Di dalam diri setiap insan bergelar manusia itu punya potensi diri yang tinggi. Umat Islam perlu memaksimumkan potensi diri itu dengan kekuatan dalaman yang kental. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana dan apakah yang dapat dioptimumkan oleh diri kte? Mari kita hayati bait kata seorang ahli sufi dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin, " Biarlah aku sederhana pada pandangan orang lain, rendah pada pandangan diri sendiri dan tinggi pada pandangan Allah". Jika diamati bait- bait kata yang dinukilkan oleh ahli sufi tersebut, betapa besarnya makna yang tersirat di dalamnya. Umat Islam itu perlu mempersiapkan dirinya dahulu sebelum hasilnya dapat diserlahkan menerusi kata-kata yang bermanfaat, akhlak yang terpuji dan keterampilan diri yang tinggi. Bersederhana pada pandangan orang lain di sini bermaksud tidak berlebih-lebihan dalam banyak perkara. Biarpun sesuatu itu dikatakan tidak mempunyai nilai tambah yang tinggi, tetapi apabila diusahakan dengan keyakinan yang tinggi dan berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, ia dapat membangunkan kekentalan jiwa dalam diri setiap muslim. Sebagai contoh, seorang bapa yang bertungkus-lumus membanting tulang setiap masa bagi mencari rezeki demi sesuap nasi dan ingin merubah kehidupan keluarganya yang miskin dengan ilmu yang sedia ada. Tanpa usaha dan kekuatan dalaman yang kuat, mungkin si bapa akan mudah berputus asa dan semangat juangnya luntur dek desakan hidup yang mencengkam.
Jika diteliti pada masa sekarang, jiwa- jiwa anak muda mudah rontok dek terpengaruh dengan budaya kurang sihat yang di bawa Barat yang di anggap "agung" oleh kebanyakkan orang kita. Sedangkan, orang- orang Barat itu biasa sahaja dan tidak kurang hebatnya dengan orang- orang Islam yang lain. Semuanya punya persamaan yang bukan di lihat daripada budaya yang merosakkan tetapi di selidik daripada pembangunan lahiriah dan jasmani yang tinggi di kalangan mereka. Keyakinan diri yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang mereka inginkan menjadikan diri mereka kuat dan tidak mudah dipengaruhi oleh bahana2 yang ingin menghancurkan mereka. Bahkan sebaliknya mereka membawa umat Islam untuk dipengaruhi oleh agenda-agenda mereka. Semangat juang itulah yang umat Islam perlu contohi bagi menepis unsur unsur negatif yang meruntuhkan moral anak anak muda sekarang. Keyakinan diri yang tinggi terhadap Allah dan iman yang kuat akan menjadikan diri kita insan yang mampu berjuang di jalan Nya. Firman Allah yang mafhumnya, " Dan sesiapa yang benar benar berjuang di jalan Kami nescaya Kami akan memberi pimpinan Kami. Allah sentiasa bersama dengan orang yang melakukan kebaikan" (Surah Al- Ankabut 29:69).
Umat Islam perlu menjauhkan sikap rendah diri, bimbang dengan kebolehan diri, terasa hina atas kemampuan diri sendiri kerana itu adalah sifat orang-orang yang tidak beriman dan yang tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah. Firman Allah yang bermaksud, " Jangan kamu merasa lemah dan berduka cita, sebaliknya kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman" (Surah Ali Imran 3: 139). Pada zaman kegemilangan Islam dahulu, para pejuang Islam menang dalam peperangan menentang musuh Islam pada masa itu. Apa yang menjadi tunjang kekuatan umat Islam pada masa itu? Ya, sudah tentu semangat dan keyakinan yang tinggi dan tak berbelah bagi terhadap Allah menjadikan hati hati mereka kuat dan mampu menentang musuh musuh Islam yang begitu ramai jumlahnya tetapi kosong dan tandus jiwanya. Begitulah keajaiban dan kekuatan yang di tonjolkan umat Islam dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap Allah yang mampu memakbulkan dan membantu hamba hambanya yang ingin menegakkan kebenaran agama Islam.
Keyakinan yang tinggi terhadap Allah dalam apa jua cabaran dan dugaan meajadikan kita antara orang-orang yang beriman dan berpegang teguh pada janji-janji Allah. Merekalah orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan