Khamis, Disember 31, 2009

Al-Jiddiyyah

Al-Jiddiyyah atau perkataan Bahasa Melayunya kesungguhan dan keseriusan.

Sikap ini membuktikan kita melakukan sesuatu bukan hanya dengan mengisi masa lapang. Kita melaksanakan sesuatu amal dan wajibat kerana ia adalah tanggungjawab, perkara utama yang perlu kita lakukan.

Dakwah. Ia adalah bisnes utama kita. Ia juga satu-satunya jalan yang kita imani untuk menyampaikan Islam.

Rasul s.a.w menyampaikan Islam menggunakan jalan Dakwah. Tiada jalan lain kecuali dakwah untuk tersebarnya Islam. Sudah sunnah dan ketetapan hanya dua reaksi manusia dalam menghadapi seruan kita. Terima atau Tolak. Hakikat yang perlu diterima oleh setiap daei. Jangan kecewa jika dakwah tidak diterima juga jangan terlalu SS jika ada segelintir mula menerima.

Dengan Jiddiyyah, matlamat akhir bagi setiap amalan kita adalah untuk KEBAIKAN DAKWAH.

Dengan Jiddiyyah juga bermaksud, kita tidak takut untuk melakukan INFAQ. Apa itu infaq? Infaq itu memberi. BErilah apa sahaja. APA SAHAJA yang BERGUNA untuk DAkwah..

Petikan Nasyid Rabbani -Berkorban apa saja agar Islam MUlia

Ahad, Disember 27, 2009

Anda Semua Dijemput Hadir

Talhah bin Ubaidillah

Nama sebenar beliau Uthman bin Amru. Berasal dari kaum QUraisy tetapi lain suku dengan Rasulullah s.a.w. Ibu beliau berasal dari Yaman.

Sebelum memeluk Islam, Talhah pernah ke Basrah dan bertemu seorang pendita. Pendita ini lah yang memberitahu kepada beliau akan datang seorang Nabi bernama Ahmad bin Abdullah in Abdul Mutalib. Setelah pulang ke Makkah, beliau bertemu Abu Bakr r.a dan mengadap Rasulullah untuk mengucap dau kalimah syahadah.

Antara kelebihan Talhah r.a adalah:
Orang terkaya dalam masyarakat Quraisy hasil dari perniagaannya.
Beliau sentiasa mengorbankan hartanya untuk kepentingan Islam. Agaknya mampukah kita menjadi seperti Talhah r.a ini? Sanggupkah mengorbankan harta untuk semata-mata untuk kepentingan Islam? Setelah berpenat lelah selama berpuluh tahun belajar dan bekerja?..
Talhah r.a juga seorang yang sangat sabar apabila diikat ibu sendiri setelah menyatakan keislamannya secara terangan.

Riwayat hidup sahabat besar Nabi Muhammad ini berakhir pada tahun 36 hijrah dalam perang Jamal.. Antara tahun yang penuh dengan fitnah dan ujian keatas ummat Islam pada masa itu hinggalah sekarang

Dengan selesainya kisah ringkas Talhah bin Ubaidillah ini, berakhirlah siri kisah 10 sahabat Nabi yang dijamin ahli syurga. Walaupun kisah berakhir, semangat dan kesan Islamnya tokoh dan 10 pahlawan ini masih terasa hingga sekarang.

Jika bukan kerana semangat jihad dan keazaman kuat yang ada pada mereka masakan kita berpeluang merasai nikmat iman dan Islam yang ada pada kita sekarang..

Merekalah yang sepatutnya menjadi sebutan kita setiap hari. Bukannya hero dalam drama Indonesia, Korea, jepun dan barat sekarang. Terlalu jauh beza darjat para pelakon berbanding sahabat Nabi s.a.w yang sentiasa dipuji dan disebut Allah dalam al-Quran sehingga ada dikalangan mereka dijamin ahli syurga..

Buat pengetahuan semua, bukan 10 sahabat ini sahaja yang dijamin syurga bagi mereka. Terdapat ramai lagi sahabat lain yang turut dijamin ahli syurga dan disebut secara berasingan dari hadith ini. Antaranya, keluarga Yasir, Bilal bin Rabah, Hanzalah dan Mus'ab bin Umair.

Kisah jihad dan iltizam mereka dalam memikul tugas dan syiar Islam sudah cukup untuk menjadi sumber inspirasi kita yang bergelumang dengan jahiliyyah moden.

Semoga sirah yang kita pelajari selama ini bukanlah menjadi senarai kisah sejarah yang dihafal semata-mata.. Sirah adalah contoh praktikal kehidupan aktivis dakwah, ahli ibadah, hamba Allah dan segala model contoh seorang Khalifah buat kita semua..

Siapakah kita berbanding sahabat-sahabat radhiallahu anhum? Kebaikan dan jasa mereka disebut berkali-kali dalam Al-Quran. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Betapa harum dan mulianya mereka disisi Allah.

Ayuh bangunlah i/akhawat sekalian. Islah dan pembaharuan mesti dilakukan, jika bukan semalam, hari ini masih menunggu. Jika bukan hari ini, esok masih ada untuk kita terus berusaha. Jangan tunggu hingga kita berkata "Ya Allah apalah yang telah aku lakukan selama hidup di dunia sejenak yang lalu?".. Sesal kemudian tiada gunanya..

Selamat beramal dan berusaha.

Khamis, Disember 24, 2009

Abdul Rahman bin Auf

Pernahkah i/akhwat melihat orang kaya? Atau orang yang dahulunya miskin dan kemudiannya menjadi kaya?

Penulis pernah mendengar kisah Abdul Rahman dari seorang guru dan mengumpamakan Abdul Rahman r.a itu seperti seorang yang 'selak batu jumpa emas'. Maksudya Abdul Rahman ini seorang yang kaya dan pandai berniaga. Walaupun kaya, beliau tidak boros dan suka memberi. Abdul Rahman menjalani hidup secara sederhana dan zuhud sesuai dengan kehidupan sebagai hamba-Nya.

Umurnya muda 10 tahun dari Rasulullah dan berketurunan Zuhrah bin Kilab (Maksudnya bukan orang Quraisy lah). Beliau terlibat dalam semua peperangan sepanjang hayatnya.

Abdul Rahman dibesarkan di Makkah dalam keadaan sekeliling yang penuh dengan suasana jahiliyyah dan penuda liar. Tetapi Abdul Rahman tidak terpengaruh dengan semua itu.. Abu Bakr r.a termasuk antara sahabat beliau (Memilih sahabat yang baik adalah tanggungjawab kita).

Selepas memeluk Islam, beliau sering bersama Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w pernah mengumumkan beliau adalah orang yang jujur dilangit dan dibumi. Menunjukan betapa pentingnya sikap jujur dalam hidup kita. I/akhawat boleh renung dan lihat sendiri betapa sifat mahmudah ini -jujur- sudah semakin hilang ditelan arus pemodenan dunia sekarang..

Isnin, Disember 21, 2009

Saad bin Abi Waqas

Ini adalah antara sahabat yang penulis kagumi selain Umar Al-Khattab. Beliau digelar singa yang menyembunyikan kukunya. Maksudnya sungguh berani. Datuk Saad bin Abi Waqas adalah bapa saudara Aminah binti Wahab. Siapakah Aminah binti Wahab? Ibu Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan salah seorang dari 3 sahabat Nabi s.a.w yang pertama memeluk Islam. Ketika itu beliau berumur 17 tahun.. Subhanallah.

Antara sikap yang menonjol pada diri Saad bin Abi Waqas adalah menangis. Menangis apabila mendengar nasihat Rasulullah s.a.w dan kerana takutkan Allah. Dan yang lebih menarik adalah tidak pernah ada su'u zon pada muslimin lain. Bagaimana dengan kita?

Masihkah i/akhwat ingat pada perang Al-Qadisiyah? Perang yang terjadi lama selepas kewafatan Rasulullah. Berlaku pada zaman Umar r.a menjadi Khalifah. JIka mahu tahu lagi, boleh ulangkaji atau minta naqib/h masing-masing kongsikan. Dalam peperangan inilah Saad menjadi panglima dan pemimpinnya. Umat Islam menang besar dalam perang ini. Banyak juga karamah Saad r.a yang telah Allah s.w.t tunjukkan dalam peperangan ini.

Untuk pengetahuan selanjutnya boleh lah rajin-rajinkan diri untuk membaca sumber rujukan.

Jumaat, Disember 18, 2009

Said bin Zaid Al-Quraishy

Setelah sekian lama kisah 10 pemuda dijamin ahli syurga tertangguh, maka dalam entri kali ini penulis akan menyambung dengan pemuda seterusnya seperti yang tertera pada tajuk di atas.

Secara ringkasnya, Said r.a adalah ipar kepada Umar Al-Khattab. Beliau telah mengahwini Fatimah Al-Khattab.Wah! Alangkah indahnya hidup ini apabila ipar duai sama-sama dijamin ahli syurga..

Antara peranan besar Said bin Zaid adalah
-menjadi mata-mata gelap semasa perang badar
-meriwayatkan sebanyak 48 hadith (banyak dah tu walaupun tidak sebanyak Anas bin Malik.. Cuba kita tengok diri sendiri berapa jumlah hadith yang telah kita hafal?)
-terlibat didalam kebanyakan perang kecuali perang badar kerana berada di Syam (itulah sebabnya beliau boleh menjadi perisik untuk perang Badar)
-Disetiap perang, Said r.a sentiasa berada dihadapan Rasulullah untuk melindungi baginda (wah, begitu sekali Rasulullah disayangi sahabat kan?)

Ingatkah lagi i/akhwat sekalian pada cerita Umar Al-Khattab dalam tulisan sebelum ini? Imbas kembali bagaimana marahnya Umar r.a apabila mendengar keislaman adiknya Fatimah Al-Khattab semasa dalam perjalanan untuk membunuh Nabi s.a.w... hingga menyebabkan beliau menangguhkan dahulu hasrat untuk mencari Rasulullah dan terus ke rumah Fatimah yang sedang membaca Quran bersama suaminya? Haa, suaminya itu lah Said bin Zaid..

Cerita kali ini tidak berpandukan buku yang telah disebutkan penulis dalam entri terdahulu. (Kerana buku tersebut tidak berada ditangan penulis semasa entri ini ditulis. Cerita ini telah di tulis berpandukan buku silibus Pendidikan Musleh yang lama).

Rabu, Disember 09, 2009

Selasa, Disember 01, 2009

Bermusimkah?

Telah tertulis dan termaktub, sesetengah kawasan di dalam dunia ini mempunyai empat musim.

Musim bunga, musim luruh, sejuk dan panas. Pelbagai faedah dan hikmah yang dapat dipelajari dari 4 musim ini. Di negara kita juga wujud pelbagai musim..

Musim hujan, musim banjir/tengkujuh, musim kemarau, musim sejuk/angin kuat, musim buah, musim pilihanraya.. ops cukup setakat itu. Dikhuatiri melarat ke jurang yang tidak sepatutnya.

Selain musim-musim yang berkaitan dengan cuaca dan suhu sekeliling, musim-musim yang berkait dengan aktiviti juga sangat 'berleluasa' di negara kita. Misalnya: musim belajar, musim shopping, musim pesta, musim raya, musim balik kampung, musim demonstrasi, ops. lagi sekali terlajak. Cukup setakat itu senarai contoh.

Apa yang ingin dikongsi disini adalah "Bermusim dalam melakukan kerja-kerja mengajak manusia ke jalan Allah -KMJA-". (Ana letakkan nama singkatan supaya mudah untuk disebut dalam tulisan seterusnya). Jika pertukaran musim itu sangat bagus untuk kehidupan manusia, berlainan pula dengan gejala bermusimnya KMJA. Itu adalah kurang bagus.

Mungkin terlalu banyak alasan kita untuk melojikkan 'kelumpuhan' KMJA, hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala perilaku kita.

Blog ini terhenti sementara waktu atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, dan mungkin telah terkena sindrom 'bermusim dalam KMJA'.. Maka, marilah kita bangkit dan kembali menjana tenaga kearah keredhaan Allah.

Tidak hina mengakui kesalahan dan tidaklah menjadi mulia dengan menyorokkan kelemahan..

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata tuhan kami ialaha Allah, kemudian mereka tetap istiqamah tidak ada rasa khuatir pada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati"
Surah Al-Ahqaf: 13

Adakah kita tergolong dalam kalangan mereka dalam ayat ini?