Isnin, Mac 16, 2009

BOsan?

Pernahkah ikhwah akhawat melalui salah satu dari perasaan-perasaan dan pengalaman di bawah?

  1. malasnya nak ikut usrah, orang sibuklah..
  2. asyik-asyik qiam,
  3. asyik-asyik iftor
  4. mukhayam lagi? habis lah sengal badan aku nanti
  5. usrah lagi? kan baru buat minggu lepas?
  6. Buang masa saja, kalau pergi usrah tapi tiada pembentangan lansung (rasanya tidak bertambah ilmu walaupun setiap minggu menghadirkan diri)
  7. Aku tidak layak untuk memikul tanggungjawab ini, berat dan susah..
  8. Bebannya kena baca buku setiap minggu sebelum pergi usrah
  9. Amar ma’aruf nahi mungkar? isk-isk aku tidak mahu di kecam orang lain..


Jika pernah melalui pengalaman sebegini marilah kita mencuba beberapa penyelesaian di bawah:

  1. Ketahuilah hakikat berbuat baik itu penuh dengan cubaan.. dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk ‘membantu’ kita mereka cipta alasan supaya kita ‘berjaya’ meninggalkan pahala dan amal solih yang telah sekian lama kita buat.
  2. Jangan berhenti berdoa kepada Allah supaya diri kita sentiasa berada dalam keredaan Allah walau apa jua keadaan. Bahasa cakap nya “mintak dengan Allah supaya apa sahaja yang kita buat itu, samada secara kebetulan atau tidak, ia sentiasa selaras dengan kehendak Allah”..
  3. Lakukanlah segala tanggungjawab dengan penuh ridha dan kefahaman. Bukan mengikut orang lain. Mahu meniru perkara yang baik dari orang lain tidak salah, akan tetapi berusahalah memahami mengapa sesuatu tugas itu perlu kita lakukan..
  4. Sentiasa taruh dalam ingatan kita, ujian Allah sememangnya akan mengiringi orang-orang yang mengaku beriman.. seperti yang telah termaktub di dalam Al-Quran:

“Apakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?”

Surah Al-Ankabut: 2

Ayuh kita sama-sama perbaharui semangat, tambah ilmu dan kefahaman, iringkannya dengan amalan supaya pahala kita semua semakin bertambah kerana bertambahnya keredaan Allah kepada kita.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Biro Penerbitan PEMBINA Pahang berkata...

Maaf ye, komen diatas terpaksa di 'bersihkan'.

Jika ikhwah akhawat ada sebarang masalah, sila rujuk upline yang betul..

Sekian terima kasih..