Rabu, Ogos 12, 2009

Zubair bin Awwam

Ini adalah salah seorang sahabat Nabi s.a.w yang Islam ditangan Abu Bakr r.a. Beliau adalah anak saudara Khadijah binti Khuwailid. Ayah Zubair, Awwam adalah saudara kandung kepada Khadijah binti Khuawailid. Kesimpulannya, Zubair juga merupakan anak saudara Rasulullah s.a.w. Dan ibu kepada Zubair pula Shafiyyah binti Abdul Muthalib (Ibu saudara Nabi Muhammad s.a.w). Jadi jika sebelah Rasulullah, Zubair merupakan sepupu Nabi s.a.w. Pendek cerita, Zubair bin Awwam bukanlah calang-calang orang dan keturunan.

Zubair dikira termasuk orang yang awal menyatakan keislamannya. Dan apa yang menarik adalah, beliau tidak merahsiakan keislaman tersebut. Maka beliau pun tidak terkecuali dari terkena seksaan dari orang kafir Quraisy. Tetapi Zubair lansung tidak mengalah dengan seksaan yang dikenakan kepadanya.

Selain dari kemuliaan kerana tergolong dari kalangan yang awal menyatakan keislaman, Zubair juga termasuk dikalangan mereka yang berhijrah ke Habsyah dan Madinah serta merupakan ahli perang Badar. Buat pengetahuan i/akhawat, ahli perang Badar ini mempunyai satu keistimewaan yang tidak ada pada Umat Islam yang lain. Kelebihan itu boleh dirujuk dalam hadis Nabi. Penulis kurang ingat matannya. Yang diingati hanyalah isi hadis itu menyatakan, ahli perang Badar telah di maafkan segala kesalahan dan dosanya, sama ada sebelum atau selepas perang Badar. Jika ada yang telah menghafal hadis itu, mungkin boleh dikongsikan bersama.

Tiada ulasan: