Sabtu, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam lebaran buat semua ahli PEMBINA dan pelawat-pelawat blog PEMBINA Pahang. Setelah hampir sebulan kita melalui bulan yang penuh dengan keberkatan, hampir tiba masanya untuk kita lahir sebagai seorang individu baru yang punya akhlaq dan ibadah yang lebih baik dari hari pertama kita bertemu Ramadhan. Semoga dengan berlalunya madrasah Ramadhan tidak menjadi sebab kepada menurunnya semangat untuk menambah dan membaiki ibadah demi keredhaan Allah.
Kita masih punya peluang beberapa hari lagi untuk memaksimumkan ibadah dan usaha untuk mendapat bonus RAMADHAN yang datang setahun sekali ni..

Kembali kepada fitrah tidak bermakna kembali kepada "segala" yang lama-lama, maksudnya yang mana fitrah lama yang sudah sedia baik, moga menjadi lebih bagus dan yang mana fitrah lama yang tidak baik bertukar menjadi baik. Pilihan berada ditangan kita samada mahu menjadi pemilik kelulusan ijazah, Master, PHD atau lebih tinggi dari UNIVERSITI RAMADHAN yang telah Allah "tubuh"kan untuk kita hambaNya

Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik berbanding Ramadhan lepas. Insya Allah.

Tiada ulasan: