Ahad, Julai 06, 2008

Amanah kita...

Pengalaman yang kulalui selama 12 hari ini amat bermakna untuk diriku buat bekalan tarbiyyah imaniyyah. Baru kusedari, sepanjang pengajianku di menara gading,setelah lima tahun berlalu, inilah peluang yang agak lama untuk aku bersama keluargaku. Sungguh, inilah cuti semesterku yang most of the time aku bersama keluargaku, berbakti kepada atuk dan nenek serta memenangi hati ibu dan ayahku dan bermesra dengan sanak saudara yang lain.
Coretanku ini adalah perkongsian yang padaku amat bermakna dan moga-moga semuanya dapat dijadikan teladan dan sempadan tentang apa yang akan kunukilkan ini.
Kisahnya bermula apabila atukku tetiba diserang angin ahmar atau stroke. Semua tangan dan kakinya tak mampu untuk digerakkan apatah lagi untuk duduk atau berjalan. Atuk hanya mampu terlantar di atas pembaringan dengan makan dan minum disuapkan dan perkumuhan semuanya atas bantuan anak-anak yang lain. Ketika atuk diserang stroke, ketika itu jugalah aku sedang berperang dengan peperiksaan akhir tahun tiga. Antara debaran final exam, aku gagahkan kakiku untuk balik kampung menziarahi atuk. Aku pulang ke kampung selama 2 hari, nothing difference yang dapat aku perhatikan dan aku bantu. Hanya doa pada Rabbul Izzati yang aku selitkan dalam setiap solatku dan juga tahajjudku. Moga2 dengan ujian ini, atuk menjadi lebih tabah dan diampunkan dosa2 yang lalu.
Setelah 2 hari menempuh peperiksaan akhir tahun tiga, aku bergegas pulang ke kampung halamanku. Ya, jika dibandingkan aku dan sepupu2ku yang lain, akulah cucu atuk yang paling manja dan paling rapat dengan atuk. Perjalananku yang mengambil masa selama 7 jam tak mampu untuk aku lelapkan mata even seminit dua. Dalam benak cerebrumku, asyik terfikir tentang keadaan atuk dan kemampuanku untuk meringankan beban kesakitan atuk. Dalam masa yang sama, mudah benar air mata ini mengalir mengenangkan pengorbanan dan jasa atuk padaku dan pada keluargaku yang lain.
Hari pertama di kampung, aku lebih suka menjadi pemerhati keadaan dan suasana yang berlaku. Aku sebak melihat keadaan atuk dan derita kesakitan yang atuk lalui. Ya, atuk makin kurus dan nampak pucat di wajahnya. Barangkali, atuk kurang selera makan. Lebih merumitkan lagi, atuk dah ada bedsores di buttock! Setiap 6 jam perlu diubah kedudukan atuk. Walaupun atuk dalam kesakitan sehingga mengalirkan air mata, tapi, kedudukan atuk perlu diubah dan ubat perlu disapu pd luka yang ada. Since aku from medical field, kali ini aku ditugaskan untuk membuat dressing pada bedsores atuk. Satu perkara yang aku termenung sejenak. Tak sanggup rasanya aku mencuci lukanya sedangkan atuk menjerit kesakitan. Tapi, untuk kebaikan atuk, aku memberanikan diriku untuk melakukannya. Aku dressing dengan penuh berhati-hati takut atuk makin sakit.
Bila semuanya selesai, aku terfikir kembali. Kenapa ya seolah-olah aku sendiri merasai kesakitan yang atuk alami. Aku bagaikan dapat merasai kepedihan atuk semasa aku mencuci lukanya. Tangisan kesakitan atuk masih terngiang-ngiang menghentam eardrumku. Yang peliknya, bukanlah kali pertama aku melihat orang sakit seperti atuk. Malahan, dah setahun lebih aku bergelumang dengan pelbagai jenis penyakit dan pelbagai kerenah pesakit di hospital. Ada yang lebih teruk dari atuk pernah aku saksikan. Tapi, kes atuk menyebabkan aku lebih berempati padanya.
Teringat aku pada pesanan dan nasihat seorang pakar kanak-kanak, Profesor Abdul Wahab, yang sering menasihati kami, ‘Be gentle to your patients. If you want your relative to be treated gently, you be gentle first’. Aku masih keliru. Bilamana berada dalam situasi berhadapan dengan patient, dalam keadaan yang agak stressful terutama ketika clinical exam, kekadang akan menyebabkan hilang perasaan empati apatah lagi untuk berlaku sopan pada pesakit. Minta izin dari pesakit hanya bila perlu sahaja.
Sahabatku, mahal sangat ke harga sebaris ayat untuk minta keizinan dari pesakit untuk diperiksa? Berapa harga yang perlu dibayar atas senyuman manis yang disedekahkan pada pesakit dan ahli keluarganya? Di mana adab dan ketatasusilaan kita sebagai orang Timur? Ingatlah, kita memang belajar dari pesakit, ‘our patient are our textbook’, tetapi, kita lupa. Kita lupa yang pesakit kita punya perasaan, punya maruah dan punya harga diri. Bukan sewenang-wenangnya untuk kita menceroboh privacy pesakit kita.
Kini, aku sedar, pesakit kita adalah amanah kita. Mengikut ‘Abdul Rahman Hanbakah alMaidani dalam karangannya Al Akhlaq al Islamiyyah wa Ususuha, ‘berbekalkan amanah, manusia menjaga kesucian diri daripada mengambil sesuatu yang dia tidak berhak, sekalipun situasi tersedia untuk dia melakukannya tanpa terdedah kepada kecaman orang. Berbekalkan amanah juga, dia menunaikan kewajipan diri atau hak orang lain yang ada padanya, sekalipun dia boleh mengurangkan kewajipan atau hak tersebut tanpa terdedah kepada kecaman orang’.
Renung-renungkanlah.

3 ulasan:

Ummu Ainul berkata...

Assalamualaykum wbt adik-adik PEMBINA,

Maaf, agak jarang berkunjung ke laman blog, there are simply too many blogs nowadays.

Anyway, K Hanim impressed with the amount of work you've all been doing. Insya Allah , semoga usaha adik2 semua menjadi penyambung da'wah bagi akak2/abang2 yang sudah mula dihantui oleh simptom2 SOB,joint pain etc...namun semangat masih tetap membara.

P/S Cadangan: kenapa tak senaraikan aktiviti PEMBINA dan masukkan laporan aktiviti di sini?

P/S2 : K Hanim terharu gambar rumah k hanim dan anak2 jadi tema...nasib baik gambar warna "retro", so taklah nampak "sepah2" rumah tu...

meencuba berkata...

Assalamualaikum izza,
syabas.
kak min harap ramai lagi adik-adik pembina yang sanggup menulis macam izza.Byk yg boleh kita ajar dan belajar dari menulis sebenarnya.semoga atuk terus tabah dan segalanya dipermudahkan oleh Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
saya pun setuju ngan cadangan kak Hanim supaya kita dapat post aktiviti n program yang telah, sedang dan akan berlangsung supaya blog lebih hidup n menjadi salah satu sumber informasi ikhwah n akhawat lain.bukan 2 ke main agenda kewujudan blog ni?lebih2 lagi dgn bertambahnya adik2 baru dalam pembina sama ada dr uia, ump, kkm dll..jadi bolehlah promote lebih lagi blog ni n PEMBINA sendiri..saya juga nak cdgkan supaya ada wakil ikhwah or akhwat dari setiap pusat pengajian untuk menyumbang kpd blog ni tuk cerita pasal dakwah n tarbiah d tempat mereka ke. so, rmai bleh respon n bagi cadangan. satu lagi, bleh jadikan blog tempat tuk suarakan cadangan, komen dll tuk kesuksesan pembina. tp 'supervisor' blog rajin2lah respon..

BERSAMA KITA VARIASIKAN WASILAH DAKWAH

biro multimedia n penerbitan bleh respon?