- Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
- Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
- (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
- Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
- Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam'ah
- 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
- Qasim
- Abdullah
- Ibrahim
- Zainab
- Ruqaiyah
- Ummi Kalthum
- Fatimah Al-Zahra'
Pada hari isnin, detik-detik menghampiri subuh, tanggal 12 rabiulawal, 50 hari selepas kekalahan tentera bergajah Abrahah, bersamaan 29 Ogos 580 lahirlah seorang bayi di perkampungan Bani Hasyim.Rumah kelahiran tersebut kini terbina di atasnya Perpustakaan Makkah Mukarramah selepas beberapa kronologi berlaku.Betapa istimewanya bayi ini sewaktu ia dilahirkan, terpancar Nur yang memancar menerangi Syam dan Parsi, Jibril a.s memotong tali pusatnya, kemaluannya sudah dikhatankan, jari telunjukknya mengangkat ke langit seolah-olah mengagungkan Allah S.W.T.Beberapa keajaiban lain sewaktu bayi yang digelar Muhammad ini dilahirkan ialah ;
SINGGAHSANA KISRA RUNTUH
Sinar daripada nur yang yang memancar mengiringi kelahiran Rasulullah S.A.W bukan sahaja menerangi buana Syam dan Parsi malah merebahkan singgahsana indah yang dibina maharaja Anu Syarwan buat perhimpunan para pembesar yang didukung 14 tiang besar sehingga menyembah bumi.
API SEMBAHAN FARSI PADAM
Kekuatan sinar nur Muhammad S.A.W juga telah menghembuskan nyalaan api yang dijadikan sembahan orang-orang Parsi, walhal nyalaan itu tidak pernah malap apatah lagi untuk padam.
TASIK SAWAH KERING WADI SAMAWAH BERAIR
Tasik Sawah yang terletak diantara Hamazan dan Qum, iaitu suatu kawasan dibumi ajam atau bukan Arab telang kering disebabkan sumber air bahagian hulunya telah terputus.Pada masa yang sama Wadi Samawah yang sebelumnya kering dan gersang yang tidak mampu memberi seteguk minuman sekalipun kepada penduduk disitu telah didatangi mata air sehingga melimpah airnya ke padang pasir.
TERBIT BINTANG MUHAMMAD S.A.W
Pada malam kelahiran Rasulullah terbitnya bintang merah yang terbit di suatu sudut langit menandakan telah lahirnya seorang nabi dan tiada lagi selepasnya. Ibn Hisyam meriwayatkan;
“Hassan bin Thabit berkata ; demi Allah, sesunggunya ketika aku berumur antara 7 atau 8 tahun, aku mengingati apa yang aku dengar, ketika aku mendengar seorang pendita Yahudi melaungkan suaranya di suatu tempat yang tinggi di Yathrib(Madinah); wahai semua Yahudi! Sehingga berhimpunlah mereka dan berkata; apakah gerangan ini!Pendita Yahudi berkata; telah muncul semalam bintang Ahmad menandakan ia telah di lahirkan”.
“Hassan bin Thabit berkata ; demi Allah, sesunggunya ketika aku berumur antara 7 atau 8 tahun, aku mengingati apa yang aku dengar, ketika aku mendengar seorang pendita Yahudi melaungkan suaranya di suatu tempat yang tinggi di Yathrib(Madinah); wahai semua Yahudi! Sehingga berhimpunlah mereka dan berkata; apakah gerangan ini!Pendita Yahudi berkata; telah muncul semalam bintang Ahmad menandakan ia telah di lahirkan”.
Sempena maulidurrasul, marilah kita sama-sama menghayati maksud yang tersirat di dalam memperingati catatan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Tanda sayang dan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan berselawat ke atasnya, bukan hanya pada masa tertentu tetapi perlulah dilazimi pada setiap masa..insyaALLAH.
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Ihsan : Hijjaz Records
Tiada ulasan:
Catat Ulasan