Isnin, Disember 15, 2008

Catatan Pengalaman Ziarah Acheh.

Tepat jam 4.30petang, 9 Disember 2008 merupakan hari di mana flight kami dijadualkan untuk berlepas daripada Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang terus ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Banda Acheh. Berlima kami rombongan dari Pahang ~walaupun sorang je dari Pahang:) Buraidah, Ashraff, Lutfi, Barra’ dan saya berjanji untuk bertemu waktu solat zohor. Dengan semangat membara kami tanamkan niat di dalam hati untuk mencari tidak lain hanyalah redha Allah dengan amal kecil ini dan agar dapat belajar sedikit sebanyak perkara-perkara yang kelak dapat membantu melancarkan amal di tempat sendiri. Di LCCT kami bertemu dengan kumpulan dari tetamu ISMA dan pelajar-pelajar UM dan KUIS yang turut serta bersama ke bumi Acheh. Rombongan dari Pahang dan tetamu ISMA dijadualkan akan berada di sana lebih kurang 3hari, manakala pelajar-pelajar dari UM dan KUIS akan terus berada selama seminggu kerana mereka punyai program sendiri bersama anak yatim di sana.

AIR ASIA DAN KARENAHNYA..
Flight delay. Mungkin menjadi kebiasaan bagi yang selalu menaiki kapal terbang, tapi bagi kami yang jarang-jarang berpeluang, terasa ‘panas punggung’. Sempat juga salah sorang dari kami menyatakan kerisauan. Kerisauan apa ye? Flight tak ada? Bukan. Tapi risau melihat gelagat pramugari2 Air Asia yang berpakaian seolah-olah tiadanya malaikat yang mencatit amal untuk dinilai pada hari hisab. “Aku risau kut2 kita naik pesawat nanti macam2 jadi. Tu tengok stewardess tu pakai teruk betul! Buatnya terhempas dengan diorang skali macamana?” Huh mencabar iman betul. Saya diamkan saja sambil berdoa dijauhkan perkara-perkara buruk. Lebih kurang jam 6petang baru kami dibenarkan untuk menaiki pesawat, itupun terpaksa tunggu lagi dalam 20minit untuk pesawat isi minyak. Macam naik bas pulak rasanya. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah tak terasa langsung kerana asyiknya kami menikmati keindahan kuasa Tuhan ketika pesawat membelah awan di waktu matahari terbenam. Benarlah kata-kata untuk mengenal Tuhan janganlah kita melihat pada Zatnya tapi nikmati, hayati dan renungilah kejadian ciptaanNya. Subhanallah. Tumpuan kami sedikit terganggu dengan sesi ‘jualan langsung’ produk2 Air Asia dalam pesawat. Semua nak dijualnya, mahal pulak tu..


GUA MUSANG + CAMERON HIGHLAND
Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda kami disambut oleh Pak Hamdani, Pengerusi Pondok Yatim ar-Raudhah serta Saudara Fariq dan rakan-rakannnya yang menuntut di Universiti ar-Raniri (if I’m not mistaken) Banda Acheh. Kenalan lama sejak dari Darul Quran. Acheh dan Malaysia waktunya berbeza lebih kurang 1jam. Terus, kami menaiki bas-bas yang sedia ditempah. Destinasi yang dituju adalah Lhokseumawe, tempat letaknya Pondok ar-Raudhah. Mengapa tak dibuat di Banda Acheh pondoknya? Telahan saya mengira kerana di Banda Acheh berlaku ‘limpahan’ bantuan dari dunia seluruhnya berbanding di Lhoksumawe yang tidak kurang susahnya tapi sedikit sekali bantuan yang sampai . Perjalanan mengambil masa 6-7jam. Dengan jalan yang teruk sedikit dari jalan ‘gua musang’+ ‘Cameron highland’ (boleh bayang ke?) tak heran jika ada salah seorang pelajar perempuan termuntah di dalam bas dan saya? Tidur lebih baik rasanya.. Orang Acheh dalam aspek memandu rasanya tidak banyak beza dengan masyarakat arab. Pandu kenderaan dalam 10 saat mesti tekan hon paling sikit 2-3 kali. Bawak keta satu tangan pegang stering satu lagi pegang hon, Suka sangat hon sana sini. Mungkin kenderaan majoriti di jalanraya Acheh adalah motosikal jadi bila bawa bas terasa besar dari orang lain kenalah hon lebih sket…

PONDOK AR-RAUDHAH
Kami tiba kira-kira jam 3 pagi. Sian anak-anak yatim kat pondok yang tengah tidur. Muka sume mamai2 sambut kedatangan kami. Pondok ar-Raudhah menempatkan lebih kurang 50 anak yatim. Ada 3 blok bangunan yang sudah disiapkan, 1blok untuk anak pria, 1blok untuk anak perempuan dan satu blok rumah untuk pengurusan. Blok dewan dan surau sedang disiapkan...Terus pagi itu kami mengorbankan 4 ekor lembu. Letih tak hilang lagi, terus berqurban. Tak apalah. Kata nak membantu.. Orang-orang di sana memang dah biasa dengan lembu, sembelih,lapah dan semuanya siap dekat-dekat masuk waktu solat subuh. Hebat. Selesai solat subuh berjemaah kami bersarapan di kedai berdekatan. Pagi itu diteruskan dengan menyambung baki lembu-lembu yang hendak diqurbankan. 33 ekor semuanya. Rata-rata penerima daging qurban amat menghargai daging yang diterima. Disebabkan harga daging lembu yang terlalu mahal di sana, majoriti masyarakat di sana hanya menikmati daging ketika hari raya qurban saja. Saya, ashraff dan barra’ diminta untuk ke Nisam. Kira-kira 5km dari pondok. Dengan menaiki motosikal kami gagahkan diri untuk meredah kawasan kampung, sawah, bendang dsb untuk ke sana. Saya upload video taklimat ‘tok mudim’ pada ashraff. Nak tergelak ada. Bukan apa, video ni nak gambarkan keadaan sebahagian masyarakat kampung kat sana hatta kat sini pun. Berapa banyak perkara yang menjadi 'tambah-menambah' yang akhirnya menyulitkan ibadah itu sendiri. Contohnya tok mudim ni masa dia dah sembelih sket tengkuk lembu, dah kluar darah pun.. boleh dia berenti kejap nak amik kain tutup kepala. Adat kebiasaan yang dia lupa nak buat agaknya. Ya Allah sian lembu tu..

Letih la tulis. Waqfah sekejap. Macam waqfah nabi Ibrahim masa tengah bina kaabah. Berhenti tengok apa yang dah dibuat, perbetul yang mana terkurang terlebih -.- Sambung kemudian oleh orang laen:)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya faruuqi,
semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk beri yang terbaik pada yang setia membaca blog ni... biasalah letih tu, jihad org2 dulu lebih besar letihnya, moga dpt jadi motivasi diri... we believe in you!!

Tanpa Nama berkata...

mana lagi sambungan kisah di aceh ni...? everytime masuk sini hoping to get the news, selalu hampa..kalau alfaruuq cbuk,team lain mana? Kami yg tak gi (sbb x diajak... cuba ajak, ana nak gak gi, mom n dad sure hepi tgk anaknya nak berbakti) look forward nak dgr cite selanjutnya... org len, moh komen sesama... bg pressure sikit kat depa...wahahaha

Tanpa Nama berkata...

tercapai jugak hasrat al-faruuq last year nak buat korban kat rumah anak yatim. jauh ke tanah seberang pulak tu.tahniah al-faruuq.

P/S: virus2 ukhuwah tak habis bace pun lagi..

Tanpa Nama berkata...

sambunglah tulis. ramai yg menunggu rasanya..
ceritalah tentang si ramadhani pulak.. teringin nak tahu tentangnya..