Khamis, Januari 14, 2010

Syahadah Al-Haq

Syahadah Al-Haq -Ashhadu alla ilah illa Allah, wa ashhadu anna Muhammad rasulullah

Syahdah Al-Haq adalah pengakuan seorang Muslim dan ia datang bersama-sama dengan tanggungjawab berat.

Tanggungjawab tersebut: Melaksanakan dan menyampaikan hak syahadah dihadapan seluruh alam.

Tanggungjawab ini tidak akan hilang sehingga:
Manusia tunduk di bawah hujah Allah dan tidak dapat lagi menafikan bahawa seruan para Nabi dan kalimah ini sudah sampai ke gegendang telinga mereka.

Perenggan diatas membawa maksud; Islam sudah sampai pada setiap manusia sehingga mereka layak dihukum jika ingkar kepada Allah.

Apakah syahadah Al-Haq itu?
Ia dapat dijelmakan dalam dua bentuk perkataan dan perbuatan.

Perkataan
-lisan dan pena
-apa-apa media cetak dan elektronik
-memperkenalkan Islam is the way of life

Perbuatan
-berakhlaq dengan akhlaq mahmudah
-manusia dapat merasakan apa itu Islam melalui pergaulan mereka dengan kita
-menjadikan kehidupan sebagai cermin yang membiaskan dasar dan prinsip Islam

Pelaksanaan syahdah Al-Haq VS Realiti Ummah. Ummah sekarang:
-Lebih cenderung pada kehidupan jahiliyyah dari pembaharuan (kepada Islam). Misalnya: Lebih suka berfoya-foya dan menurut arus budaya hedonisma dari menginjak kaki ke masjid dan terlibat dengan gerakan dakwah.
-Cara hidup ummat yang bercanggah dengan kehidupan Islam
-tidak berusaha menegakkan Islam serta tidak bersungguh-sungguh, contohnya; hanya melakukan apabila disuruh.

Penyelesaiannya:
-melangkah dan bersungguh-sungguh untuk melakukan seruan/dakwah
-berpegang teguh dengan hidayah Allah
-Merealisasikan syahdah Al-Haq dalam setiap sudut kehidupan.

Semoga kita tidak hanya menjadi manusia yang hebat bercakap tetapi kosong perbuatan! HAnya dengan pertolongan Allah yang menjadikan kita kuat dan bertahan dijalan-Nya.

Akhir kata, MAMPUKAH TANGGUNGJAWAB INI DIPIKUL ORANG PERSEORANGAN?

oleh: Abul A'la Al-Maududi


Tiada ulasan: