Jumaat, Ogos 14, 2009

Zubair bin Awwam 2

Selain itu, Zubair sentiasa turut serta dalam kebanyakan peperangan, sama ada dizaman Rasulullah ataupun selepas kewafatan Baginda s.a.w. Zubair memang terkenal sebagai orang yang gagah perkasa dan pahlawan. Seperti juga sahabat Nabi s.a.w yang lain, Zubair dilatih dari kecil untuk menjadi pahlawan dan pemuda yang kuat dan berani untuk menghadapi musuh. Terbukti latihan dan asuhan ibu bapa penjaga mereka memang berbaloi. Sejarah telah menunjukkan dengan jelas, bahawasanya Islam dipertahankan oleh tokoh-tokoh seperti mereka. Kadang-kadang perlu juga kita duduk dan bertafakur sebentar. Adakah kita berusaha menjadi seperti mereka? Kemanakah kita salurkan keberanian dan kepahlawanan kita? atau Adakah kita punya keberanian mempertahankan agama Islam sebagaimana mereka??

Baiklah berbalik kepada cerita Zubair bin Awwam. Beliau sempat hidup dizaman yang penuh dengan fitnah ketika Ali diangkat menjadi Khalifah. Sehingga beliau terlibat dengan satu peperangan menentang Ali r.a. Demi mengelakkan peperangan di antara mereka, Ali bercakap dengan Zubair sehinggalah Ali berkata kepada Zubair:

Apakah engkau masih ingat ketika engkau berjalan dengan Rasulullah dan baginda bersandaran ditangan mu dan Rasulullah menyampaikan salam kepada saya dan selanjutnya menoleh kepada mu dan berkata; Wahai Zubair, sungguh engkau bakal menyerang Ali” Adakah engkau ingat?

Jawab Zubair: ya saya ingat

“Maka mengapa engkau menyerang aku?” kata Ali. “Saya lupa, demi Allah seandainya aku ingat, nescaya tidak saya keluar memerangi kamu” balas Zubair.

Akhirnya Zubair telah syahid dibunuh oleh seorang lelaki bernama Amru bin Jurmuz Attamimi. Ketika itu, Zubair berusia 64 tahun. Apabila pedangnya dibawa kepada Ali r.a, Ali berkata:

“Inilah pedang yang telah lama mengembirakan kesusahan Rasulullah”..

Alangkah indahnya kematian yang diredhai dan penuh dengan iringan rahmat Allah..

Tiada ulasan: