Pada hujung minggu yang lalu, tanggal Februari 20 dan 21, ISMA dengan kerjasama PEMBINA telah menganjurkan satu Perkhemahan Wanita Islam bertempat di Seaview Balok Resort. Dengan bertemakan "Ukhuwah dan Prioritasi, Menjana Kemenangan Islam", seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada makcik-makcik, pelajar-pelajar UIA, KIPSAS, dan adik-adik dari SEK MEN AGAMA AL-IHSAN berjihad meluangkan masa untuk mengikuti perkhemahan ini. Berpaksikan niat kerana ALLAH, hati-hati ini dipertemukan, membina untaian kasih, menyemarakkan ikatan yang terjalin dan seterusnya belajar serta mendalami pelbagai ilmu baru duniawi dan ukhrawi.
Dikendalikan oleh seorang consultant yang tak asing lagi, POK NIK dari "Camp D Perkasa", bersama anak buah beliau yang begitu berdedikasi, membuatkan semua peserta bersemangat dalam mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan. Walaupun diuji dan diasak dengan pelbagai dugaan dan cabaran, peserta tidak mengenal erti putus asa, malah, mereka amat fokus, berlapang dada, dan berfikiran terbuka dengan setiap halangan yang terpaksa ditempuhi.
~POK NIK memegang oppa sbg model "tugas"~
Prinsip-prinsip seperti kepercayaan, amal, ukhuwah, syura, dan tabah dikaji dan diperluaskan dalam skop kehidupan seharian seterusnya diaplikasikan dalam konsep dakwah. Prinsip utama yang ditekankan ialah "AMBIL KISAH". Setiap orang perlu ambil kisah atau prihatin terhadap diri sendiri, ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, penduduk setempat, dan sesiapa sahaja, supaya dakwah dapat dikembangkan dengan lebih berkesan.
Selain itu, perbezaan antara tugas dan tanggungjawab seorang da'i turut dikupas. Tugas adalah sesuatu atau beban yang dipikul dan diamanahkan. Manakala, tanggungjawab adalah satu wadah, jalan atau langkah yang perlu dilaksanakan oleh pemegang tugas, untuk memastikan tugas yang diamanahkan berada pada tempatnya. Yang paling penting "matlamat tidak menghalalkan cara".
2 ulasan:
Alhamdulillah..mukhayyam yg sgt memberi kesan.semoga setiap peserta mengambil manfaat.nak kongsi antara kata2 hikmah dari ustazah;
'dunia ini bukanlah tempat berehat kerana tempat berehat yg abadi adalah akhirat'
Intipati yang paling ana ingat:
Perkara yang paling saya ingin tekankan dalam mukhayyam kali ini adalah 2 perkara dari senarai prasyarat yang di tulis(kata pok nik):
1-berfikiran terbuka
2-berlapang dada
Selain diatas; pengajaran lain yang ana dapat:
Walau apapun aktiviti yang disediakan, yang penting adalah pengajaran yang kita peroleh.
Kita jarang merenung hikmah kejadian sesuatu yang berlaku dalam hidup..
Catat Ulasan