Isnin, Februari 16, 2009

Mengurus perbelanjaan

"Pelajar tidak perlu mengurus kewangan secara sistematik"

Sebab? kerana pelbagai sebab.

"Mengapa perlu mengira-ngira duit, seolah-olah mata duitan dan terlalu duniawi"

Mungkinkah terdapat dikalangan ikhwah sekalian yang mempunyai tetapan minda seperti ini? Mungkin inilah masanya untuk kita mengubah tetapan minda kita.

Sesiapa sahaja perlu menguruskan kewangannya dengan sistematik, lebih-lebih lagi jika dia seorang daei.

Tiada siapa menafikan kepentingan wang. Wang seolah-olah penting seperti masa. Masa dan wang, yang mana lebih penting? Biasa diwar-warkan, pengurusan masa itu sangat penting. Kerana, kewajipan lebih banyak dari masa yang ada. Tapi biasakah diwar-warkan, pengurusan kewangan itu penting?

Ayuh lihat dua kepentingan pengurusan kewangan:
  1. Sumber kewangan yang terbatas
  2. Terlalu banyak perkara dan urusan yang memerlukan wang
Mungkin terdapat banyak lagi kepentingan lain, tetapi ini sahaja yang dapat ana ekstrak dari penyampaian Akh Azrizal Husin, wakil syarikat Standard Financial Planner Sdn. Bhd.

Terdapat banyak lagi input menarik dan bermanfaat lain, sengaja tidak ditulis untuk memberi laluan kepada yang menghadiri seminar selama lebih kurang 4 jam ini untuk berkongsi bersama..

Tiada ulasan: