Khamis, Januari 01, 2009

GAZA oh GAZA ku..

Itulah hakikat yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun seperti yang di nayatakan oleh Menteri luar Syria, Walid Muallim dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar Arab di Kaherah baru-baru ini.

Hakikatnya,
  1. Umat Islam Paletin di Gaza khususnya yang ditimpa penyakit kronik tidak dapat keluardaripada Gaza bagi mendapatkan rawatan kerana larangan daripada pihak Israel
  2. Sumber kesihatan Palestin mengesahkan angka bilangan kematian yang tercatat sepanjang kepungan yang dibuat oleh Israel seramai 261 orang termasuk seorang wanita yang berumur 34 tahun. Doktor Mu’awiyah Husnain berkata “termasuk yang syahid setakat ini ialah seorang wanita yang bernama Karimah Zuhair Abu Dallal, ibu kepada lima orang anak”. Penyakit yang dihidapinya sepatutnya dapat dirawat di hospital luar Gaza. Akan tetapi dek kepungan ini beliau tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan sehinggalah beliau mati.
  3. Kementerian kesihatan Palestin menyatakan bahawa hospital terbesar yang terdapat di Gaza berhadapan dengan masalah kehabisan gas memasak, keadaan ini amat menyukarkan kerana mereka sepatutnya menyediakan hampir 1500 makanan setiap hari kepada para pesakit. Lebih menyulitkan keadaan apabila gas yang sama sepatutnya digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Oleh yang demikian kementerian tersebut menyeru negara arab dan Islam menyuarakan isu ini ke peringkat antarabangsa.
  4. Lebih memalukan umat Islam apabila sebuah akhbar berbahasa Arab bertarikh 20/11/2008 telah melaporkan Majlis Kesatuan Ekonomi Arab di bawah Liga Arab membelanjakan 50 juta dolar untuk projek membela Penyu laut, sedang umat Islam di Gaza dikepung dan dihimpit kesusahan serta penderitaan, mereka sebok dengan projek yang tidak menguntungkan ini. Muhammad Abdul Fudhail Syusyah, gabenor timur Sina menyifatkan “inilah projek pertama yang sepertinya di Mesir”. Adakah penyu laut lebih berharga daripada nyawa saudara mereka di Gaza ? .
  5. Akibat daripada kepungan ini, bekalan makanan juga semakin berkurangan. Satu laporan menyebut bahawa mereka yang menduduki Gaza kini terpaksa mengambil tepung yang pada asalnya adalah dijadikan makanan kepada burung-burung, kini ianya dijadikan makanan kepada sebahagian penduduk Gaza yang kekurangan bekalan.
  6. Bantuan daripada luar juga tidak dibenarkan masuk untuk disalurkan kepada masyarakat dan penduduk Gaza.
  7. Bekalan elektrik juga terputus akibat daripada kepungan ini, bermakna mereka kini berada dalam keadaan bergelap pada waktu malam.

Sumber dan maklumat lanjut:
http://amanpalestin.org/index.php?action=com_content&task=content&section
=1&category=1&&content=345

Selain itu, Pemimpin-pemimpin Arab juga telah mengadakan mesyuarat pada hari ini mengenai Serangan di Gaza, masih menunggu berita keputusan mesyuarat tersebut.. Buatlah apa yg kita mampu bersungguh-sungguh..

5 ulasan:

aku hambaNya berkata...

Dignity boat yg bwk medical supplies ke Gaza tak dibenarkan masuk, n pintu sempadan Gaza-Mesir tak dibukak oleh kerajaan Mesir, menyebabkan medical doctors from Mesir takleh masuk Gaza, and da injured patients can't be treated in Mesir as well. N Israel claim dah hancurkan HAMAS' life line dari Mesir (terowong bawah tanah yg digunakan utk bawak bekalan senjata n etc dari Mesir). Demonstrations are everywhere, n one group from Indon is sending one thousand fighters with one way ticket to Palestine! Diorang tengah menuju jalan syahid! Allahu Akbar!

Tanpa Nama berkata...

Adakah kita masih mahu bersenang- lenang lg sedangkan umat Islam sibuk berjihad ke jalan Allah?

Tanpa Nama berkata...

saya bantah konsert rihanna.......baru nak boikot Amerika dah panggil artis Amerika.
Kita boikot Israel dan Amerika.
Beli barangan Amerika dan Israel sama dgn kita bunuh sorang saudara palestin..boikot celcom terus lagi senang. Tolonglah saudara kita..

Tanpa Nama berkata...

kerajaan penakut nak hantar askar.takut negara diserang.
Negara diserang pon kalo tahankan agama kita syahid...

Unknown berkata...

hancur yahudi
laknat Israel
kasut Amerika