Sabtu, Januari 09, 2010

Manhajul Hayyah 2

Sekadar menyebut bererti tiada perbezaan antara kafir dan muslim. Ekoran itu, penting untuk memahami, menghayati dan menghadam kalimah manhajul Hayyah ini.

Oleh itu, kita perlu:
-merasai pengertian
-tahu dan faham apa yang kita ikrarkan
-yakin seperti yakinnya kita pada sifat membakar api (ertinya kita kita tidak akan meletakkan jari kita pada api kerana tahu akibatnya adalah melecur)
-Sedar akan tanggungjawab yang dipikul daripada pengakuan kita 'LA ilah illa Allah"

Adilkah kita jika Allah berikan kita segalanya, tetapi kita membuang Allah?

Wahab bin Munabih pernah ditanya:
Bukankah "LA ilah illa Allah" itu pintu syurga?
Jawabnya:
Tiada kunci tidak bergigi. Datanglah dengan kunci yang bergigi barulah pintu boleh dibuka.

Maksudnya, untuk kalimah "La ilah illa Allah" menjadi pintu syurga, kita perlukan kunci yang bergigi. Setelah ada ucapan.. kita perlukan perbuatan dan penghayatan selaku kunci yang bergigi supaya kita layak membuka pintu tersebut.

Apakah antara kunci bergigi tersebut?
-tidak mudah tunduk pada orang lain, merasa 'izzah dan mulia dengan Islam
-berfikiran waras
-Berani
-Qanaah(rasa cukup dengan apa yang ada) dan berjiwa murni
-keyakinan pada Allah dan tidak kenal erti putus asa
-maju dan bertawakkal
-tekad, sabar, teguh dan tahu bahwasanya Allah sentiasa mendengar dan tidak tidur
-tunduk pada syariat dan menjaganya
-membersih jiwa dan beramal soleh kerana kita memerlukan Allah
-beriman dengan jalan kesejahteraan
-tawadhu' dan tidak tertipu dengan apa yang ada pada diri sendiri, segala yang ada pada kita adalah HAK milik Allah.

Tiada ulasan: