Selasa, Oktober 28, 2008

Sumbangan untuk Acheh

Assalamualaikum wbt.
Program Sumbangan Eid Adha ISMA kembali lagi. Istimewanya kali ini insyaAllah PEMBINA Kuantan akan menghantar beberapa orang ikhwah, bertujuan untuk menyampaikan sumbangan dan bersama-sama menjalani ibadah qurban bersama masyarakat Acheh.
Dengan itu kami dengan rendah hati ingin mengajak ikhwah akhawat sama2 menderma untuk anak-anak yatim Acheh. Sumbangan sebaiknya dapat dibuat dalam bentuk kewangan. Kami bercadang untuk membeli beg sekolah+alat tulis+buku2+kamus yang baru untuk anak-anak yatim disana. Tetapi jika ada buku2 atau peralatan sekolah terpakai yang ingin didermakan kami sangat2 mengalu-alukan.
Sila kumpulkan sumbangan anda kepada Bendahari PEMBINA Kuantan, Saudara Nizam Md Saad 0139682218. Selewat-lewatnya sebelum 1hb Disember 2008

1 ulasan:

Nurul Izza berkata...

assalamualaikum wbt

utk akhawat, insya allah, sumbangan antunna boleh disalurkan pd Ukhti Aisyatul(0139234340)

sama2 semarakkan amal soleh dengan berinfaq

wallahulam