Rabu, Mac 25, 2009

Semoga Allah membantu kita 2

Kadang-kadang:

  1. kita ajak orang, salah teknik, kena hentam, kita pun jadi pening dan tergamam..
  2. kita seru orang, orang buat pekak, kita letih dan bengang
  3. maksiat berlaku, kejahilan berleluasa, kesukaran untuk menghadapi memnyebabkan kita memilih untuk diam dan memerhati..tapi sampai bila?
  4. kita sedar sesuatu perlu dilakukan, akan tetapi tidak tahu bagaimana ia perlu dilaksanakan
  5. kita ajak orang, orang ikut, kita gembira, lagi semangat untuk meneruskan perjuangan
  6. kita pandu masyarakat, pengorbanan kita dihargai, kita jadi perasan
  7. kita bantu masyarakat, tiada pulangan keduniaan, kita jadi bosan
  8. kita sentiasa beri komitmen, tetapi lansung tidak dipandang, kita jadi lemah semangat, hilang keyakinan
  9. kita berkorban, tapi nasib sentiasa tidak menyebelahi kita, kita jadi lembik tidak berdaya
  10. kita nampak orang bekerja dan berkorban, kita jadi semangat dan berkeyakinan
  11. kita terlihat keletihan dan kelesuan orang, kita pun jadi letih, lemah dan hilang perasaan
  12. kita sibuk dan tidak cukup kaki tangan bekerja, orang lain hidup tenang sambil goyang-goyang


Ini semua keadaan-keadaan dan realiti yang berlaku pada orang yang sentiasa berusaha untuk membawa Islam sepanjang perjalanan hidupnya, semasa dia berusaha untuk menjadi orang yang ikhlas kerana Allah..

HAKIKATNYA MENJADI IKHLAS ITU BUKAN MUDAH, TETAPI TIDAK MUSTAHIL..

Redha Allah matlamat kita..

Tiada ulasan: