Isnin, Mei 11, 2009

Langkah Menghasilkan suasana bahagia ..apabila sama-sama bekerja untuk kepentingan Islam..


Mendengar.


Ke mana sahaja kita berpergian, manusia sememangnya menggemari orang yang suka mendengar. Sabarlah mendengar segala keluhan dan luahan masalah ikhwah seperjuangan. Setiap halangan dan cabaran tentu punya penyelesaian dan jawapan.

Mari kita berusaha menjadi orang yang memahami keadaan orang lain tanpa mengabaikan suruhan dan larangan Allah. Jika ikhwah-akhawat mampu memahami ikhwah-akhawat lain tanpa dia berkata-kata, maka itu satu kelebihan buat antum.

Berdisiplin.

Sudah sentiasa disebut, dari dunia pembelajaran, hinggalah ke alam pekerjaan dan perkahwinan. Disiplin adalah sesuatu yang tidak dapat renggang dalam hidup kita, terutamanya umat Islam.

Penekanan disiplin dapat dilihat dengan jelas dalam pelaksanaan solat. Contohnya: Solat awal waktu sangat digalakkan. Solat akan batal jika wujud lebih tiga kali pergerakan dan banyak lagi. Berlatih berdisiplin dalam solat akan membantu kita berdisiplin dalam kehidupan (termasuklah dalam dakwah dan tarbiyyah). Jom kita cuba yang terbaik.

Pertimbangan teknikal.

Selain sumber manusia, sokongan teknikal juga perlu diberi perhatian. Jangan asyik dengan sumber manusia hingga terabai terus sudut teknikal. Berikan perhatian secukupnya. Untuk lebih memahami, kita andaikan seperti contoh di bawah:

Sekumpulan pelajar jurusan perniagaan dan pengurusan telah mendapat satu amanah dari pensyarah mereka untuk menyempurnakan projek membuat poster iklan. Dengan kualiti sumber manusia 5 bintang (kerana kumpulan tersebut adalah kumpulan terlatih dalam melaksanakan gerak kerja berkumpulan), mereka tetap memerlukan peralatan bantu dan perisian komputer yang sesuai untuk menghasilkan poster iklan terbaik. Sebagai contoh mesin pencetak, tanpanya mustahil idea poster iklan mereka dapat dijelmakan.

Dipetik dari pembentangan Dr.Badhrulhisyam beberapa bulan lepas dan sedikit sebanyak telah disunting oleh penulis. Semoga bermanfaat.

1 ulasan:

Alfaruuq berkata...

Mabruuk. Penulisan yg bagus skali!