Isnin, Ogos 31, 2009

Checklist RAMADHAN


  • Tilawah Al-Quran
  • Tarawih
  • Tahajjud/Qiyamullail
  • Solat Berjamaah
  • Solat Sunat
  • Iftar Jama’ie
  • I’tikaf
  • Zikrullah
  • Taubat
  • Sedekah
  • Doa

Jumaat, Ogos 28, 2009

Titik terdekat denganNya

Ada banyak jalan yang kita boleh tempuh untuk dekat dengan Allah SWT. Salah satunya adalah, sujud. Allah SWT memerintahkan kepada makhluk yang paling dicintai-Nya, Rasulullah SAW dalam firman-Nya, “wasjud waqtarib”. Dan sujudlah, dan dekatlah pada Allah. (Al-Alaq: 19)


Sahabat2,

Sujud tanda kita tunduk, taat, patuh pada Allah. Ia juga tanda kita benar-benar merasa lemah dan mengaku kerdil di depan kekuatan dan kebesaran Allah SWT. Kerana saat sujud, kita meletakkan kepala dan wajah di atas paras yang selalu kita injak. Kerana itulah hamba-hamba Allah yang kafir, sombong dan takabbur menolak sujud.

Lihat bagaimana penyesalan syaitan bila melihat seorang hamba sujud kepada Allah SWT, “Apabila anak adam membaca ayat sajdah kemudian ia bersujud, maka syaitan akan lari menjauh sambil menangis dan berkata, “Celakalah aku. Anak adam diperintahkan untuk sujud lalu ia sujud, maka ia memperoleh syurga. Sedangkan aku diperintah untuk sujud lalu aku menolaknya, maka aku memperoleh neraka” (HR Muslim)


Sahabat2 yang mulia,

Tahukah kita bahawa bekas-bekas sujud akan menjadi tanda pengenal kita oleh Rasulullah di hari Qiyamat? Dalam hadis riwayat Ahmad, Rasulullah SAW pernah mengatakan di hadapan para sahabatnya, “Tak seorangpun dari ummatku yang aku tidak mengenalinya di hari Qiyamat”. Sahabat bertanya, “Bagaimana engkau mengenali mereka di antara banyak makhluk yang lain?” Rasululah menjawab, “Tidakkah engkau melihat seandainya ada sekelompok unta, dimasuki kuda yang sangat hitam, dan didalamnya juga ada kuda-kuda yang putih bersih? Bukankah kalian akan pasti mengenali kuda-kuda itu? Sesungguhnya muka ummatku pada hari itu putih berseri-seri kerana mereka sujud (di dunia) dan anggota mereka juga bercahaya kerana wudhu

Saat seorang sahabat meminta untuk menjadi pendampingnya di syurga, Rasulullah SAW bersabda, “Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyakkan sujud” (HR Muslim)


Sahabat2,

Orang yang lebih mengenal keagungan dan kebesaran Allah SWT akan lebih khusyu’ dalam sujud, dan boleh menjadi sangat menikmati sujudnya. Kerana itulah para sahabat, tabi’in dan shalafussoleh mencintai sujud dan sangat gemar bersujud.
Ali bin Abdullah bin Abbas, seorang tokoh tabi’in bahkan mendapat julukan sajjad kerana ia sangat gemar bersujud. Diriwayatkan dalam satu hari ia melakukan sujud melebihi 100 kali. Said bin Jubair juga mengatakan, “aku tidak menyukai sesuatu di dunia yang lebih aku sukai daripada sujud. Kerana ia membangkitkan marah syaitan dan menangkal tipudayanya. ”

Ingatlah, sujud syukur, sujud tilawah, atau sujud dalam solat, semuanya adalah kesempatan untuk kita berada sangat dekat dengan Allah. Kerananya, segeralah bersujud jika kita mahukan ketenangan dan ketenteraman.

Di saat kita teroleng-oleng oleh arus dunia, tenggelam dan terbawa oleh gelombang kesibukan dan gemerlapnya dunia, datanglah mendekat kepada Allah SWT, dan sujudlah….

Ketika kita terbentur oleh banyaknya ujian hingga jiwa kita terumbang ambing oleh tekanan hidup, dan kita ingin keluar dari kesukaran itu, mohonlah hanya kepada Allah dan sujudlah… kerana ketika sujud, kita berada di titik terakhir yang paling dekat dengan Allah SWT. Sabda Rasulullah “
Kedudukan seorang hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia bersujud” (HR Muslim).


(Mencari mutiara di dasar hati, Muhammad Nursani)

Ramadhan Kareem.
qalbussalim, 7 Ramadhan 1430H

Jumaat, Ogos 21, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI….

Tetamu yang ditunggu-tunggu akhirnya bertandang lagi ke rumah kita. Dah bersediakah kita menerimanya? Mungkin ada yang tak sabar- sabar menanti sebab masa ni la waktu kita nak buat duit-jual makanan, kuih raya, baju raya dll. Ada juga berharap inilah masa yang paling sesuai nak kuruskan badan. Tapi yg lebih sedih mungkin ada yg tak sempat nak bersedia ape2 pun, tgk2 Ramadhan dah sampai depan pintu rumah. nauzubillah…emm..macam2 la manusia ni. Tapi yang penting kat sini ,apa yang kita lihat itulah yang kita dapat nanti. Mudah-mudahan kita semua tak termasuk dalam mana2 golongan yang disebut tadi.

Ramadhan yang sama natijahnya berbeza… Apa kata Ramadhan kali ni kita lihat dan sambutnya dari dimensi yang berbeza pula dari tahun-tahun sebelum ni. Tak de la nanti kita anggap puasa Ramadhan ni sebagai adat ritual semata-mata setiap tahun. Bagaimana kita melihat kesan dan manfaat Ramadhan, itulah yang akan kita perolehi nanti.

…What you get is what you see…

Berkesankah puasa kita? …Ada beberapa aspek yang perlu kita beri perhatikan dalam hal ini. Ini sebenarnya adalah satu mekanisma untuk kita koreksi kembali amalan puasa kita yang lepas2.

INPUT : - Apakah tujuan kita berpuasa?..adakah kerana kasihatan?pahala?
atau sekadar kebiasaan?
Hikmah soal kedua, yang paling utama adalah kerana puasa itu perintah
Allah

PROSES: - Puasa hendaklah dilakukan dengan cara yg baik berdasarkan ‘manual’
lahir dan batin seperti yang digariskan syariat
Pakej latihan dalam bulan puasa ini adalah berbetuk hablunminallah
dan hablunminannas

OUTPUT: - Hasil yang kita inginkan adalah TAQWA
Boleh dikesan melalui dua bentuk:
(a) Peningkatan akhlak
(b) Peningkatan kualiti kerja,peranan dan tanggungjawab

Semoga amalan puasa kita pada Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dalam hidup kita. Mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita….

Hadis Qudsi:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
“Allah s.w.t. berfirman: ‘ Semua amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Ku dan Aku yang akan membalasnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(petikan diolah dari artikel Puasa itu Latihan Menguruskan Nafsu,Majalah Solusi,Isu no 10 2009)

mannawasalwa,30 Syaaban 1430H

Jumaat, Ogos 14, 2009

Zubair bin Awwam 2

Selain itu, Zubair sentiasa turut serta dalam kebanyakan peperangan, sama ada dizaman Rasulullah ataupun selepas kewafatan Baginda s.a.w. Zubair memang terkenal sebagai orang yang gagah perkasa dan pahlawan. Seperti juga sahabat Nabi s.a.w yang lain, Zubair dilatih dari kecil untuk menjadi pahlawan dan pemuda yang kuat dan berani untuk menghadapi musuh. Terbukti latihan dan asuhan ibu bapa penjaga mereka memang berbaloi. Sejarah telah menunjukkan dengan jelas, bahawasanya Islam dipertahankan oleh tokoh-tokoh seperti mereka. Kadang-kadang perlu juga kita duduk dan bertafakur sebentar. Adakah kita berusaha menjadi seperti mereka? Kemanakah kita salurkan keberanian dan kepahlawanan kita? atau Adakah kita punya keberanian mempertahankan agama Islam sebagaimana mereka??

Baiklah berbalik kepada cerita Zubair bin Awwam. Beliau sempat hidup dizaman yang penuh dengan fitnah ketika Ali diangkat menjadi Khalifah. Sehingga beliau terlibat dengan satu peperangan menentang Ali r.a. Demi mengelakkan peperangan di antara mereka, Ali bercakap dengan Zubair sehinggalah Ali berkata kepada Zubair:

Apakah engkau masih ingat ketika engkau berjalan dengan Rasulullah dan baginda bersandaran ditangan mu dan Rasulullah menyampaikan salam kepada saya dan selanjutnya menoleh kepada mu dan berkata; Wahai Zubair, sungguh engkau bakal menyerang Ali” Adakah engkau ingat?

Jawab Zubair: ya saya ingat

“Maka mengapa engkau menyerang aku?” kata Ali. “Saya lupa, demi Allah seandainya aku ingat, nescaya tidak saya keluar memerangi kamu” balas Zubair.

Akhirnya Zubair telah syahid dibunuh oleh seorang lelaki bernama Amru bin Jurmuz Attamimi. Ketika itu, Zubair berusia 64 tahun. Apabila pedangnya dibawa kepada Ali r.a, Ali berkata:

“Inilah pedang yang telah lama mengembirakan kesusahan Rasulullah”..

Alangkah indahnya kematian yang diredhai dan penuh dengan iringan rahmat Allah..

Rabu, Ogos 12, 2009

Zubair bin Awwam

Ini adalah salah seorang sahabat Nabi s.a.w yang Islam ditangan Abu Bakr r.a. Beliau adalah anak saudara Khadijah binti Khuwailid. Ayah Zubair, Awwam adalah saudara kandung kepada Khadijah binti Khuawailid. Kesimpulannya, Zubair juga merupakan anak saudara Rasulullah s.a.w. Dan ibu kepada Zubair pula Shafiyyah binti Abdul Muthalib (Ibu saudara Nabi Muhammad s.a.w). Jadi jika sebelah Rasulullah, Zubair merupakan sepupu Nabi s.a.w. Pendek cerita, Zubair bin Awwam bukanlah calang-calang orang dan keturunan.

Zubair dikira termasuk orang yang awal menyatakan keislamannya. Dan apa yang menarik adalah, beliau tidak merahsiakan keislaman tersebut. Maka beliau pun tidak terkecuali dari terkena seksaan dari orang kafir Quraisy. Tetapi Zubair lansung tidak mengalah dengan seksaan yang dikenakan kepadanya.

Selain dari kemuliaan kerana tergolong dari kalangan yang awal menyatakan keislaman, Zubair juga termasuk dikalangan mereka yang berhijrah ke Habsyah dan Madinah serta merupakan ahli perang Badar. Buat pengetahuan i/akhawat, ahli perang Badar ini mempunyai satu keistimewaan yang tidak ada pada Umat Islam yang lain. Kelebihan itu boleh dirujuk dalam hadis Nabi. Penulis kurang ingat matannya. Yang diingati hanyalah isi hadis itu menyatakan, ahli perang Badar telah di maafkan segala kesalahan dan dosanya, sama ada sebelum atau selepas perang Badar. Jika ada yang telah menghafal hadis itu, mungkin boleh dikongsikan bersama.

Selasa, Ogos 11, 2009

JOM semai semangat menyambut bulan Ramadhan

Ikatan Muslimin Pahang
(ISMA)

Dengan kerjasama

Surau Sungai Isap 3, Kuantan



Menganjurkan: FORUM DHUHA dgn tajuk

SEBULAN RAMADHAN BERSAMA RASULULLAH

Barisan panelis:
Ustaz Zulkifli Embong
Ustaz Aris Jamin

Pada:
16 Ogos 2009, bermula 9 pagi



Antara aktiviti yang bakal diadakan:
Solat dhuha
Kuliah Dhuha
Jamuan ringan
Gotong Royong membersih surau



SEMUA DIJEMPUT HADIR




Ayuh kita isikan jiwa kita sepenuh-penuhnya untuk menempuh Ramadhan dengan jaya. Walau apa rintangan berlaku, USAHA kita tetap terus menerus.. JOM! Semoga bersemangat hingga ke akhir Ramadhan.



Isnin, Ogos 10, 2009

Ali bin Abi Talib (karamallahuwajhah) 5

Setelah Uthman r.a syahid, Ali telah ditabalkan menjadi khalifah keempat. Suasana umat Islam pada waktu itu sangat kucar kacir. Pelbagai fitnah melanda.. Antaranya perang Jamal dan Perang Shiffin.


Terlalu panjang dan kompleks untuk dihuraikan di sini. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, bolehlah rujuk buku-buku sejarah yang sepatutnya. Seperti juga cerita dizaman Uthman r.a, cerita pada zaman Ali r.a juga perlu diteliti dengan baik supaya i/akhawat tidak dikelirukan dengan putar belit puak-puak musuh Islam.

Ali kembali kerahmatullah pada bulan Ramadhan tahun ke-10 hijrah dalam usia 63 tahun. Beliau dimandikan oleh Hasan, Husin dan Abdullah bin Jaafar serta dikebumikan di Kufah.

Jumaat, Ogos 07, 2009

Renungan..

Kenapa Aku Diuji ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust ?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 87