Rabu, Disember 31, 2008

Kepada apa kita mengajak manusia?

الى شئ ندعوا الناس

JAWAPAN: Kita mengajak manusia kepada Allah.


Oleh: Ustaz NMN

Di sini penulis akan kongsikan serba sedikit huraian yang telah Ustaz NMN kupas. Tulisan ini telah diekstrak mengikut kefahaman penulis. Jika ada tersalah, ikhwah akhawat dialu-alukan untuk memperbaikinya.


Sebelum terjun ke celahan manusia, menjadi satu keperluan untuk para daie mengenali terlebih dahulu beberapa jenis manusia:


“..Dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan dunia dan mereka makan seperti haiwan makan dan kelak nerakalah tempat tinggal bagi mereka”
Surah Muhammad: 12

“Dan dijadikan indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan iaitu perempuan, anak-anak, harta benda yang terkumpul berbentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenagan hidup didunia dan di sisi Allahlah sebaik-baik tempat kembali”
Surah Ali-Imran: 14

“Dan di antara manusia ada yang bicaranya tentang kehidupan dunia mengagumkan kamu dan dia bersaksi kepada Allah mengenai isi hatinya padahal dia adalah penentang yang keras
Surah Al-Baqarah: 204


Jenis manusia yang terdapat dalam ayat Quran di atas adalah:

  1. Manusia yang hidup menurut kehendak hawa nafsunya iaitu makan dan berseronok.
  2. Manusia yang suka kepada syahwat dan keturunan
  3. Manusia yang cintakan harta benda. Contohnya emas, perak, kuda terpilih dan
  4. Manusia yang sungguh pandai berkata-kata atau bercerita tetapi mengingkari Allah dalam diam

Dalam proses mengenali beberapa jenis manusia seperti yang di huraikan dalam ayat Quran di atas secara tidak lansung menunjukkan keperluan kita kepada Al-Quran.

Maka: Kita mengajak manusia kepada Allah berpandukan Al-Quran (slogan seruan kita adalah dari Al-Quran).

Setelah mengenali dan memahami, tanggungjawab seterusnya datang. Iaitu mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Apabila hendak beramal (menyeru manusia ke jalan Allah), muncullah halangan-halangan baru (yang hanya dihadapi oleh orang yang menyeru manusia kepada Allah). Dalam erti yang lain, semasa proses memahami dan mengenali manusia juga ada halangan, tetapi dalam bentuk lain.


Antara halangan yang perlu dihadapi:

  1. Slogan-slogan dan ideologi yang bertentangan dengan ajaran agama
  2. Prinsip hidup yang salah, tetapi telah berakar umbi dalam kehidupan seseorang individu atau masyarakat..

Seruan kita tidak memilih mana-mana manusia. Bukan sahaja orang yang dianggap menderhaka kepada Allah malah orang mukmin juga termasuk dikalangan orang yang perlu kita seru kepada Allah apabila dia lalai..


Terdapat banyak lagi isi-isi lain yang penulis tidak sempat catat kerana m******k..

2 ulasan:

aku hambaNya berkata...

I quote:
Seruan kita tidak memilih mana-mana manusia.

Betul tu..
Dakwah kita pada semua..
Tapi tarbiah hanya ditawarkan pada mereka yang nak dan bersedia ditarbiah..

Jazakillah 4 sharing..

aku hambaNya berkata...

Ni ana blh dpt award paling byk mengomel dalam blog ni nih. hehe~