawapan ayah pada ana:


Orang solih biasanya tidak sibuk mendoakan keburukan tertimpa ke atas orang yang menzalimi nya kerana dia mempunyai banyak harapan lain (supaya Allah makbul kan). Biasanya, apabila seseorang itu berdoa kepada Allah untuk membalas kezaliman yang dilakukan apabila kezaliman itu ‘ter-sangat teruk atau dahsyat yang teramat’ sehingga tidak dapat ditanggung oleh individu tersebut. jika berdoa pun, bentuk doa tersebut tidak lah mengandungi harapan supaya orang zalim itu di binasakan.


Maksudnya, orang solih tidak sibuk untuk mendoakan keburukan atau bencana menimpa diri orang yang menzalimi kecuali keadaan terlalu memaksa. Sebab? Kerana mendoakan supaya keburukan menimpa orang zalim tidak akan memberi apa-apa faedah pada orang yang berdoa. Secara jelasnya, jika doa itu dimakbulkan, tiada manfaat yang menguntungkan orang yang berdoa tadi (orang yang dizalimi). Maka lebih baik dia memohon sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diri nya dan umat Islam lain seperti memohon supaya doa nya tiada hijab selama mana kesan kezaliman itu masih berbekas pada orang yang dizalimi.


Kemudian ayah memberikan satu contoh dari golongan tabi’in: Said bin Musayyab. Beliau hidup pada zaman Hajjaj menjadi penasihat Amirul Mukminin. Siapa tidak kenal dengan Hajjaj, seorang yang sangat kejam dan telah membunuh ramai alim-ulama pada zaman kekuasaannya. Said bin Musayyab ini termasuklah alim-ulama yang di bunuh oleh Hajjaj. Yang menariknya, sebelum beliau di hukum bunuh oleh Hajjaj, beliau berdoa supaya Allah tidak mengizinkan Hajjaj membunuh mana-mana orang Islam pun selepas dirinya. Doa tersebut memang di makbul Allah. Setelah kewafatan Said bin Musayyab, Hajjaj tidak lagi membunuh sesiapa kerana dia pula yang meninggal dunia selepas itu.


Inti pati nya, DOA Said itu, tiada unsur-unsur yang menunjukkan kemusnahan ke atas Hajjaj. Yang ada hanya lah kemashlahatan umat Islam secara keseluruhan nya. Kebijaksanaan Said memohon doa pada Allah itu, telah memelihara kemashlahatan umat Islam dari kekejaman Hajjaj selain Allah menghapuskan punca kekacauan dikalangan umat Islam pada masa itu. Ia juga menunjukkan keber adaban Said memohon doa pada Allah.. Tiada unsur permohonan supaya sesuatu yang buruk menimpa manusia lain..


(Ada hadith yang menerangkan bahawa semua doa itu dimakbulkan Allah kecuali doa yang memohon supaya keburukan ke atas orang lain dan beberapa ciri lain..)


Sungguh banyak pengajaran yang dapat kita peroleh dari peristiwa ini walaupun ia hanya satu dari berjuta peristiwa kecil yang berlaku di dunia ini jika ingin dibandingkan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Palestin, Iraq, atau mana-mana negara Islam bergolak yang lain..


Semoga kita termasuk dikalangan hamba Allah yang berfikir dan mengambil iktibar..

Tiada ulasan: