Rabu, Oktober 08, 2008

Coretan buat ikhwah akhawat

Bismillahirarhmanirrahim.

Sebelum memulakan bacaan mari kita renung pepatah arab di bawah.

“Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu”. Segala perbuatan dan amalan kita atas dunia ini memerlukan kepada masa. Kegagalan mengurus masa bermaksud gagal mengurus seluruh kehidupan. Tetapi, sekali gagal, tidak bermakna gagal selamanya.

Tidak dinafikan, tugas kita sebagai hamba Allah yang memegang jawatan sebagai daie, anak, pelajar, kawan, ibubapa, ahli keluarga dan ahli masyarakat sangat banyak, tidak terkira. Mana mungkin untuk disenaraikan seluruh tugas dan tanggungjawab yang perlu di pikul di blog ini.MUSTAHIL.

Walaubagaimanapun, disatu sudut lain, kita sepatutnya tidak lupa yang Allah telah melengkapkan kita dengan persediaan-persediaan yang cukup untuk memikul seluruh tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan sahaja Al-quran telah diturunkan sebagai panduan, Rasulullah juga telah diutuskan untuk menjadi qudwah kepada seluruh umat manusia yang beriman.

Jadi, marilah kita sama-sama belajar dan memperbaiki pengurusan masa kita supaya kesibukan tidak menjadi alasan “besar” untuk kita tidak melibatkan diri dengan kerja-kerja menyeru diri dan manusia lain kepada Allah.

Dikesempatan ini, penulis, bagi pihak pengurusan blog PEMBINA Pahang ingin menjemput semua ahli PEMBINA Pahang untuk melibatkan diri dengan program Sambutan Hari Raya pada 18 Oktober nanti. Semoga ikhwah dan akhwat sekalian berjaya menghadirkan diri. Insya Allah.

Tiada ulasan: