Ahad, Disember 26, 2010

Beliawanis PEMBINA jayakan Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis 2010

KUANTAN, 26 Disember 2010- Akhirnya setelah lama menyepi, Beliawanis PEMBINA Pahang berjaya menganjurkan sebuah program bercorak pertandingan antara IPT atau beliawanis sekitar Pahang. Program yang bertajuk Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis 2010 ini telah lama dirancang tetapi mula melakukan gerak kerja beberapa bulan yang lepas. Program anjuran Beliawanis PEMBINA Pahang ini adalah dengan anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri Pahang dan berlangsung di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang.

Pada hari berkenaan, majlis telah bermula pada Pukul 9 pagi dengan ketibaan VIP; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Pahang, Pn Nor Hasni Hayati Bt Hanapi, Naib Presiden II PEMBINA Pusat, En. Mohd Afiq Mohd Yusoff, Pengerusi PEMBINA Pahang dan Pn Aisyah bt Badhrulhisham,Timbalan Pengerusi II PEMBINA Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh En Nik Ismail b Nik Wan Harun. Walaupun mendapat tekanan di saat-saat akhir berikutan banyak kumpulan peserta yang menarik diri tetapi majlis dapat berlangsung dengan jayanya walaupun dengan jumlah 5 kumpulan. Kumpulan peserta yang kebanyakan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Kuantan dan Kolej Matrikulasi Gambang menunjukkan bakat yang luar biasa walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan senamrobik dengan latihan selama seminggu. Malah setiap kumpulan mampu beraksi hebat dan mantap sehingga membuatkan pihak juri profesional terpegun dan semua penonton bersemangat dan gembira. Pihak juri terdiri daripada Pn Mazrinah Husain dan Pn Roslina bt Sharee,instructor senamrobik dan kecergasan dan pengadil negeri dan peringkat kebangsaan yang juga merupakan dari Persatuan Penggerak Sukan dan Rekreasi negeri Pahang. Mereka juga pernah menjadi peserta pertandingan senamrobik peringkat kebangsaan. Juri lain ialah Pn Nor Hasni Hayati Bt Hanapi, Naib Presiden II PEMBINA Pusat.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan adik-adik daripada Persatuan Penggerak Sukan dan Rekreasi negeri Pahang dan persembahan nasyid daripada adik-adik NAZIM ISMA. Pihak penganjur, AJK beliawanis PEMBINA Pahang juga tidak ketinggalan memberi persembahan senamrobik pada hari itu walaupun dengan latihan selama sehari.Sementara menunggu juri membuat keputusan, majlis telah mengisi senggang waktu tersebut dengan Ceramah tentang kesihatan bertajuk Beliawanis Tiada Alasan Untuk Tidak Cergas! dari Dr Zuraidah diikuti sesi Pengenalan PEMBINA dari Timbalan Pengerusi II PEMBINA Pahang, Pn Aisyah Badhrulhisham. Kemudian tibalah saat yang dinanti oleh setiap peserta, pengumuman pemenang. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Muslimah Legation, tempat kedua oleh kumpulan Ayumi dan tempat ketiga oleh kumpulan Belladona. Tahniah diucapkan kepada mereka yang merupakan pelajar-pelajar Farmasi dan Biosains UIAM kerana berjaya membawa pulang hamper, pingat dan sijil. Tahniah juga diucapkan kepada AJK Pertandingan Beliawanis PEMBINA Pahang kerana mampu mengendalikan program yang sangat bermanfaat ini. Minda yang cerdas adalah dari jisim yang sihat dan cergas. TIADA ALASAN UNTUK TIDAK CERGAS!

Saudara Pengerusi Pembina Pahang menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Pengarah Belia Sukan Negeri Pahang

Persembahan AJK Beliawanis PEMBINA Pahang

Pemenang Tempat Pertama: Muslimah Legation

Pemenang tempat kedua: Kumpulan AYUMI

Pemenang Tempat ketiga: kumpulan Belladona

Panel Juri

Ceramah Kesihatan dari Dr Zuraidah

'Warming up'

Tiada ulasan: