Khamis, Mac 10, 2011

Perkhemahan Beliawanis Bersama ISMA Pahang



PANTAI SEPAT, 26-27 Februari- Biro HRD ISMA telah menganjurkan sebuah perkhemahan. Program yang bertemakan "organisasi mantap, dakwah hebat" ini telah dihadiri oleh 47 orang peserta yang terdiri daripada wanita ISMA Kuantan, Muazzam dan Jerantut, beliawanis PEMBINA dan tidak ketinggalan juga wanita ISMA Mesir. Program yang berlangsung selama 2 hari ini bertujuan untuk memberi penghayatan dan mengaplikasikan konsep pengorbanan dan kesatuan dalam organisasi. Di samping menghidupkan suasana tarbawi dalam realiti kehidupan, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta dalam menjiwai tuntutan berdakwah secara kolektif. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh seorang fasilitator yang amat berbakat iaitu Saudara Nik Azam bin Nik Wajiz atau lebih dikenali sebagai Poknik. Sepanjang kelangsungan program, pelbagai aktiviti lasak telah dijalankan seperti menyusuri kawasan hutan ditengah malam bertemankan cahaya bulan, berkayak, meniti sungai dengan tali dan banyak lagi sebagai modul dalam program ini. Program dapat dijalankan dengan jayanya. Secara keseluruhannya, objektif program yang digariskan telah tercapai. Justeru itu, pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang sudi menjayakan perkhemahan kali ini. Diharap segala input yang diperolehi dapat dipraktiskan dalam kehidupan seharian disamping mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Tiada ulasan: