Isnin, Mac 09, 2009

Coretan XPERPP09.

AUTHOR : ZAHIR ARIFFIN

SOURCE : http://ayuhkitamaju.wordpress.com/

KENAPA SAKIT DAN LETIH

seusai pulang dari perkhemahan yang penuh dengan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, berlari berkilo-kilo meter di tepi pantai, melakukan gerakan-gerakan badan yang pelbagai dan memakan tenaga yang banyak, bermain permainan fizikal berjam-jam di bawah panas terik matahari, melalui program sebegini beberapa hari sudah cukup untuk membuat kita pulang dengan rasa penuh kesakitan di seluruh anggota badan. Kenapa? kata orang, bersukan menyihatkan badan tetapi nampaknya seperti bersukan menyakitkan badan, menyebabkan lenguh-lenguh, tegang urat dan sebagainya.

sesunguhnya, inilah suatu pelajaran yang sangat adil. pepatah inggeris berbunyi ‘practices make perfect’. pepatah melayu pula mencadangkan ’sikit-sikit lama-lama jadi bukit’. Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

mengaitkan antara kesan sakit dan letih selepas program aktiviti lasak dengan pepatah-pepatah tadi, dapatlah disimpulkan bahawa kesakitan dan keletihan itu adalah kesan daripada aktiviti banyak dalam satu masa yang dilakukan tanpa latihan sedikit demi sedikit yang pernah dijalankan secara istiqomah pada masa sebelumnya. aktiviti lasak yang banyak dan agresif dalam satu masa memberikan kejutan yang besar kepada otot-otot badan yang tidak bersedia, yang sebelum ini tidak dilatih atau dibiasakan untuk menghadapinya. tidak peliklah, otot-otot itu merasa sakit sesudah menjalankan tugasnya kerana ia tidak biasa malah terkejut dengan bebanan kerja yang terlalu banyak yang terpaksa dilaksanakannya.

kesimpulannya:

1 — kita mestilah sentiasa (istiqomah) melatih diri kita dengan aktiviti- aktiviti fizikal secara berterusan walaupun sedikit supaya diri kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Latihan yang berterusan akan juga meyebabkan kita akan berjaya melaksanakan sesuatu dengan mudah dan cemerlang seperti yang dikatakan pepatah ‘practices make perfect’.

2 — kita tidak boleh melakukan aktiviti lasak dan agresif dengan banyak secara tiba-tiba tetapi mesti dimulakan dulu dengan aktiviti ringan sebagai pemanas dan persediaan untuk aktiviti yang lebih berat. Persediaan dengan aktiviti ringan ini juga mesti memakan masa yang lama, bukan sekejap saja sebagai mengambil nama ‘dah buat’. Contohnya, bermula dua minggu atau seminggu sebelum menghadiri program aktiviti lasak yang agresif, kita sudah perlu melatih diri dengan aktiviti fizikal yang ringan sedikit setiap hari atau dua tiga hari sekali.

demikianlah sebuah maklumat yang rata-rata kita telah tahu tetapi kenapa kita tidak buat? tidak ada alasan sebenarnya. yang perlu hanya kita menyusun masa dan merancang serta melaksanakan. natijahnya, badan kita akan kuat dan kita tiada masalah untuk menghadapi program aktiviti lasak yang agresif dan kita akan kembali dengan badan yang tidak (atau sekurang-kurangnya: kurang) sakit-sakit dan kita pun tidak terlalu lelah.

ayuh! sekarang masa untuk berubah.

istiqomah itu tidak mudah, tapi ia tidak mustahil. yang diperlukan: MUJAHADAH!

nilai-nilai yang dibincangkan di atas: kekuatan badan (qowiyyul jism), menjaga masa (haristhun ‘ala waqtihi), tersusun hidup (munazzomun fi syuunihi), berjihad atas nafsu (mujahadaton ‘ala nafsihi).

HUTAN DAN ORANG-ORANG BERKAITANNYA

penghargaan

berjalan atas jalan raya tidak susah sebab jalannya rata dan tiada halangan. tetapi berjalan di dalam hutan tidak demikian. jalannya sempit, penuh halangan seperti duri di kiri kanan jalan, bahkan atas dan bawah pun ada, halangan pokok tumbang, jalan yang curam dan licin, semak samun yang tebal, nyamuk, serangga berbahaya, dan banyak lagi halangan lain termasuk binatang buas, risiko tersesat, dan lain-lain.

banyak kegunaan harian kita berasal dari hutan atau tempat-tempat yang mirip hutan. ladang dan kebun adalah mirip hutan. pekebun dan peladang bekerja di kebun dan ladang yang biasanya dekat dengan hutan. bahan-bahan plastik yang kita pakai berasal dari getah yang ditoreh oleh pekebun getah di kebun getah yang dekat dengan hutan. Buah-buahan dan sayuran yang kita makan berasal dari kebun buah atau ladang sayur yang dekat dengan hutan. Bangunan yang kita duduki dibina menggunakan juga kayu yang diambil dari balak hutan yang ditebang oleh pembalak dalam ladang balak di hutan. (Balak ada ladang? anda mesti kaji) Banyak benda-benda yang berasal dari hutan. Tongkat ali yang kita minum berasal dari hutan dan dikeluarkan oleh pencari akar kayu atau herba yang mencari di dalam hutan (pada asalnya) walaupun sekarang telah ditanam di ladang-ladang secara komersial. Madu yang kita minum untuk menjaga kesihatan diambil oleh pencari madu lebah atas pokok tinggi lebih tinggi dari bangunan dua tingkat di dalam hutan (asalnya) walaupun kini lebah madu telah diternak secara komersial di ladang lebah moden. Apapun, intinya, banyak benda yang kita gunakan berasal dari hutan dan telah diusahakan oleh seseorang untuk mengeluarkannya dari hutan hingga sampai kepada kita di kampung dan bandar. Maka, kita perlu memberi penghargaan kepada orang-orang yang telah berjasa kepada kita, yang telah bersusah payah walaupun pendapatan kecil sehingga kita dapat bersenang-linang di bandar dengan pendapatan yang besar.

ILMU HUTAN

anda tersesat dalam hutan? sesat ada dua kategori. sesat di alam nyata dan sesat di alam lain.

untuk terus hidup (survival): apabila anda sesat dan tidak ada makanan, salah satu makanan terdekat anda ialah pucuk-pucuk kayu. bagaimana mengenali pucuk kayu yang selamat untuk dimakan iaitu yang tidak beracun? jika daunnya licin di atas dan dibawah, ia kemungkinan selamat. antara ciri-ciri licin ialah tiada bulu-bulu daun. uji daun itu. gumpalkan dan ‘gonyeh / genyeh’ ke bibir mulut seperti memakai gincu. biarkan selama beberapa minit. jika bibir tidak terasa tebal, maka kemungkinan ia selamat. masukkan pula daun itu ke dalam mulut, jangan telan, tetaipi kunyah dan ludahkan daun itu. biar beberapa minit. jika mulut tidak terasa tebal, maka ia selamat untuk dimakan inysaAllah. pilihlah pucuk yang di hujung ranting kerana ia lembut untuk dimakan.

kita perlu minum. bagaimana memastikan air di sungai atau dalam lopak selamat untuk diminum? air yang di dalamnya tiada hidupan berbahaya untuk diminum kerana kemungkinan ia keracunan. Hidupan tidak hidup dalam air beracun. Jika air memiliki pokok ‘ttuba’ yang hidup di dalamnya, air itu tidak boleh diminum kerana airnya beracun oleh racun dari pokok tersebut.

mencari jalan pulang: apabila anda sesat di alam nyata, dan anda berada di atas bukit, tindakan pertama ialah menuju puncak bukit. banyak kelebihan yang dimiliki oleh puncak bukit. bagaimana anda ingin mengetahui sama ada sesuatu tempat adalah puncak bukit? di puncak bukit, terdapat kawasan lapang yang tidak ditumbuhi oleh tumbuhan renek. yang ada hanya pokok-pokok tinggi dan kawasan tanah lapang yang biasanya dipenuhi daun-daun kering. di puncak bukit, anda jangan melaung kerana ia berbahaya dan mengelirukan anda. Apabila anda melaung, akan berlaku pantulan suara yang akan samapi kepada anda semula beberapa saat selepas anda melaung. Anda akan terfikir bahawa bunyi tersebut adalah jawapan orang lain kepada laungan anda tanpa menyedari bahawa bunyi itu adalah pantulan suara diri anda sendiri. Ini menyebabkan anda menuju ke arah bunyi itu datang dan menyebabkan anda makin sesat atau makin susah dijejaki oleh pasukan pencari dan penyelamat.

di puncak bukit, anda pilih pokok yang tertinggi, panjat hingga tinggi / puncak dan lihat sekitar untuk tanda-tanda seperti jalan raya, perumahan dan asap. Asap menunjukkan ada orang membakar di kawasan ladang atau kampung. Tujuilah arah tempat tersebut.

Jika tidak nampak tanda-tanda jalan raya, kampung atau ladang, carilah aliran air. cara mencari alira air ialah mencari kawasan lembap. dari puncak bukit, perhatikan sekitar puncak bukit, tanah yang mengarah ke bawah bukit yang memiliki cengkung ke dalam tanah seperti akan membentuk lopak air. Permukaan tanah sekitar puncak bukit akan bersifat sama ada cembung ke atas membentuk seperti bukit atau cekung ke dalam tanah membentuk lopak air. Turuti jalur tanah yang cengkung seperti membentuk lopak air sehinggalah bertemu dengan aliran air atau anak sungai. Turutilah anak sungai walaupun seberapa lama seperti berhari-hari kerana anak sungai pasti akan membawa anda ke sungai dan ke laut yang insyaAllah di pertengahan jalan akan melalui perkampungan.

anda boleh memberi isyarat kepada orang lain untuk memberitahu bahawa anda tersesat dengan menggunakan isyarat asap S.O.S. caranya, anda buat unggun api. tahan asap yang keluar untuk beberapa ketika menggunakan kain dan lepaskan, agar asap membentuk kepulan demi kepulan yang berselang seli naik ke udara antara kepulan asap dan tiada asap. Buatlah unggun api di kawasan lapang di puncak bukit, bukan di kawasan terlindung oleh daun, agar asap dapat naik ke langit dengan kepulan yang tidak terpecah-pecah. selain menggunakan asap, anda boleh memberikan pantulan cahaya kepada orang lain dengan menggunakan cermin pantul jika ada.

jika anda tersesat di alam lain, mintalah doa kepada Allah, berzikirlah seperti membaca ayat al Quran dan berselawat kepada Nabi serta menunaikan solat meminta kepada Allah supaya diselamatkan. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pelindung dan Penyelamat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Artikel yg menarik., tp kalau ada letak gambar sikit mesti lebih menarik =)