Rabu, Februari 16, 2011

Puisi Ulang Tahun Rasulullah


WADI SAHARA

Oleh:Wardah Puteh

Terima kasih Tuhan

kerana menghadiahkan wadi

yang menakung titis-titis mesracinta

di saat debu-debu menghambur langit

dan peluh kian likat menyeru

"Ahad! Ahad! Ahad!"

Sepenggal dosa yang mengamuk,

jadi terapung diraup maya.


Rembas suaranya,

"Umatku! Umatku! Umatku!"

Jatuh ke lembah membasah rindu

dan kembang-kembang harum pun berlingkar

menghantarkan warna

seluas sahara.


Terima kasih Tuhan,

untuk seorang Muhammad.


Tiada ulasan: