Suasana pagi yang menyegarkan telah diisi dengan sedikit pengisian dripada Ust Zulkifli Embong daripada Pekan yang menceritakan sedikit sebanyak mengenai kelebihan bulan Ramadhan dan fiqh puasa. Disusuli dengan permainan taaruf dalam kumpulan serta kuiz Islam yang menyaksikan persaingan sengit antara 3 buah kumpulan. Sedikit tazkirah Ramadhan dan soal jawab musykilah telah dijalankan sebelum rehat untuk makan tengah hari dan solat. Dan di sebelah petang, bedah buku "Soal Jawab Remeh-temeh tentang Puasa tapi Anda Malu Bertanya" telah dilaksanakan disusuli dengan permainan ukhuwwah iaitu regu di mana bakat dan kreativiti para peserta terserlah dengan jayanya.
Di akhir program, semua peserta membuat planner dan target Ramadhan masing masing dengan menggunakan kertas berwarna warni yang dihiasi indah. Ini bagi menyemarakkan lagi semangat untuk beramal dan merubah diri menjadi insan yang lebih baik dengan mempunyai targetmasing-masing untuk dicapai. Pemarkahan melalui permainan dan aktiviti telah menjadikan kumpulan "Tulip" sebagai johan keseluruhan. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmah dan pengajaran untuk kita melalui bulan-bulan seterusnya pada kali ini.
Selamat menghadapi Ramadhan Al-Mubarak!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan