Selasa, Mac 24, 2009

Semoga Allah membantu kita 1

Pernahkah ikhwah akhawat terasa malas dan letih sangat-sangat untuk menunaikan sesuatu tanggungjawab?


Ana kira orang yang benar-benar ikhlas sahaja tidak akan melalui pengalaman sebegini. Atau sekiranya dia merasakan begitu, dia tidak akan menghiraukannya kerana keridhaan Allah itu lebih manis dan menjana tenaga dan semangatnya.


Mengapakah kita diberi tanggungjawab? Dan lebih penting lagi, mengapa diri kita menerima tanggungjawab tersebut? Selain itu, masakan Allah akan membiarkan kita ‘keletihan’ dan ‘kemalasan’ dengan tanggungjawab yang kita pikul?


Marilah kita renung sejenak.. Kembalilah pada Allah. Perlu di ingatkan, keperluan kita kembali pada Allah bukan semata-mata di waktu kita susah.. Semasa kita senang juga, kita perlu kembali dan ingat kepada Allah.

Tiada ulasan: