Ramadhan kini sudah di penghujungnya. Setelah lebih 20 hari menuntut di madrasah Ramadhan, apakah ijazah taqwa itu semakin kita gapai atau sebaliknya?
Bukankah Allah menyebutkan dalam Al-Quran, bahawa taqwa itu adalah sebaik-baik pakaian?
"…tetapi pakaian taqwa, itulah yang lebih baik…" (Al-A'raaf:26)
Pakaian adalah sesuatu yang memelihara kita daripada kotoran, dan memelihara aurat dan 'aib kita. Dalam zaman kita sekarang, pakaian terbaik sering diertikan dengan pakaian-pakaian yang dibuat daripada kain sutera ataupun kain yang mahal, yang lembut dan sedap dipakai. Namun di sisi Allah, taqwa itulah pakaian terbaik bagi seorang Muslim. Dengan taqwalah, 'aib kita akan terlindung dan kita terpelihara dari kotoran-kotoran ghaib (dosa). Bagaimana taqwa itu berfungsi sebagai pakaian terbaik?
Dengan taqwa, kita akan berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan.
Dengan taqwa, kita akan sentiasa melakukan perkara-perkara yang Allah sukai demi mencapai redhaNya.
Dengan taqwa juga, kita akan sentiasa merasai pemerhatian Allah ke atas kita dan sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara yang akan mengundang azab dan murka Allah s.w.t.
Justeru, taqwa itu akan menjadi pakaian yang memelihara dan melindung kita dengan sempurna.
Selain itu, taqwa meletakkan seseorang di tempat yang paling tinggi dan mulia di sisi Allah.
Jadi, bagaimana agaknya dengan puasa, kita mampu beroleh taqwa?
Hakikatnya, puasa melatih kita untuk mengawal diri kita, atau dengan kata lain, self-control. Kita mendidik diri kita untuk mengawal diri daripada menuruti kehendak nafsu; nafsu makan, nafsu syahwat, amarah dan sebagainya. Dan di akhirnya, andai kita menggunakan formula yang tepat, yakni menahan diri lebih daripada sekadar makan dan minum, kawalan terhadap nafsu ini akan membuahkan natijah taqwa yang kita harap-harapkan.
Oleh itu, dalam beberapa hari yang masih berbaki ini, marilah kita sama-sama melakukan pecutan terakhir, meningkatkan amalan dan kesungguhan untuk kita merebut janji Allah yang pasti bagi yang benar-benar beramal, yakni ijazah taqwa itu sendiri.
Semoga kita berhasil memanfaatkan Ramadhan yang merupakan sebuah hadiah istimewa daripada Allah ini, malah satu peluang yang Allah sediakan untuk kita melatih diri dan menjadikan ia turning point untuk kita menjadi hambaNya yang lebih baik dalam 11 bulan yang akan datang dan seterusnya, Insya-Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah:183)
Tidak dinafikan, isu taqwa adalah isu cliché dalam bulan mulia ini, sering disebut-sebut dan diulang-ulang. Barangkali ada yang sudah jemu mendengarnya. Namun sedarkah kita akan kepentingan taqwa itu? Bukankah Allah menyebutkan dalam Al-Quran, bahawa taqwa itu adalah sebaik-baik pakaian?
"…tetapi pakaian taqwa, itulah yang lebih baik…" (Al-A'raaf:26)
Pakaian adalah sesuatu yang memelihara kita daripada kotoran, dan memelihara aurat dan 'aib kita. Dalam zaman kita sekarang, pakaian terbaik sering diertikan dengan pakaian-pakaian yang dibuat daripada kain sutera ataupun kain yang mahal, yang lembut dan sedap dipakai. Namun di sisi Allah, taqwa itulah pakaian terbaik bagi seorang Muslim. Dengan taqwalah, 'aib kita akan terlindung dan kita terpelihara dari kotoran-kotoran ghaib (dosa). Bagaimana taqwa itu berfungsi sebagai pakaian terbaik?
Dengan taqwa, kita akan berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan.
Dengan taqwa, kita akan sentiasa melakukan perkara-perkara yang Allah sukai demi mencapai redhaNya.
Dengan taqwa juga, kita akan sentiasa merasai pemerhatian Allah ke atas kita dan sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara yang akan mengundang azab dan murka Allah s.w.t.
Justeru, taqwa itu akan menjadi pakaian yang memelihara dan melindung kita dengan sempurna.
Selain itu, taqwa meletakkan seseorang di tempat yang paling tinggi dan mulia di sisi Allah.
"…Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa…" (Al-Hujuraat:13)
Siapa yang tidak mahu dipandang mulia dan tinggi? Di sisi manusia sahaja, kita akan selalu mengejar rasa hormat orang lain pada kita. Dengan taqwa, Allah telah menjanjikan kemuliaan, bukan di sisi manusia, tetapi di sisiNya Yang Maha Tinggi, cinta agung kita. Dan ketahuilah, apabila Allah sendiri telah memuliakan kita, seluruh penduduk langit dan Bumi yang taat kepada Allah akan turut memuliakan kita. Tidak mahukah kita? Jadi, bagaimana agaknya dengan puasa, kita mampu beroleh taqwa?
Hakikatnya, puasa melatih kita untuk mengawal diri kita, atau dengan kata lain, self-control. Kita mendidik diri kita untuk mengawal diri daripada menuruti kehendak nafsu; nafsu makan, nafsu syahwat, amarah dan sebagainya. Dan di akhirnya, andai kita menggunakan formula yang tepat, yakni menahan diri lebih daripada sekadar makan dan minum, kawalan terhadap nafsu ini akan membuahkan natijah taqwa yang kita harap-harapkan.
Oleh itu, dalam beberapa hari yang masih berbaki ini, marilah kita sama-sama melakukan pecutan terakhir, meningkatkan amalan dan kesungguhan untuk kita merebut janji Allah yang pasti bagi yang benar-benar beramal, yakni ijazah taqwa itu sendiri.
Semoga kita berhasil memanfaatkan Ramadhan yang merupakan sebuah hadiah istimewa daripada Allah ini, malah satu peluang yang Allah sediakan untuk kita melatih diri dan menjadikan ia turning point untuk kita menjadi hambaNya yang lebih baik dalam 11 bulan yang akan datang dan seterusnya, Insya-Allah.
1 ulasan:
Why visitors still make use of to read news papers when in this technological globe the whole thing
is presented on web?
Here is my web site binarychief
Catat Ulasan