Selasa, Jun 21, 2011

Beliawanis Malaysia diraikan


CYBERJAYA, 18 Jun- "Beliawanis Beragenda, Penggerak Kemajuaan Ummah" Julung-julung kalinya Hari Beliawanis Nasional (HBN) telah berjaya diadakan. Seramai sembilan orang beliawanis Pahang menyertai Hari Beliawanis Nasional yang dijayakan di Kelab Komuniti Cyberjaya. PEMBINA Pahang telah diberi amanah untuk mengadakan pertunjukan senamrobik islami. Alhamdullilah pertujukan itu telah disempurnakan dengan sukses oleh empat orang beliawanis. Pembina Pahang turut menghantar wakil dalam pertandingan scrabble, pertandingan batu seremban, pertandingan congkak dan perlawanan badminton (single). Berkat kegigihan atlet-atlet Pahang, mereka telah berjaya merangkul pingat perak dan gangsa dalam acara yang disertai. Sekalung tahniah dan syabas buat semua beliawanis. Melalui seperti ini para beliawanis dapat menunjukkan bakat yang selama ini telah lama terpendam. Tambahan pula, beliawanis juga dapat berkenal-kenalan serta mengukuhkan ukhuwah dengan beliawanis dari seluruh pelusuk Malaysia. Diharapkan aktiviti seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang.

Tiada ulasan: