Khamis, Mac 26, 2009

Semoga Allah membantu kita 3

Perjalanan untuk menjadi hamba Allah yang ikhlas bukanlah sesuatu semudah memetik jari. Ia perlukan semangat, keazaman, kehendak, ilmu dan pembuktian dari segi amalan..

Bagaimana mahu istiqamah dengan segala amalan baik yang pernah kita lakukan? Ana tiada petua hebat untuk dikongsi, cuma petua biasa yang mungkin dapat membantu kita supaya sama-sama menjadi orang yang ikhlas dan istiqamah:

  1. cuba memahami tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah
  2. Janganlah selalu melihat orang lain yang tidak layak menjadi contoh untuk kita. Lihatlah kepada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah
  3. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita sentiasa sedar dan ingat akan tugas dan tanggungjawab kita..
  4. Cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah yang ada, bukan melarikan diri dari masalah.
  5. Jadikanlah budaya berbincang sebagai budaya hidup kita.
  6. Sempurnakan tanggungjawab kerana kesedaran menyelesaikan tanggungjawab itu satu jalan mencapai keridhaan Allah. Bukan menyelesaikan tanggungjawab kerana mahu menjaga imej diri dan apa-apa kepentingan lain.
  7. Buatlah sesuatu pahala itu secara beramai-ramai, supaya sentiasa ada orang yang akan mengingatkan kita untuk melakukan amal solih. Contohnya solat berjamaah; ajaklah orang lain solat bersama kerana mungkin suatu hari kita pula ‘kemalasan’ dan orang lain pula ‘kerajinan’. Maka orang yang kerajinan itu boleh lah membantu menguatkan kita untuk solat berjamaah..
  8. Jangan mengasingkan diri dari kelompok rakan-rakan yang solih dan taat kepada Allah walaupun kita merasa jauh hati dan tidak rapat dengan mereka
  9. Apabila terasa penat dan letih, sebutlah
ﻻﺣﻮﻞ ﻭﻻﻗﻮﺓ ٳﻻ ﺑﺃﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻠﻰ ﺍﻟﻌﻈﻲﻢ

“Tiada kekuasaan dan kekuatan melainkan Allah yang Maha Tinggi dan Maha segala-galanya”

Ayuh kita capai keridhaan Allah.. Allah itu Maha Mengasihani.. Allah Maha Mengetahui..

Kita semua mendapat ujian yang berbeza, yang sama diantara kita adalah kita semua sememangnya diuji oleh Allah

Tiada ulasan: