Jumaat, September 11, 2009

Tazkirah by Ust. H

Bagaimanakah kita mahu MEMPRAKTIS BUDAYA PENYERU (PENDAKWAH). Iaitu mempraktiskan Islam sepenuhnya dalam hidup.

Pelajaran mengenai dakwah, tidak hanya berpindah melalui ceramah dan daurah. Lebih-lebih lagi perpindahan pengalaman. Ia adalah berdasarkan keberkesanan berlakunya proses mu'ayasyah dikalangan para aktivis dan bukan aktivis.

Jika bukan semasa program-program perhimpunan/tamrin; bilakah lagi masa yang sesuai untuk kita bertanya dan mendengar pengalaman dari i/akhawat senior yang penuh melimpah dengan pengalaman dakwah? Sedangkan mereka begitu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab seharian, mereka masih ada masa yang diperuntukkan khas bagi melaksanakan aktiviti menyeru kepada Allah dan tarbiyyah.

Kita menwar-warkan pada seluruh umat Islam yang Islam akan menang. Tetapi jika beberapa elemen penting di bawah tiada, maka kita hanyalah bercakap kosong!

PERTAMA dan selamanya pertama: Beramal dengan Islam yang disebarkan.

Kata Hasan Al-Banna

“Nahnu qoumun amaliyyun” atau “Kita adalah golongan yang beramal”

Islam hanya akan menang jika ada kelompok yang melaksanakan Islam dalam kehidupannya. Jika kita yang menyeru manusia lain kepada Islam tidak beramal dengan Islam yang dipelajari, kita siapakah kita berharap untuk membawa kemenangan tersebut?

Dan kekuatan Islam itu bergantung pada kekuatan kita melaksanakan Islam sebagai seorang Individu..

Kesimpulannya, berusahalah sedaya upaya untuk mempraktikkan Islam sebagai cara hidup kita. Dan para daei akan saling menjadi contoh antara satu sama lain dan contoh kepada masyarakat, bagaimanakah caranya untuk kita menjadikan Islam itu berdiri dalam seluruh aspek kehidupan..

Teruskan usaha menjadikan cara hidup Islam sebagai cara hidup kita..

Tiada ulasan: