Isnin, Disember 08, 2008

Blog dan daie..

oleh: S.Dawood (dari buletin PEMBINA pusat keluaran jamadilawal)

B .L.O.G inilah empat abjad yang dari hari ke hari dipertuturkan oleh orang ramai dari pejabat kerajaan di Putrajaya hinggalah ke warung kopi di kampung yang bernama Tanjung Dawai. Blog hari ini telah memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat sebagai agen penyampai maklumat. Ianya tidak dapat dinafikan lagi apabila blog telah menjadi salah satu faktor yang membawa kepada perubahan besar politik di tanah air kita baru‐baru ini. Dalam satu kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau mengaku bahawa antara kesilapannya dalam pilihanraya lalu adalah memandang rendah kepada peranan blog dan media internet dan justeru itu beliau telah mengarahkan menteri penerangan baru Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk mendekati para bloggers dan mendeangar pendapat daripada mereka. Hasilnya, RTM dibawah pimpinan beliau telah mengadakan satu siri diskusi yg bertajuk BLOG yg disiarkan di RTM1 setiap hari Ahad. Tidak ketinggalan juga kepada ahlipolitik yang lain sama ada pro‐kerajaan mahupun pembangkang seperti Datuk Seri Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Husam Musa telah menjadikan blog sebagai medium pengantara antara mereka dengan rakyat bawahan. Yang terbaru negarawan dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia ke‐4 Tun Dr.Mahathir juga telah masuk dalam arena blog apabila melancarkan blognya sendiri untuk memberikan pendapat dan kritikan tajam beliau tentang isu politik semasa negara.

Persoalannya sekarang apa kena mengena blog dengan belia atau secara khusunya apa kena mengena blog dengan PEMBINA? Jawapannya ialah para belia sekarang perlulahmenjadikan blog salah satu jalan ataupun manhaj baru dalam proses islah diri atau pun perubahan ke arah kebaikan .Kepada golongan belia yang masih lagi mencari cari erti sebenar hidup, mereka dicadangkan untuk menambahkan ilmu mereka,menghilangkan rasa keliru terhadap agama dengan melayari blog‐blog yang berunsurkan keagamaan seperti blog para ustaz, ustazah, naqib, naqibah. Di samping itu mereka juga boleh menyalurkan permasalahan‐permasalahn yg terbuku di sanubari dengan menulis permasalahan-permasalahan tersebut dalam ruangan komen. Namun diingatkan disini kepada para belia yang masih lagi dalam proses mencari dan memantapkan fahaman agama mereka ,mereka dinasihatkan supaya berhati‐hati dalam mencari ilmu agama menerusi blog. Ini kerana mereka dikhuatiri terpengaruh dengan pemahaman‐pemahaman sonsang tentang agama seperti Islam liberal dan freethinker.

Kepada golongan belia yang sudah mantap fikrah dan pemahamannya tentang agama ,mereka disarankan mempunyai blog sendiri dan menjadikannya sebagai medium baru dalam menggerakkan aktiviti‐aktiviti dakwah. Dalam erti kata lain jangan disempitkan aktiviti‐aktiviti dakwah hanya dengan program‐program tradisional seperti ceramah dan kuliah.
Dakwah cyber juga penting.Mereka perlulah menjadikan blog mereka tempat untuk bekongsi ilmu, berkongsi masalah dan menyelesaikan masalah. Di samping itu mereka juga disarankan
menubuhkan satu rangakain daie blogger yang bertujuan mengumpulkan para belia‐belia yang mantap dalam hal‐hal agama dengan tujuan untuk memberikan penjelasan yang bernas tentang perkara‐perkara karut dan menjawab tuduhan‐tuduhan palsu terhadap agama Islam yang ditimbulkan dalam blog‐blog para orienatalis,pejuang Islam liberal, feminis dan free thinker.

Para daie blogger ini juga disarankan untuk membuka satu ruang perdebatan ilmiah diantara
mereka dengan golongan‐golongan yang sonsang pemikran agama mereka seperti pejuang Islam liberal, dan freethinker. Seperti fiman Allah SWT dalam Al‐Quran:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan‐mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan‐Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang‐orang yang mendapat petunjuk”
surah An‐Nahl ayat 125.

Kepada para daie, mereka dinasihatkan supaya menjaga adab ‐adab dalam menulis.
Mereka perlulah hanya menulis perkara‐perkara yang sahih dan tepat sahaja dan mengelak dari
menulis sebarang isu yang dapat menimbulkan rasa konfius di kalangan para
pembaca,isu remeh temeh dan tidak sama sekali menulis tentang perkara‐perkara
yang berbau perkauman dan hasutan. Bahasa penulisan juga hendaklah sopan dan beradab kerana ianya akan mencerminkan peribadi dan tingkahlaku para daie bloggers.
Kesimpulanya, blog memainkan peranan penting dalam kehidupan para belia di zaman sekarang.Ianya dilihat dapat membantu memangkin proses pengislahan diri para belia
,memperluaskan gerak kerja dakwah serta membuka satu ruang perdebatan dan wacana ilmiah dikalangan para belia.

~kesimpulannya, mari kita gunakan segala kemahiran dan ilmu yang kita ada untuk menyebarkan agama Allah~

Selamat HAri RAYA Korban..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slm mutiara..
sgt stuju,kalau musuh berjaya dgn cara tu, kita kena counterback dakyah mrk dgn cara tu jg. tapi ummi nak pesan 2 perkara: 1.jgn dek terlalu sibuk dgn blog lupa dakwah fardhiah dgn org keliling yg bnr2 wujud dan perlukan sentuhan peribadi kita. 2.gaya penulisan juga kena hati2, apa yg lahir dari hati, insyaAllah smpi ke hati,hati yg tunduk tawadhuk tergambar dlm bahasa dan gaya yg kita guna, thus akn lbh berkesan mengetuk hati2 pembaca. Wallahu'alm.