Selasa, Disember 01, 2009

Bermusimkah?

Telah tertulis dan termaktub, sesetengah kawasan di dalam dunia ini mempunyai empat musim.

Musim bunga, musim luruh, sejuk dan panas. Pelbagai faedah dan hikmah yang dapat dipelajari dari 4 musim ini. Di negara kita juga wujud pelbagai musim..

Musim hujan, musim banjir/tengkujuh, musim kemarau, musim sejuk/angin kuat, musim buah, musim pilihanraya.. ops cukup setakat itu. Dikhuatiri melarat ke jurang yang tidak sepatutnya.

Selain musim-musim yang berkaitan dengan cuaca dan suhu sekeliling, musim-musim yang berkait dengan aktiviti juga sangat 'berleluasa' di negara kita. Misalnya: musim belajar, musim shopping, musim pesta, musim raya, musim balik kampung, musim demonstrasi, ops. lagi sekali terlajak. Cukup setakat itu senarai contoh.

Apa yang ingin dikongsi disini adalah "Bermusim dalam melakukan kerja-kerja mengajak manusia ke jalan Allah -KMJA-". (Ana letakkan nama singkatan supaya mudah untuk disebut dalam tulisan seterusnya). Jika pertukaran musim itu sangat bagus untuk kehidupan manusia, berlainan pula dengan gejala bermusimnya KMJA. Itu adalah kurang bagus.

Mungkin terlalu banyak alasan kita untuk melojikkan 'kelumpuhan' KMJA, hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala perilaku kita.

Blog ini terhenti sementara waktu atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, dan mungkin telah terkena sindrom 'bermusim dalam KMJA'.. Maka, marilah kita bangkit dan kembali menjana tenaga kearah keredhaan Allah.

Tidak hina mengakui kesalahan dan tidaklah menjadi mulia dengan menyorokkan kelemahan..

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata tuhan kami ialaha Allah, kemudian mereka tetap istiqamah tidak ada rasa khuatir pada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati"
Surah Al-Ahqaf: 13

Adakah kita tergolong dalam kalangan mereka dalam ayat ini?

1 ulasan:

nahdia berkata...

semoga terus beramal tanpa mengenal letih dan lelah