Sabtu, Mac 28, 2009

10 ciri generasi yang mempunyai tuhan (ALLAH s.w.t); siri 1

Mempertimbangkan betapa bermanfaatnya artikel yang telah dipos sebelum ini dibawah tajuk ‘10 muwasofat’ (bersempena dengan bekalan untuk peserta XPERPP 09 yang lepas), admin blog telah mengambil keputusan untuk menebitkan semula artikel tersebut secara berperingkat, supaya para pelawat laman ini tertarik dan membaca apakah isi yang terkandung di dalamnya.

Ikutilah siri pertama ini; kupasan secara ringkas mengenai kepercayaan yang sejahtera dan ibadah yang betul.


Muqaddimah

Al-Qur'an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah Saw yang harus selalu dirujuk oleh setiap muslim dalam segala aspek kehidupan. Satu dari sekian aspek kehidupan yang amat penting adalah pembentukan dan pengembangan peribadi muslim.

Peribadi muslim yang dikehendaki oleh Al-Qur'an dan sunnah adalah peribadi yang soleh, peribadi yang sikap, ucapan dan tindakannya diwarnai dengan nilai-nilai yang datang dari Allah s.w.t. Persepsi masyarakat tentang peribadi muslim memang berbeza-beza, bahkan banyak yang pemahamannya sempit sehingga seolah-olah peribadi muslim itu tercermin pada orang yang hanya rajin mendirikan Islam dari aspek ‘ubudiyyah, padahal ia hanyalah salah satu dari aspek yang harus lekat pada peribadi seorang muslim.

Oleh kerana itu standard peribadi muslim yang berdasarkan Al-Qur'an dan sunnah merupakan sesuatu yang harus dirumuskan, sehingga menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim. Bila disederhanakan, sekurang-kurangnya ada sepuluh ciri khas yang harus ada pada peribadi muslim.


Salimul ‘Aqidah (‘Aqidah yang sejahtera)

Aqidah yang bersih (salimul aqidah) harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah s.w.t dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya.

Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang ertinya:


'Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam' (QS 6:162).

Kerana memiliki kesejahteraan aqidah itu penting, maka dalam da'wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah SAW mengutamakan pembinaan aqidah, iman dan tauhid.
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhah.


Shahihul Ibadah

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan:


'shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.'

Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap ‘ibadah, seorang muslim haruslah merujuk kepada sunnah Rasul SAW, bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya. Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram. Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).


Editor: Setakat itu dahulu huraian ringkas; mari kita cuba faham dan amal untuk keridhaan Allah.

Tiada ulasan: