Sabtu, Mei 09, 2009

Asas Halal dan Haram dalam Islam

Oleh: Ust Rushdan

(Telah diedit)

Halal dan Haram adalah suatu undang-undang yang ditetapkan Allah untuk hamba-Nya. Untuk menjelaskan konsep/undang-undang ini bolehlah ia di umpamakan seperti:

Seorang raja yang mempunyai kawasan larangan. Di mana kawasan larangan tersebut, tiada sesiapa di benarkan masuk ke dalamnya. Hanya Si raja sahaja yang mengetahui keadaan tempat itu dan sesiapa yang cuba melanggarnya akan dikenakan hukuman yang sewajarnya.

Undang-undang halal dan haram ini berasaskan kepada 3 perkara:

  1. Penghambaan diri kepada Allah
  2. Kefahaman mengenai ajaran Islam (sudah semestinya termasuk halal dan haram)
  3. Amalan dan kepatuhan umat islam terhadap konsep halal dan haram

Konteks halal dan haram pula meliputi:

  • Makanan dan minuman,
  • Pakaian,
  • Munakahat,
  • Pencarian harta dan perbelanjaan

Selain asas dan cakupan, sudah tentu halal dan haram ini mempunyai hikmah dan tujuan di syariatkan. Ia adalah salah satu dari alat penting dalam kita menjaga kelima-lima komponen manusia:

  • Jasad,
  • roh,
  • aqal,
  • hati dan
  • nafsu.

Tidak dinafikan banyak sekali kajian dilakukan mengenai hikmah halal dan haram, terutamanya dalam konteks makanan dan minuman. Walau bagaimanapun perlu kita fahami, hikmah dan hakikatnya hanyalah diketahui oleh Allah. Kita hanya berusaha mencari sebab dan kebaikan di sebalik suruhan dan larangan tersebut.

Kadang-kadang ada manusia mempersoal, “ini tak boleh, tu tak boleh, semua nya tak boleh”. Sedarlah, masih banyak perkara ‘boleh’ tetapi tidak dipandang. Sebagai contoh, yang diharamkan itu cumalah arak, masih banyak lagi jus dan air lazat yang boleh diminum. Kenapa mesti cari arak juga (untuk buat kek misalnya)?. ‘orang kata buat kek tak letak arak tak sedap’.. Sampai bila mahu menurut kata orang?

Dalam soal halal haram ini juga terselit perkara yang syubhat. Iaitu perkara yang ‘kelabu’ berada di antara halal dan haram. Bolehlah diumpamakan sebagai:

Sekitar kawasan larangan Si raja tadi. Kawasan yang larangan sudah tentu dipagar. Dan berlegar-legar di sekeliling pagar itu sudah tentu sesuatu yang agak mencurigakan walaupun masih tidak menembusi kawasan larangan.

Jika diamati, terdapat 2 jenis perkara ‘kelabu’:

  1. Perkara syubhat yang hampir-hampir jatuh kepada haram atau
  2. Perkara syubhat yang hampir-hampir jatuh kepada halal.

Dalam keadaan inilah kita perlu kepada ulama atau bahasa Malaysianya, orang-orang yang berilmu. Ulamalah yang akan membantu kita menjelaskan kedudukan perkara kelabu itu mengikut ilmunya. Maka kita sebagai orang biasa yang kekurangan ilmu (terutamanya ilmu agama), janganlah memperlekehkan pandangan dan fatwa yang di keluarkan oleh mereka. Tidak kiralah siapa kita (sama ada pelajar atau orang terhormat dan berpangkat di sesuatu tempat).

Yang memilih adalah HATI dan yang mengawalnya adalah TAQWA

Tiada ulasan: