Selasa, Oktober 28, 2008

Sumbangan untuk Acheh

Assalamualaikum wbt.
Program Sumbangan Eid Adha ISMA kembali lagi. Istimewanya kali ini insyaAllah PEMBINA Kuantan akan menghantar beberapa orang ikhwah, bertujuan untuk menyampaikan sumbangan dan bersama-sama menjalani ibadah qurban bersama masyarakat Acheh.
Dengan itu kami dengan rendah hati ingin mengajak ikhwah akhawat sama2 menderma untuk anak-anak yatim Acheh. Sumbangan sebaiknya dapat dibuat dalam bentuk kewangan. Kami bercadang untuk membeli beg sekolah+alat tulis+buku2+kamus yang baru untuk anak-anak yatim disana. Tetapi jika ada buku2 atau peralatan sekolah terpakai yang ingin didermakan kami sangat2 mengalu-alukan.
Sila kumpulkan sumbangan anda kepada Bendahari PEMBINA Kuantan, Saudara Nizam Md Saad 0139682218. Selewat-lewatnya sebelum 1hb Disember 2008

Sabtu, Oktober 25, 2008

Ruhaniyyah Seorang Pendakwah

Ruhaniyyah Seorang Pendakwah
Dikirim pada Oktober 23, 2008 oleh Abdullah Zaik


Ruh adalah rahsia tuhan pada diri seorang insan. Ia seolah-olah software yang dipasang supaya manusia boleh bertindak balas dengan ayat-ayat Allah, dalil-dalil al kaun/tajlliyat rabbani yang akan menghubungkan manusia dengan tuhannya.

Di hari manusia menyedari dan menggunakan fungsi ruh- yang ditempatkan didalam hatinya- diwaktu itu bermula perjalanannya menuju tuhannya. Bertolak dari keyakinan dan tuhid yang tulus sehingga ke landasan makrifah, takwa, tawakal dan kepergantungan hati sepenuh kepada Allah s.w.t.
Melaluli mata hati (kepekaan ruh) menusia boleh menikmati kelazatan jaulah fi alam malakut (musafir di alam malakut) yang mengatasi segala kelazatan nafsani.
Bahkan ia merupakan kelahiran baru bagi sesaorang insan apabila fayadhan (limpahan) yakin ruhi menguasai setiap tindak tanduknya. Ibadatnya, solatnya, zikirnya, amar makruf nahi mungkar, berdakwah, berjihad, melakukan seluruh tindak tanduk kehidupan semuanya dijadikan kenderaan yang digunakan dalam musafirnya menuju Allah.

Sebab itu da’i harus memberi masa yang cukup untuk ia menjaga hati dan membangunkan ruh. Marilah kita berdoa agar Allah membimbing kita kepada jalannya. kalau mata kasar kita berhajat kepada cahaya untuk melihat, maka begitulah mata hati perlukan cahaya petunjuk dari tuhan untuk kita mengenalinya.

Ya ikhwah ! selamatkan diri dari kongkongan hidup nafsani yang akhirnya akan membawa kita kepada kekesalan, kesedihan dan gundah gulana. Pandulah ransangan nafsani dengan pandangan ruhi, waktu itu kita akan menikmati kebahagian yang ketengan hidup yang sebenarnya, insya Allah.

Rabu, Oktober 22, 2008

Peperangan Hidup..

Hidup ini merupakan peperangan menentang hawa nafsu.

1. Untuk berjaya kita perlu melawan hawa nafsu
2. Untuk solat kita perlu melawan hawa nafsu
3. Untuk lulus exam kita perlu melawan hawa nafsu
4. Untuk makan kita perlu melawan hawa nafsu
5. Untuk pegi shopping pun kita perlu melawan hawa nafsu
6. Untuk bersukan pun kita perlu melawan hawa nafsu
7. Untuk bersabar dengan apa yang tak mampu untuk kita perolehi turut menuntut kita melawan hawa nafsu...

Maka tajamkan senjatamu, kukuhkan perisai mu kerana peperangan ini natijahnya adalah syurga. Usah tewas. Neraka itu tak tertanggung oleh insan lemah seperti kita!!
Istiqamah dan Mujahadahlah...

Isnin, Oktober 20, 2008

Blog masih dibaiki

Setelah lama blog rasmi PEMBINA Pahang ini tergendala dan seolah-olah "mati", Alhamdulillah setelah beberapa langkah diambil, kini ia kembali di "hidupkan". Semoga ikhwah dan akhawat sama-sama dapat memaksimumkan kemudahan internet yang ada sebagai alat untuk menyebarkan Nur Islam kepada masyarakat.

Ahad, Oktober 19, 2008

Melayari internet dengan kebersamaan Allah taala

Memandangkan kemudah internet semakin meluas di bumi Kuantan ini, usah kita lupa disana ada yang Maha Melihat lagi Maha Teliti dalam menilai setiap perbuatan. Baik yang jelas di mahupun yang cuba disembunyikan...

Saya titipkan artikel ustaz Fathi Yakan tentang hal ini:
Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

'Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.


Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematiannya dalam keadaan ia tidak menyedarinya. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Inilah kerugian yang nyata.Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.Amin ya rabba al alamin.

Rabu, Oktober 08, 2008

Coretan buat ikhwah akhawat

Bismillahirarhmanirrahim.

Sebelum memulakan bacaan mari kita renung pepatah arab di bawah.

“Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu”. Segala perbuatan dan amalan kita atas dunia ini memerlukan kepada masa. Kegagalan mengurus masa bermaksud gagal mengurus seluruh kehidupan. Tetapi, sekali gagal, tidak bermakna gagal selamanya.

Tidak dinafikan, tugas kita sebagai hamba Allah yang memegang jawatan sebagai daie, anak, pelajar, kawan, ibubapa, ahli keluarga dan ahli masyarakat sangat banyak, tidak terkira. Mana mungkin untuk disenaraikan seluruh tugas dan tanggungjawab yang perlu di pikul di blog ini.MUSTAHIL.

Walaubagaimanapun, disatu sudut lain, kita sepatutnya tidak lupa yang Allah telah melengkapkan kita dengan persediaan-persediaan yang cukup untuk memikul seluruh tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan sahaja Al-quran telah diturunkan sebagai panduan, Rasulullah juga telah diutuskan untuk menjadi qudwah kepada seluruh umat manusia yang beriman.

Jadi, marilah kita sama-sama belajar dan memperbaiki pengurusan masa kita supaya kesibukan tidak menjadi alasan “besar” untuk kita tidak melibatkan diri dengan kerja-kerja menyeru diri dan manusia lain kepada Allah.

Dikesempatan ini, penulis, bagi pihak pengurusan blog PEMBINA Pahang ingin menjemput semua ahli PEMBINA Pahang untuk melibatkan diri dengan program Sambutan Hari Raya pada 18 Oktober nanti. Semoga ikhwah dan akhwat sekalian berjaya menghadirkan diri. Insya Allah.

Selasa, Oktober 07, 2008

Ayuh...kembalikan semangatmu!!!

' Kebanyakan orang mudah berkhayal, namun bukanlah semua khayalan yang melintas di minda itu berupaya untuk diungkapkan dengan lidah,berapa ramai yang mampu mengungkapkan dengan lisan namun tidak ramai yang berupaya memikul beban jihad dan bekerja keras. Para mujahid yang merupakan orang pilihan yang tidak berapa ramai pun adakalanya tersilap langkah dan tidak mencapai matlamat sekiranya tidak mendapat inayah Allah'( Imam AsShahid Hassan Al Banna)
Untuk ikhwah dan akhawat, ayuh, kembalikan semangat mu demi ISLAM tercinta. Jangan biarkan diri kita dibelenggu oleh syaitan-syaitan yang kembali mengganas setelah sebulan dirantai. Sudah tiba masanya utk berlipolysis. Bangunlah dengan semangat dan keberkatan Ramadhan untuk berjuang di medan dakwah. Sedarlah dari mimpi semalam, jangan biarkan angan-angan kita melemahkan himmah dan perancangan kita. Ingat, musuh2 ISLAM sentiasa berkerja untuk menghancurkan ISLAM, tapi, apa sumbangan kita untuk ISLAM tercinta???