Bismillaahirrahmanirrahim.
Sepintas lalu isi kuliah subuh yang disampaikan oleh ustaz Mohd Ali Abdullah sempena program Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT):
1. Bersemangat dan bersungguh-sungguh menghadapi kehidupan.
- Kita akan sentiasa diuji dengan sakit, kematian ahli keluarga, kegagalan, dan sebagainya.
- Ujian hidup adalah perkara biasa kerana kehidupan dunia sememangnya penuh dengan kesulitan dan kesakitan.
- Tetapi jangan terbawa-bawa dengan kesedihan yang dihadapi, tinggalkan kesakitan yang dirasai, berusaha dan bergerak ke depan untuk mendapat kejayaan.
- Syaitan memang suka manusia berada dalam kesedihan yang berpanjangan, supaya manusia tidak akan maju ke depan.
- Pandang dunia ini secara keseluruhan, i.e. ada kegembiraan, nikmat, kesedihan dan ujian, bukan hanya pandang perkara yang menyedihkan semata-mata.
2.
“…Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.”
(al-Ahzab: 38)
- Melangkah ke tahun baru dengan berpegang kepada prinsip yang terkandung dalam ayat al-Quran di atas supaya kita sentiasa menerima dengan redha segala peristiwa dan kejadian yang berlaku.
3. Ambil pengajaran daripada peristiwa lepas daripada kehidupan sendiri, dan lebih-lebih lagi daripada sirah para Nabi dan Rasul.
- Contoh:
dakwah Nabi Nuh selama 950 tahun tetapi hanya sedikit daripada kaumnya yang beriman.
Peristiwa hijrah dan dakwah sebelum hijrah Rasulullah SAW.
Peristiwa Nabi Ismail ditinggalkan bersama Hajar oleh Nabi Ibrahim di Makkah.
4. Kedatangan tahun baru bererti kita semakin mendekati Akhirat.
- Orang yang beriman dan yakin dengan Hari Akhirat adalah mereka yang sentiasa berpandangan jauh (melihat akhirat, bukan dunia) dan akan sentiasa tenang dan bersedia menghadapinya.
“Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali.””
(al-Baqarah: 156)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan