Ahad, Mei 10, 2009

Langkah Menghasilkan suasana bahagia ..apabila sama-sama bekerja untuk kepentingan Islam..


Menjiwai dan merasai tanggungjawab yang ada.


Seluruh pekerja dan aktivis perlu merasai tanggungjawab dan bebanan yang tersedia. Bukan hanya dengan berkata “takpe, ketua aku kan ada. Biar dia yang fikir. Aku tunggu arahan dia” atau “Aku ini ketua, akulah mesti bertanggungjawab atas SEMUA kerja dan bebanan”.

Ketua adalah penyelaras segala operasi dan kerja, manakala yang lain menjadi kaki dan tangan ketua untuk melaksanakan tanggungjawab. Bukannya, ketua itulah yang menyelaras, ketua itulah yang melaksanakan segala-galanya.


Saling melengkapi.

Sudah sunah Allah, setiap manusia itu punya kelemahan dan kekurangan. Jadi bekerjalah mengikut kekuatan masing-masing. Mana-mana kelemahan itu sama-sama kita tampung dan perbaiki. Jangan pula kita menjadi penjatuh semangat dan ‘membesarkan’ kelemahan yang ada pada ikhwah seperjuangan.

“Dan bagi orang-orang yang menerima seruan tuhan dan melaksanakan solat sedang urusan mereka diputuskan dengan musyawarah diantara mereka dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan pada mereka”. Surah Asyura: 18

Contoh dalam sirah pun banyak. Jika tidak ingat, maka ‘ulangkaji’ adalah perkataan yang sesuai.

Jangan simpan sesuatu di dalam kepala kita sahaja. Mana tahu idea dan perbincangan kita boleh menjadi titik tolak suatu perubahan besar di dunia.

Mungkin perlukan siri lain lagi untuk betul-betul memahami konsep syura dalam Islam.

Adil, meletakkan sesuatu/orang di tempat yang betul.

Setiap orang punya kemahiran tersendiri, pastikan diri kita mengetahui apakah kemahiran yang boleh di maksimumkan penggunaannya untuk dakwah dan tarbiyyah. Jangan bazirkan ‘harta karun’ tersimpan dalam diri kita. Kenal pasti apakah kemahiran yang ada, asah setajam-tajamnya agar boleh digunakan.

Bukan sahaja orang mendapat manfaat, mungkin boleh menjadi asbab kepada kebahagian hidup diakhirat. Sukarela melakukan kerja lebih baik dari menunggu orang lain mengenal pasti kerja yang sesuai untuk kita, kerana kita lebih tahu apa yang kita mampu lakukan.

Bina hubungan.

Asasnya, mudah. Jika mahu bekerjasama, apatah lagi dalam gerak kerja menegakkan kebenaran, sudah tentu kita berurusan dengan manusia. Layanlah manusia selayaknya sebagai manusia. Elakkan bekerja seperti bekerja dengan mesin dan robot.

bersambung

Tiada ulasan: