Rabu, Mac 16, 2011

Seminar Lepasan SPM “Campus Life, Are You Ready?”





6 Mac 2011, UIAM Kampus Kuantan. Alhamdulillah seminar lepasan SPM selesai dianjurkan. Bertempat di Kuliah Perubatan, UIAM Kampus Kuantan selama dua hari (5 dan 6 Mac). Kedatangan peserta seramai 44 orang daripada seluruh negeri Pahang amat dialu-alukan.

Acara dimulakan dengan slot yang pertama "What's next?" dan telah disampaikan oleh Akh Azmeer. Pilihan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai institusi pengajian berdasarkan matlamat dan potensi diri telah didedahkan.

Acara diteruskan dengan Slot Biasiswa & Pinjaman. Slot ini menekankan aspek kewangan bagi melanjutkan pelajaran samada di dalam atau di luar negara. Merangkumi biasiswa JPA, PETRONAS, & YAYASAN PAHANG serta pinjaman PTPTN sebagai pilihan terakhir untuk mendapatkan bantuan kewangan.

Slot bersama fasilitator atau LDK menyusul dengan peseta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa – mahasiswi PEMBINA Pahang telah berkongsi dengan para peserta kehidupan di alam kampus disamping menyelami halatuju dan kebolehan para peserta melalui modul yang disediakan.

Disebelah petang, acara disambung dengan Slot Kemahiran Temuduga oleh Prof. Badrulhisham Abdul Aziz (Naib Canselor UMP). Slot ini menceritakan aspek-aspek yang perlu dititik beratkan apabila ditemuduga.

Para peserta didedahkan dengan situasi sebenar apabila Mock Interview dijalankan bersama dengan bantuan fasilitator sejurus selepas slot kemahiran temuduga. Setiap aspek yang dipelajari ketika slot sebelumnya diguna pakai. Fasilitator akan bertindak sebagai pemerhati dan akan memberi komen membina kepada peserta di akhir LDk.

Pada hari kedua, seminar disambung dengan sedikit perubahan transisi apabila para pelajar diketengahkan dengan keperluan menyeimbangi kehidupan pelajar daripada aspek akademik dan pentarbiahan diri.

Kepentingan menyeimbangi kedua-duanya telah diceritakan dengan baik dalam Forum: Antara Ijazah & Risalah. Ahli panel yang terdiri daripada Graduan Mesir, New Zealand serta mahasiswa PEMBINA sendiri telah berkongsi kehidupan mereka ketika bergelar mahasiswa dan mahasiswi yang memegang amanah untuk akhirnya kembali berbakti kepada ummah.

Seterusnya slot Pengenalan PEMBINA telah disampaikan oleh Pengerusi PEMBINA Pahang, Saudara Mohd Afiq Mohd Yusoff sebelum tirai program dilabuhkan dengan Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Ali wakil penasihat PEMBINA Pahang.

Alhamdulillah program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menceritakan realiti sebenar alam kampus disamping keseimbangan akademik dan tarbiah sebagai persiapan berhadapan dengan cabaran globalisasi.

Tiada ulasan: